Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku - Cerita Ita                                                             Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Assalamualaikum semua, cuti umum bulan lepas kami habiskan masa bersama keluarga untuk jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku di Batu Pahat.. ini adalah pengalaman yang bagus buat kami sekeluarga terutamanya aku sendiri mengenali Johor sebagai negeri kelahiranku.. 

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Sejak kecik lagi aku adalah seorang yang bercita-cita tinggi.. selalu memberontak sebab tak dapat buat apa yang aku nak buat sebab kekangan jantina.. dulu kan macam tu.. kau perempuan.. kau bukan lelaki jadi kau tak boleh buat itu.. kau tak boleh buat ini sebab kau perempuan.. 

tapi aku tak pernah menyalahkan orang tua dalam hal ni.. diorang pun tersepit dengan keadaan walhal pemikiran diorang bukan sesempit itu.  buktinya aku orang pertama dalam keluarga yang dilepaskan untuk belajar hidup sendiri sejak dari umur 13 tahun lagi.. aku sangat hargai kepercayaan mak abah pada aku selama ni.. 

cuma keluarga aku susah.. ada aku ceritakan dalam kisah Aku Orang Susah yang belum berkesempatan untuk aku sambung lagi.. disebabkan itu kami tak berpeluang nak berjalan-jalan walaupun ke daerah berdekatan sekitar Johor..  

tapi kali ni aku berpeluang tinggal di Johor asbab pekerjaan.. aku akan gunakan kesempatan ni sebaik mungkin untuk mengembara seluruh Johor dan kenal tempat menarik di Johor.. setakat ni kami dah berjalan ke Dataran Tanjung Emas, Muar.. banyak lagi tempat lain yang kami belum pergi.. semoga ada rezeki kami nanti.. 

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

sebenarnya ini kali pertama aku jejak kaki di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat ni.. bukan aku je.. anak-anak pun sama.. jadi semua macam tak dapat nak bayangkan Pantai Minyak Beku ni macamana.. aku sendiri tak pernah tau.. eh aku lupa betul nak ambik gambar batu berpahat yang ada kat kampung minyak beku ni.. lainkali pergi mesti kena datang ambik gambar ni..

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Rupanya baru tau yang Pantai Minyak Beku ni pantai yang berbatu.. sama macam Pantai Batu Hitam di Kuantan.. tapi air kat sini lagi best dan bersih pada aku.. sedap la bila kau rendam kaki dalam airnya yang jernih tu.. 

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku


Mula-mula aku sampai aku tak bagi anak-anak turun ke dalam air.. sebab risau tak tau paras air tu sebenar.. yelah bukannya pernah sampai pun kan.. rupanya waktu kami sampai dalam pukul 1 petang tu air tengah pasang.. jadi ada jugaklah keluarga yang sedang mandi manda.. jadi anak-anak mintak kebenaran..


Penyudahnya dari rendam kaki sikit terus masuk ke dalam air.. haha.. aduhai payah nak tahan dah bebudak ni.. tapi air pasang tu macam tak lama.. dalam sejam macam tu air dah surut.. dan kami pun berkemas nak balik sebab hari makin panas.. tapi menyinggah pulak ke taman permainan yang ada berdekatan..

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Kat Pantai Minyak Beku ni best tau.. ada tengah dibangunkan kawasan tapak perkhemahan.. cuma belum dibuka lagi.. ada juga tempat jualan makanan melalui Food Truck dan gerai-gerai.. di bahagian pintu masuk berhampiran tandas dan bilik mandi pun ada deretan kedai makan.. 

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

berdasarkan maklumat dari Berita Harian mengenai Nostalgia Minyak Beku yang diterbitkan pada Januari 2020 jelas menceritakan sejarah Kampung Minyak Beku mendapat namanya.. berikut kisahnya.. 


Namun, tidak ramai mengetahui perkampungan pinggir pantai itu yang dibuka pada 1818, sebenarnya turut menyimpan khazanah sejarah bagaimana wujudnya Kampung Minyak Beku.

Setiausaha Pertubuhan Waris Keturunan Daeng Ahmad (WARDAH), Ibrahim A Karim, berkata perkampungan nelayan itu diasaskan oleh Allahyarham moyangnya, iaitu dikenali sebagai Daeng Ahmad, pada 1818.

"Daeng Ahmad berasal dari Sulawesi, Indonesia. Dia datang ke sini pada mulanya untuk bertemu dengan warisnya yang ada di sini. Kemudian kapal yang dinaikinya mudik di kawasan muara Kampung Minyak Beku.

“Dia melihat kawasan ini agak sesuai untuk dibangunkan sebagai sebuah perkampungan. Oleh itu, dia kemudiannya belayar ke Temasik (sekarang Singapura) untuk mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada pihak pemerintah pada waktu itu untuk membuka kawasan di sini.

"Hasratnya membuka perkampungan baharu di tepi laut ini mendapat kebenaran tetapi pihak pemerintah turut memberi tugasan kepada Daeng Ahmad untuk menjaga perairan Selat Melaka ini yang pada waktu itu turut berhadapan dengan ancaman lanun yang ramai dan ganas," katanya.

Ibrahim berkata, kepercayaan ini diberikan kepada Daeng Ahmad berikutan beliau dikatakan mempunyai ilmu mempertahan diri yang tinggi, kuat dan tidak takut kepada sebarang ancaman terutama lanun yang bermaharajalela di kawasan itu.

"Daeng Ahmad kemudiannya membuka perkampungan baharu itu di kawasan bukit berbatu dan juga berhampiran perigi Batu Pahat yang dibina oleh pihak Siam ketika mereka dalam usaha menyerang Melaka pada abad ke 15 dahulu.

"Ketika itu, ekonomi perkampungan ini sudah tentunya perikanan dan antara sumber lain ialah kewujudan pokok keruing yang banyak di kawasan ini, iaitu minyak daripada pokok itu akan digunakan sebagai bahan untuk menyapu pada rumah berikutan cat berwarna seperti hari ini masih belum wujud," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun berlaku peristiwa aneh pada suatu hari apabila minyak pokok keruing ini tidak mengalir atau menitis seperti kebiasaannya.

"Dengan kuasa Allah, berlaku perubahan cuaca apabila keadaan agak dingin berlaku. Pada waktu itu, proses mendapatkan minyak ini adalah dengan cara membuat takukan pada batang dan minyak itu ditadah dengan bekas khas, sama seperti yang dilakukan pada pokok getah.

"Perubahan cuaca menyebabkan minyak pokok ini tidak keluar dan ia membeku. Berikutan peristiwa ini jarang terjadi. Daeng Ahmad kemudian mencadangkan nama kawasan itu sebagai Minyak Beku dan dipersetujui pihak pemerintah,” katanya.

Pada mulanya, kampung ini hendak dinamakan sebagai Batu Pahat sempena kawasan perigi yang dibina pihak Siam untuk menampung bekalan air tawar, tetapi dikekalkan namanya sebagai Minyak Beku. Manakala Bandar Penggaram pula dikenali sebagai Batu Pahat.


Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku


menarik kan kisahnya? apapun kami semua suka suasana di Pantai Minyak Beku ni.. sesuai untuk dijadikan kawasan riadah bagi keluarga.. kami nak datang lagi di lainkali.. kalau korang berhasrat nak berkunjung ke Johor atau Batu Pahat tu boleh masukkan Pantai Minyak Beku ni dalam senarai tempat yang wajib dilawati di Johor..


Ceritaita


Ulasan

  1. Seronok dapat jenjalan kat pantai macam nie dengan family kan Ita..

    BalasPadam
  2. Dah lamanya tak turuk ke pantai minyak beku

    BalasPadam
  3. tak penah sampai sini lagi ita. selalu nampak signboard kalau ke bp haha. best gak tempat ni

    BalasPadam
  4. First time dengar nama Pantai Minyak Beku ni. Rasanya banyak betul tempat x explore kat Johor lagi.

    BalasPadam
  5. jika ada rezeki nak gak berjalan2 ke Johor...

    BalasPadam
  6. Pantai batu hitam tu pernahlah sampai.. tapi Pantai Minyak Beku ni pertama kali dengar. Kalau ke belah Johor bolehlah ajak singgah sini.

    BalasPadam
  7. Akak memang anak jati johor
    tapi lum pernah sampai lagi pantai ni 😄😄 cantik jugak tmpt dia

    BalasPadam
  8. menarik sejarah tempat ni..ada rezki turun Johor boleh singgah sini.Macam best ja bawak anak-anak

    BalasPadam
  9. ooo ada nama pantai Minyak Beku ye. 1st time dengar, maklum la saya tak berapa familiar dengan Johor

    BalasPadam
  10. Best dapat baca sedikit perkongsian sejarah Pantai Minyak Beku.
    Air lautnya jernih, dan mesti seronok untuk berpiknik kan.

    BalasPadam
  11. Saya first time dengar nama Pantai Minyak Beku nih… Nampak cantik Pantainye, tapi boleh mandi manda tak tu? air Nampak dalam...

    BalasPadam
  12. Biasa dengar nama tapi baru tahu di Johor rupanya. Cantik pantainya. Ada rezeki ke johor bolehla pergi ke pantai ni. Memang tak pernah sampai lagi

    BalasPadam
  13. wah bestnya jalan2 ke pantai ni.. tapi tula tak sangka ada kisah di sebalik tempat ni.. terbaiklah.

    BalasPadam
  14. Wah bestnya, om belom smpai lagi ke pantai minyak beku ni.

    BalasPadam
  15. Cantik pemandangan kat sini...Akak rindu sanagt nak lepak tepi pantai..ntah bila la nak pi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...