Apa yang menarik di Tanjung Emas Muar?

7:00:00 PG

Apa yang menarik di Tanjung Emas Muar?

Assalamualaikum semua, hari tu sebelum aku ambik vaksin booster untuk Covid19 di PPV secara walk in aku ada buat trip perjalanan ringkas tanpa dirancang dengan keluarga dan anak-anak ke Tanjung Emas, Muar, Johor.. masa tu cuma terfikir nak melawat daerah tempat aku belajar satu masa dulu.. tempat yang sangat dekat di hati.. masa tu pun dah terfikir apa yang menarik di Tanjung Emas Muar sekarang ni.. 

Apa yang menarik di Tanjung Emas Muar?


Siapa sangka rupanya Tanjung Emas Muar dah jadisalah satu tempat menarik di Johor.. bila kami sampai je kat sini rasa macam lain macam suasananya.. kami sampai dah malam dah pun.. jadi meriahnya lain macam.. teruja dengan lampu yang berwarna-warni yang menghiasi sekitar Tanjung Emas, Muar sewaktu kami tiba.. memang sangat mempersonakan.. bukan aku seorang je teruja.. anak-anak pun sama.. sibuk suruh ambik gambar di serata tempat.. yang lebih seronok pasal tempat ni ianya adalah taman awam percuma tanpa bayaran masuk..

Wetex Parade tu tempat kenangan betul.. tempat shopping orang kayangan waktu kami sekolah dulu..


Sebenarnya kami dah mula terpukau waktu mula-mula masuk untuk cari tempat parking kereta.. oh lupa bagitau kalau nak ke Tanjung Emas ni mudah je tau.. ikut je papan tanda yang disediakan atau kalau nak lebih mudah guna je la Google Maps macam kami atau guna Waze.. tentunya akan dibawa terus ke sini.. 

Pemandangan dari dalam kereta 

Rezeki kami pulak masa tu dapat letak kereta berdekatan betul dengan pintu masuk.. mudahlah sikit nak uruskan anak-anak dan tak perlu melintas jauh dan bahayakan keselamatan anak-anak.. mula-mula kami sampai bangunan di bawah ni mencuri pandangan mata kami.. terpersona melihat lampu dan tulisan jawi yang terlakar pada bangunan ini.. cantik.. sayang aku tak tau apa namanya.. mungkin menara jam.. tapi menara jam Muar adalah tempat bersejarah yang lain dari ini.. 

Menara Jam di Taman Tanjung Emas, Muar

Kami luangkan masa lebih sejam juga di sini.. kawasan dia luas dengan disediakan kemudahan yang sangat bagus.. ada tandas yang sangat bersih dan cantik.. surau jugak disediakan di sini.. juga cantik dan teratur.. 

Kemudahan surau dan tandas mesra OKU


tandas yang bersih


surau yang bersih



kawasan di luar surau dan tandas

kawasan ni terjaga dengan elok dan cantik.. sesuai untuk aktiviti berkeluarga sebab ada padang yang luas.. di musim covid ni elok la berjalan atau beriadah di tempat yang luas dan kurang sesak macam taman Tanjung Emas ni.. korang boleh tengok dari gambar yang aku kongsikan kat bawah ni je dah cukup rasanya mengambarkan kecantikan taman ni.. 


Kakak husna kat depan menara jam


Air pancut yang cantik, ada 2 kiri kanan taman..

Replika ni cantik.. menghadap Sungai Muar..kalau siang tentu lebih cantik

Anak-anak sukalah air macam ni.. kalau boleh nak terjun dalam tu.. haha

Lagi di air pancut

Kakak husna bergambar dengan meriam

Gambar atas ni kakak Husna bergambar dengan meriam.. meriam ni ada sejarahnya sendiri kot.. yang ni aku tak pasti.. tapi meriam ni dah lama ada kat sini.. masa kunjungan kami sebelum ni pun dah ada.. belakang dia tu adalah tapak Medan Selera Tanjung Emas.. kalau korang berhajat nak makan asam pedas yang sedap bermacam jenis atau nak makan mee bandung yang sedap di Muar silalah berkunjung ke Medan Selera Tanjung Emas ni.. pasti berbaloi..

Terowong lampu


Terowong lampu di gambar atas ni paling mengujakan sebab semua orang sibuk nak ambik gambar kat sini.. pandai-pandailah ambik peluang untuk bergambar.. yang paling bahaya ialah orang berjual mainan berdekatan pintu terowong lampu ni.. bahaya betul untuk ibubapa yang ada anak-anak kecik.. pasal tak bergerak mereka dari situ.. kat bawah ni gambar anak-anak kami tengah nego barang yang nak diurusniagakan.. masing-masing siapa bawak duit tabung sebab tau nak berjalan.. nasiblah jawabnya.. 


tempat berjual mainan

Anak sibuk.. bapak pun sibuk.. haha

Pada aku Taman Tanjung Emas Muar ni patut diletakkan sebagai salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Muar.. buat kami yang pertama kali datang setelah sekian lama, merasakan tempat ni sangat sesuai untuk berekreasi bersama keluarga dan paling besat sebab ianya percuma.. oh lupa ada taman permainan luas untuk anak-anak kecil bermain juga.. 

cuma satu je yang kurang ialah tiada tempat makan di kawasan ni pada waktu malam.. jadi kalau korang datang dengan anak-anak kecik.. aku nasihatkan untuk korang sediakan bekalan air minuman dan makanan untuk anak-anak sebagai kudapan sebelum mencari makanan berat di sekitar bandar Muar atau di makan ikan bakar sedap di Sabak Awor Muar..

Ceritaita




You Might Also Like

6 Luahan Ikhlas

  1. Belum pernah sampai ke sini lagi. Haaa nnt kalo ada rezeki lepas ke sana leh la rujuk kembali artikel akak ni..tq kak for info

    BalasPadam
  2. Wahhh menarik sgt, lagi2 terowong lampu tu lah ....
    Pernah pi Muar sekali saja, tu pun attend wedding abang kpd my roommate ...

    BalasPadam
  3. wah cantik nya terowong lampu tu..menyerlah..best kalau bergambar

    BalasPadam
  4. seronok leh jalan2 lepas dh pkp semua ni. awa tak pernh sampai kat johor lagi tau. antara negeri yg awa x prnh jejak lagi hehe

    BalasPadam
  5. alahai rindunya nak balik muo.. kagum pula tgk toilet dan surau bersih mcm tu

    BalasPadam
  6. Suka gak petang- petang pi jogging area Tanjung Emas ni...masa rajin pi Muar rumah adik lelaki akak tu la...ni dah 2 tahun lebih x pi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini