Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!

Imej
SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!  Assalamualaikum semua, korang nak t erima lebih ganjaran dengan Shopee pada ShopeePay Day yang akan berlangsung pada 1 Mac 2022. SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!  Terhad untuk satu hari, pengguna ShopeePay boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling apabila mereka melakukan pembayaran minimum RM25 luar talian dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso, dan banyak lagi.  SHOPEEPAY DAY KEMBALI DENGAN PULANGAN TUNAI MENARIK!  ShopeePay juga menawarkan pulangan tunai 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay. Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee. Shopee 1 sen Pulangan tunai 100% ini akan berlangsung buat masa terhad dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari sehingga 2 petang pada 1 Mac 2022. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuklah; CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardi

Menang Giveaway dari Blog Mamapipie

Imej
Menang Giveaway dari Blog Mamapipie Assalamualaikum semua,  hari ni aku sibuk sikit.. dah malam baru nak tulis satu entri blog.. pagi tadi ke Labis sampai petang sebab kerja.. tapi dalam perjalanan dapat khabar gembira.. aku menang giveaway dari Blog Mamapipie.. yeay!  Menang Giveaway dari Blog Mamapipie Kenapa gembira sangat kan?  eh tentulah.. sebab aku ni jarang sertai contest atau peraduan apa pun.. sekali join dan ada rezeki menang pulak.. maunya tak seronok.. kan best tu.. alhamdulillah siapa sangka kan..? Lepas ni kita tunggu mamapipie pos hadiahnya dan nanti kita up entri blog satu kali ya.. excited betul! Korang tunggu tau.. eh lupa terima kasih mamapipie sebab rajin buat contest dan bagi peluang ceritaita menang..  terima kasih kat korang yang doakan jugak tau..  eh lupa mamapipie ada buat contest lain jugak tu.. rajin-rajinlah pergi la blog dia ya..  good luck!  Ceritaita

Belajar Bahasa Perancis

Imej
Belajar Bahasa Perancis Assalamualaikum semua,  hari ni aku nak ceritakan kisah pasal aku tengah belajar bahasa Perancis.. Mesti pelik kan... macamana boleh terambik kelas ni?  Belajar Bahasa Perancis  Cerita awalnya dulu aku terpandang iklan kat twitter katanya ada buka kelas belajar bahasa.. ada banyak jugak bahasa yang disenaraikan.. ada Bahasa Mandarin,  Bahasa Arab,  Bahasa Inggeris,  Bahasa Perancis dan Bahasa Melayu.. kalau tak salah bahasa lain pun ada juga..  Aku teringin sebenarnya nak belajar Bahasa Cina Mandarin tu tapi bila nak mohon kelasnya dah penuh.. jadinya aku pilih je la mana yang dalam senarai tu yang boleh aku cuba.. Kebetulan waktu tu aku tengah layan Drama Anne of Green Gable.. adalah dalam cerita ni yang kawan baik Anne tu bercakap bahasa Perancis.. bila dengar macam best.. jadi macam best jugak la kalau aku pun boleh faham bahasa Perancis ni kan..  Jadi aku pun daftar.. waktu tu macam tak percaya pun ada.. sebab aku ni jenis penakut.. takut apa pun tak tau.. t

Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid

Imej
Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid kerana Dr Azizan Osman Assalamualaikum semua, tengok tajuk macam pelik pulak aku nak bergosip pasal artis di Malaysia.. mereka yang aku sebut ni bukan artis pun tapi orang-orang terkenal yang hidupnya ada kaitan dengan artis terkenal di Malaysia juga iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza..  Datuk K dedah Asyraf berubah kerana Dr Azizan Osman Aku kan mengikuti Instagram Asyraf , anak kepada Datuk K yang umum tau adalah suami pada Datuk Seri Siti Nurhaliza.. dan baru ni dia ada tunjuk majlis sambutan hari lahir Datuk K yang dirancang olehnya bagi meraikan ayah tersayang.. aku ni kalau bab emosi perihal mak ayah ni memang agak sensitif dan mudah tersentuh la.. memang aku tengok sampai habis sebab video tu.. View this post on Instagram A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) Kehidupan orang berjaya ni selalu boleh jadi inspirasi buat orang lain.. itu antara sebab aku follow IG mereka.. dalam post IG Asyraf tu ada Datuk K di

Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang

Imej
Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang Assalamualaikum semua, baru ni kami luangkan masa lagi cuba restoran viral di Kluang ni.. orang luar pun dah sampai dan merasa makan roti puri di Restoran Ali Hussin Kluang ni tapi kami yang dekat belum pernah merasa lagi.. malu la jugak.. haha.. jadi ada masa kami bawaklah anak-anak makan kat sini.. Tu dia kereta parking Memula kami sampai macam terkejut jugaklah bila tengok kereta yang banyak parking di sepanjang jalan.. eh lupa nak bagitau kat mana Restoran Ali Hussin ni..  restoran ni mudah je korang nak jumpa.. kalau korang datang dari luar Bandar Kluang dan dari arah lebuhraya korang akan jumpa restoran ni dulu sebelum jumpa bandar Kluang.. dari susur keluar Air Hitam tu cuma lebih kurang 10 ke 15 minit je nak sampai kat sini.. dia berada sebelah kanan kalau dari highway tu.. ala kalau nak senang korang waze atau guna google maps je.. dia berada betul-betul depan Institut Veterinar Malaysi

Buat Stok Kimchi Sendiri

Imej
Buat Stok Kimchi Sendiri Assalamualaikum semua, sebenarnya sejak aku ke Korea Selatan pada tahun 2017 tu aku dah mula mengemari makanan Korea.. bukan semua makanan Korea la.. ada sesetengah je la.. ada yang tekak Melayu ni masih belum boleh telan.. itu yang jadi idea nak buat stok kimchi sendiri tu..  Buat Stok Kimchi Sendiri Antara yang paling aku gemar ialah Kimchi.. pasal masa duduk hotel 2 minggu tu agak susah jugak nak makan makanan yang pastinya halal.. jadi kami kena pandai-pandai la pilih.. biasanya waktu pagi ada dihidangkan nasi bersama bermacam jenis kimchi.. ada jugak la makanan lain tapi aku pilih tak makan sebab risau ada bahan tak halal..  yang mudah dan mengenyangkan waktu tu ialah nasi.. jadinya setiap pagi memang menu aku sama je la.. makan nasi dengan bermacam jenis kimchi dan rumpai laut dia je.. lama-lama bila dah biasa makan macam tersuka pulak rasa kimchi tu..  Bila dah tersuka tu asyik la nak membeli bila dah balik Malaysia.. itu yang datang idea nak buat stok K

Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19?

Imej
Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19? Assalamualaikum semua, sejak minggu lepas lagi rasanya kes baru harian Covid 19 dalam Malaysia dah makin mencanak naiknya..  katanya seluruh dunia macam ni.. sekeliling kami pun sama.. jadi aku terasa nak tulis pasal apa yang perlu buat jika Positif ujian RTK Covid 19 ni.. aku kongsikan apa yang aku dapat dari pembacaan di page facebook dan telegram ya.. Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19? ada yang kata kenaikan ni puncanya sebab wujudnya varian terbaru Omicron yang sangat cepat menjangkiti orang lain.. mungkin jugalah kan.. macam area tempat kami tinggal ni pun tengoklah perbezaan bila dari bulan Oktober 2021 kami mula pindah ke Kluang dengan perbandingan kes minggu ni Februari 2022.. agak menakutkan..  Kes ketara meningkat berbanding 4 bulan lepas Varian Omicron Dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa yang perlu dilakukan? Ada juga yang bertanya kalau dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa yang perlu dil

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus