Anemia ketika mengandung - Cerita Ita                                                             Anemia ketika mengandung Langkau ke kandungan utama

Anemia ketika mengandung

Assalamualaikum semua, baru ni ada la aku berborak dengan adik-beradik pasal isu anemia ketika mengandung.. boleh katakan rata-rata kami alami anemia waktu mengandung.. apa sebenarnya anemia ni? dan apa pulak anemia semasa hamil? macamana boleh kena anemia semasa hamil?

Anemia Ketika Mengandung

anemia ketika mengandung
Anemia Ketika Mengandung ~ sumber facebook


Apa dia Anemia?

Ada banyak persoalan kan? sebenarnya anemia ni adalah keadaan berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah.. tu yang biasanya bila pergi pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung akan ada buat bacaan Hb ni kan? cara klinik buat ujian Hb untuk ibu mengandung ni ialah mereka biasanya akan ambil sampel darah dan hantar ke makmal untuk ujian Hb.. penting ya untuk tau ni.. sama penting untuk tau jenis darah dan rhesus.. 


Paras Normal Hb dalam darah

Bacaan biasanya dinilai melalui paras bacaan Hb dalam darah.. jika bacaan di bawah 10.5 (g/dl) akan dikira sebagai menghadapi masalah dan ibu mengandung perlu dipantau.. biasanya kalau bawah dari 11g/dl je staf di klinik dah kategorikan kita sebagai bermasalah dan berpotensi akan turun lagi.. biasanya akan dicatat dengan pen merah.. ada jugak kes yang akan jadi bacaan lebih teruk macam bacaan dalam gambar di bawah ni.. 


Paras Hb ~ sumber the Asian parent


setakat ni aku kalau mengandung, yang paling teruk pun akan berada di 10.8g/dl.. itu pun dan diberi nasihat berjela-jela dan pelbagai cadangan makanan.. kenapa macam ni? sebab punca anemia tu sendiri la.. 


Punca anemia

Anemia boleh berlaku disebabkan 8 sebab berikut:

1. Kekurangan nutrien zat besi

2. Kekurangan nutrien Vitamin B12

3. Kekurangan nutrien Vitamin C

4. Kekurangan nutrien Asid Folik

5. Kekurangan nutrien protein

6. Kehilangan darah kronik

7. Jangkitan seperti jangkitan cacing dan malaria

8. Penyakit Talasemia


haa.. kebanyakan punca adalah kekurangan nutrien.. sebab itulah biasanya akan dinasihatkan pasal pengambilan makanan yang betul dan berzat bagi ibu mengandung.. penting sangat part ni tau.. walau tak lalu macamana pun korang sebab loya atau mabuk sebab alahan mengandung tu.. kena pastikan korang makan makanan yang berkhasiat..


Bila berbual ada yang tak berapa faham apa kesan kekurangan hemoglobin dalam darah jugak.. kena tau dulu fungsi hemoglobin ni.. hemoglobin ni berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan yang kita makan ke seluruh badan kita.. sebab tu bila berlakunya anemia atau kekurangan hemoglobin ni secara tak langsung badan akan menjadi kurang oksigen atau dipanggil hipoksia dan seterusnya kekurangan tenaga.. 


sel darah merah dalam badan ~ sumber google


Itu yang akan muncul tanda-tanda macam kuku tak sihat.. badan letih dan lesu.. rasa berdebar-debar.. ada masa susah bernafas.. boleh juga menyebabkan pitam dan wajah pucat..


Kesan Anemia pada Ibu Mengandung

Kesan anemia pada ibu mengandung mungkin akan lebih teruk lagi.. boleh berlaku tumpah darah semasa dan selepas bersalin.. tekanan darah tinggi atau dipanggil eklampsia.. boleh berlaku keguguran dan risiko kematian kepada ibu mengandung.. ianya juga beri kesan kepada bayi yang dikandung seperti kematian janin.. kelahiran bayi tak cukup bulan dan kelahiran bayi yang kurang berat badan..


Anemia semasa hamil



Rawat Anemia ketika mengandung


1. Pengambilan pil hematinik

Pil Hematinik ~ sumber JKN Negeri Sembilan


Kalau ibu mengandung dah dikesan mengalami anemia atau bacaan Hb kurang dari 11 g/dl ni biasanya akan dinasihatkan untuk mengambil pil hematinik yang terdiri dari 4 jenis pil iaitu pil zat besi (ferrous fumarate), pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.. aku jenis yang kena makan kesemua pil ni di setiap kehamilan aku yang 5 anak tu.. semua kena makan ok.. sabar je la..

Fungsi Pil Hematinik ~ Sumber JKN Negeri Sembilan


Tapi memang perlu ya pil-pil ni semua.. ianya disebabkan kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik tu penting sangat dan diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.. pil vitamin C pulak perlu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.. pil ni sedikit sebanyak membantu untuk memulihkan kekurangan sel darah merah dalam badan..


Sumber JKN Negeri Sembilan

Ada juga mitos yang mengatakan pil hematinik akan menyebabkan saiz bayi bertambah besar.. tapi ianya tidak benar.. ianya membantu Hb ibu mengandung pulih dan janin dapat membesar dengan sihat.. kena ingat jugak hanya digalakkan untuk makan pil ni bersama air kosong atau jus buah-buahan saja.. jangan sesekali ambik bersama air kopi, air teh , minuman berkola, minuman bercoklat atau susu sebab ianya mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi..


2. Pengambilan makanan kaya zat besi


Cara kedua selepas pil untuk merawat anemia ialah mengambil makanan yang kaya zat besi.. contoh makanan yang kaya dengan zat besi ialah makanan dari sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.. kalau tak suka sumber haiwan boleh juga cuba sayur-sayuran hijau yang tinggi zat besi macam pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan..

Cara ni mudah je.. cuma amalkan sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi.. kalau korang jenis vegetarian.. tak jadi masalah juga.. boleh amalkan kombinasi beberapa jenis kekacang macam kacang hijau, kacang soya dan kacang dhal.. boleh makan bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C..


3. Tingkatkan penyerapan zat besi


Dah amalkan makanan tapi kalau tak jaga penyerapan zat besi pun tak guna jugak.. makan-makan habis gitu je.. jadi untuk tingkatkan penyerapan zat besi ni kena lebihkan pulak makanan yang membantu penyerapan zat besi dalam setiap hidangan makan korang nanti.. 


Sumber JKN Negeri Sembilan


Antaranya boleh tambah buah atau sayur yang kaya dengan vitamin C.. boleh juga minum jus buah-buahan.. makan makanan dengan pencicah buah-buahan macam sambal mangga.. tomato atau limau kasturi.. sambal mangga dengan limau kasturi ni aku selalu buat.. sedap.. boleh juga kalau nak gunakan perencah daripada sumber haiwan macam ikan bilis, udang, isi ayam atau isi daging..

Korang jugak kena kurangkan pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi macam kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat.. boleh kalau korang nak minum tapi kena pastikan 1 hingga 2 jam selepas waktu makan utama atau selepas makan pil hematinik..


Sumber JKN Negeri Sembilan


eh susu pun boleh jadi penghalang penyerapan zat besi tau.. jadi sama jugak elakkan minum waktu makan utama dan kalau boleh minumlah  di antara waktu makan utama.. contoh waktu minum pagi, minum petang atau minum malam..


4. Rawat Anemia cara Ita


Aku kan memang mengalami masalah anemia ni pada kesemua 5 kehamilan.. cuma yang akhir je ada bagus sikit.. tapi setiap kali kena aku akan pastikan aku minum pati delima Gulsan.. korang nak cari kat shopee pun ada.. PATI Delima Gulsan Murah .. cara aku ialah aku akan minum sesudu besar pati delima Gulsan waktu awal pagi dan sekali lagi pada waktu sebelum tidur malam.. alhamdulillah nampak keberkesanannya.. memang Hb meningkat.. cuma hati- hati kalau korang penghidap kencing manis waktu mengandung atau dipanggil gestational diabetes mellitus.. 

Pati Delima Gulsan rawat anemia

Delima dan khasiatnya


Delima, juga dikenali sebagai buah delima (Punica granatum), adalah sejenis buah yang berasal dari kawasan subtropika dan tropika. Buah delima ini mempunyai kandungan nutrien yang kaya dan telah digunakan dalam perubatan tradisional selama berabad-abad. Beberapa khasiat dan manfaat kesehatan yang dikaitkan dengan delima adalah seperti berikut:

Khasiat Delima:

1. Kaya dengan antioksidan: Delima mengandungi banyak antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan dan juga membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, seperti penyakit jantung dan kanser.

2. Melindungi jantung: Kandungan antioksidan dalam delima dapat membantu meningkatkan fungsi pembuluh darah dan mengurangkan pengumpulan plak dalam arteri. Ini membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.

3. Menurunkan tekanan darah: Beberapa kajian menunjukkan bahawa delima atau jus delima dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini dikaitkan dengan kandungan fitokimia tertentu yang membantu mengendalikan tekanan darah.

4. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh: Delima mengandungi vitamin C, yang berperanan penting dalam memperkuat sistem pertahanan tubuh dan membantu tubuh melawan jangkitan.

5. Menyokong kesihatan sendi: Ekstrak delima telah dikaji atas potensinya dalam membantu mengurangkan gejala arthritis, kerana sifat anti-radangnya.

6. Menghasilkan kulit yang cantik: Delima mengandungi nutrisi yang bermanfaat untuk kulit, seperti vitamin C. Ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu meningkatkan kesehatan kulit secara keseluruhan.

Pati Delima


Pati delima, atau sering disebut sebagai ekstrak delima, adalah bentuk padat atau kental dari buah delima yang telah diolah. Pati delima sering digunakan dalam pembuatan suplemen dan produk kesihatan. Khasiat pati delima juga berasal dari kandungan nutrisi yang ada dalam buah delima, terutama antioksidan dan anti-radang.

Pati delima sering diambil sebagai suplemen, dan manfaatnya dapat mencakup:

1. Perlindungan kardiovaskular: Seperti halnya buah delima, pati delima juga dapat membantu meningkatkan kesehatan jantung dan pembuluh darah dengan efek antioksidan dan anti-inflamasi yang kuat.

2. Membantu mengurangi peradangan: Pati delima mengandung anti-radang, yang dapat membantu meredakan peradangan dalam tubuh.

3. Menjaga kesihatan kulit: Kandungan antioksidan dalam pati delima juga dapat menyumbang pada kesihatan kulit dengan melawan stress oksidatif dan meredakan masalah kulit tertentu.

4. Mengurangi risiko penyakit kronik: Pengambilan pati delima secara teratur dapat membantu mengurangi risiko penyakit kronik, seperti penyakit jantung, kanser, dan diabetes, kerana sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang dimilikinya.

Namun, penting untuk diingat bahwa hasil penelitian tentang manfaat delima dan pati delima masih dalam tahap penelitian lebih lanjut. Sebagai suplemen, sebaiknya perlu berbincang dengan doktor korang atau pakar kesihatan sebelum menggunakannya, terutama jika korang ada penyakit serius lain atau sedang ambik ubat tertentu.

Harapnya perkongsian macam ni membantu semua ibu mengandung yang alami masalah anemia atau kekurangan Hb waktu mengandung kat luar sana..


Ceritaita


Ulasan

  1. Pernah kena dulu masa pregnant semua org tegur nape muka pucat padahal diri sendiri tak lerasan. Patut asyik pening aje. Mmg bahaya especially kalau mengandung. Tq for sharing ta

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...