Buat Stok Kimchi Sendiri

8:00:00 PG

Buat Stok Kimchi Sendiri

Assalamualaikum semua, sebenarnya sejak aku ke Korea Selatan pada tahun 2017 tu aku dah mula mengemari makanan Korea.. bukan semua makanan Korea la.. ada sesetengah je la.. ada yang tekak Melayu ni masih belum boleh telan.. itu yang jadi idea nak buat stok kimchi sendiri tu.. 

resepi kimchi halal
Buat Stok Kimchi Sendiri


Antara yang paling aku gemar ialah Kimchi.. pasal masa duduk hotel 2 minggu tu agak susah jugak nak makan makanan yang pastinya halal.. jadi kami kena pandai-pandai la pilih.. biasanya waktu pagi ada dihidangkan nasi bersama bermacam jenis kimchi.. ada jugak la makanan lain tapi aku pilih tak makan sebab risau ada bahan tak halal.. 


yang mudah dan mengenyangkan waktu tu ialah nasi.. jadinya setiap pagi memang menu aku sama je la.. makan nasi dengan bermacam jenis kimchi dan rumpai laut dia je.. lama-lama bila dah biasa makan macam tersuka pulak rasa kimchi tu.. 


Bila dah tersuka tu asyik la nak membeli bila dah balik Malaysia.. itu yang datang idea nak buat stok Kimchi sendiri tu.. Homemade Kimchi katanya! Eh tapi serius rupanya senang je la wei.. mehlah aku kongsikan macamana resepi kimchi yang aku buat.. 


Resepi Kimchi (Homemade Kimchi) 


Bahan-bahan

Kobis panjang (aku beli 2 kilo..  tamak haloba) 

Lobak merah (sebatang cukup)

Buah pear (aku tak letak) 

Daun Bawang (segenggam) 

Rempah kimchi atau sos Gochujang (200 gram untuk 1 kilo kobis) 

Serbuk cili (kalau nak extra pedas)

Garam secukupnya


Bahan-bahan asas


Kimchi yang baru diperap dengan sos Gochujang




Cara-cara


1. Basuh kobis,  lobak dan daun bawang. 

2. Potong lobak merah dengan cara memanjang macam nak buat acar.. lagi nipis dan halus pun ok

3. Potong daun bawang dalam panjang seinci.

4. Kobis dipotong dalam 2 inci panjang.. supaya senang nak makan.. kalau panjang-panjang nanti masa nak makan kena kerat lagi.. leceh.. 

5. Basuh kesemua sayur dan ketepikan. 

6. Masukkan kobis dalam bekas lain (besen).  Taburkan sedikit garam dan letak air sedikit dan biarkan kobis ni sampai lembut.  Aku biarkan semalaman. 

7. Bila kobis dan lembut, perah kobis untuk buang air yang berlebihan.  Pastikan air betul-betul kering. 


sos kimchi halal
sos gochujang halal


8. Kemudian letakkan sos Gochujang untuk buat kimchi tu.. pastikan dilapisi semua lapisan dan rata semuanya.. 

9. Masukkan dalam bekas tertutup dan biarkan di suhu biasa atau suhu bilik sehingga ianya berbuih. 

10. Bila dah berbuih dah boleh simpan di dalam peti sejuk. (masa ni dah boleh makan dah)

10. Dah boleh hidangkan bersama nasi.. buat sup kimchi atau makan dengan mee..


sos Gochujang halal
sos gochujang halal





Senang je kan? Bahan semua ada jual.. aku beli kat shopee je.. gambar sos Gochujang macam kat atas ni.. nah link https://shp.ee/7sbnku3 beli sos kemudian tinggal buat je.. mudah kan? 2 kilo ni stok sebulan aku je ni.. haha.. harus kena buat lagi.. selamat mencuba! 


2 kilo kobis dapat banyak ni je ya



hidangan kimchi
Contoh cara hidangan dengan nasi


Tips:

1. Ada 2 jenis kobis panjang ni.. aku beli yang murah sikit.. dia macam jadi lambat lembut waktu rendam tu dan masih ada keras-keras lagi waktu perap jadi kimchi.. lain kali aku nak cuba guna yang mahal sikit..

2. Cara sebenar tu sebenarnya letak kat luar 3-4 jam je tapi rasanya cuaca kita mempengaruhi.. aku buat masa cuaca agak suram jadi kena letak luar lebih sehari..

Ceritaita


Maklumat lain :

Info Ibu Hamil 

https://t.me/ibuhamilmalaysia


Info Resepi 

https://t.me/ResepiKampungku


Info Motivasi 

https://t.me/katasemangathidup


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

https://t.me/bloggersmalaysia


You Might Also Like

14 Luahan Ikhlas

  1. ammi pinjam resepi ye...
    teringin nak buat sendiri sbb makan kat luar mcm tak puas (sikit nau)

    BalasPadam
  2. adui sedapnya lahai. suka juga makan tapi sejenis tak tahan pedas.

    BalasPadam
  3. Rupanya kena ada sos dia lagi.. Kbyakkan makanan korea pedas.. Sy pula x tahan pedas haha

    BalasPadam
  4. nak kene cuba ni, sis jarang juga makan kimchi maklum la husband tak minat makan korea. tapi bila baca ni, perut pulak lapar, hmm memang rasa nk masak terus sekarang! haha

    BalasPadam
  5. Saya dengan Cik Fatin memang suka makan kimchi selalu makan dengan ramen atau maggi, tak pernah buat sendiri.. nnt boleh cuba buat dgn resepi ni nampak senang

    BalasPadam
  6. peminat kimchi hereee, mula-mula teringin makan kimchi sebab tengok kdrama la hehe...thanks tau sudi share resepi kimchi,tak tahu pulak senang je nak buat kimchi ingat ke susah

    BalasPadam
  7. Belum pernah makan .. nampak macam sedap sebab ade sayur2. nanti boleh cuba

    BalasPadam
  8. Saya suka juga makan kimchi tapi nak buatnya tu rasa malas. Ni dah nampak resepi Ita ni, nnt nak cari dulu sos gogochujang tu.

    BalasPadam
  9. Oo.. Senang je buat dia. Ingtkan susah.. Boleh lah cuba nnti. Saya suka gak kimchi ni...

    BalasPadam
  10. Tak pernah lagi buat kimchi guna sos gochujang tu. Macam nak kena cuba..

    BalasPadam
  11. wawa tak pernah try kimchi, macam mana rasa dia ye?

    BalasPadam
  12. Buat sendiri lagi berbaloi. Kalau beli, sikit je dah berpuluh ringgit.

    BalasPadam
  13. tu dia selera korea ko ta.. aku suka kalau kimchi tu tak terlalu masam

    BalasPadam
  14. Akak x berpaa suka kimchi tapi boleh la makan...Dania memang suka

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini