assalamualaikum semua,
salam pagi jumaat...
ni cerita hari semalam... disebabkan shah off semalam maka aku pun dengan rasminya ambik cuti jugak supaya kononnya bolehlah sama-sama berehat di rumah....
tapi plan kami terpaksa ditukar dari rehat-rehat kat rumah kepada buat semua urusan peribadi pulak...
selepas je hantar abg long ke sekolah..kami pergi beli sarapan kat kg. kempadang..sedap nasi lemak, kuih bingka ubi dan kuih kole kacang makcik tu....
sedang kami membeli sarapan, datang pulak satu rombongan polis yang terdiri dari 3 orang lelaki...sibuk dia bertanya makcik kuih tu...kat mana nak beli kuih bingka.... aku tak pasti kuih bingka apa yang diorang tanya sebab aku kat dalam kereta masa tu...dan bila aku tanya kat shah pulak dia jawab...ntah...sabor je la kan..harap maklum ye...bersuamikan orang yang bukan blogger ni jiwa dia nak mengambil tau tu agak kurang...hihi...
dan jiwa aku pun tak berminat nak ambik tau bila dia cakap...
"ntah...serabut tengok makcik tu jawab..kejap bila polis tu tanya dia jawab ada..pastu anak dia jawab lak...orang sebelah ni yang jual mula pukul 12 kang...pastu makcik tu celah lagi cakap ada...pening dah tengok polis tu ..karang kalau abg cakap pulak mesti lagi pening polis tu"....heee...
agak-agak korang patut tanya tak lagi bila dengar jawapan tu...tapi aku tengok pun macam kelam kabut je tadi...apa pun nasi lemak dan kuih makcik sedap lah!
 |
nasi lemak ayam bungkus tapi bukan makcik tu punya.. |
 |
tapi nak bungkus pun kena hati-hati...jangan sampai jadi camni...hihi... pinjam FB kuantan punya gambar.. |
lepas balik rumah sarapan kami keluar untuk ke celcom, Cimb dan pejabat pos...banyak sangat urusan pagi semalam...selesai semua dalam pukul 11.30 pagi...sedang elok je nak ambik abg long dari sekolah...tunggu sekejap kat depan sekolah sampai pukul 12..pastu kami bawak dia balik rumah...mandikan anak-anak...lepas zuhur dalam pukul 2 lebih keluar semula ke astro....
haaa...yang ni yang nak cerita ni..pasal dua tiga hari ni aku tengok sibuk sangat orang tanya
Astro Njoi ni ok ke tak? betul
free ke tak?
jawapan aku... mana ada free kat dunia ni sayang oiii....cuma dia takde komitmen bayaran bulanan la...
sebenarnya kami dah lama plan nak masuk njoi ni...sejak semua rumah di kawasan kami duduk ni dah berpenghuni dan dah dihiasi oleh piring-piring astro yang berkilauan... aku pernah cerita
pasal astro kami kena potong dulu kan? kat situ gak aku ada cerita konon-konon nak dapat yang kad free tu... hampeh... tunggu sampai sudah takde pun.... jadi selepas tu kami aman damai tengok tv dengan ariel yang ala kadar atas tv tu je pun...ala tv aku pun bukan lcd atau led tv pun...
tetapi selepas taman perumahan kami dihiasi dengan piring astro tu mula la masalah... siaran tv lain ok je...tapi tv2 tu yang paling sedih...kiranya macam nak kena hangguk-hangguk la sekali dengan gambar kat tv tu kalau nak tengok..
yang paling sedih time anak-anak nak tengok cerita ultraman setiap sabtu tu...dan juga shah bila nak tengok drama p. ramlee setiap malm isnin tu...last-last mesti dia tengok muka aku...(pasal aku yang suruh potong astro...hikhik...)
maka disebabkan letih dah tengok gelagat diorang selama dekat setahun ni...maka kami pasrah la menghala ke astro service center kuantan semalam..
sesampai je kat situ..jaga tu tanya nak buat apa? kami kata nak daftar njoi...
dia pun suruh kami tunggu pasal ada seorang lelaki tengah isi borang kat meja bulat dia tu...ooh lupa nak bagitau...kami tak payah ambik nombor giliran ye...
tapi bila sampai je giliran kami...
kami cakap kat agen tu yang ami dah ada dekoder, remote dan kuali pun masih terpacak di atas bumbung rumah...jadi macamana nak pasang njoi kan?
terus pulak agen tu kata...haa yang tu kena ambik nombor dan daftar kat kaunter....laaaa pulak?
kami ambik nombor...mujur tak ramai orang...tak lama terus dapat giliran..sampai je kat kaunter...urusan mengaktifkan semua smart kad selesai selepas bayaran
RM99 dibuat...perhatian kat astro service center ni bayaran hanya boleh dibuat menggunakan
cek, debit kad dan kad kredit sahaja ye...diorang tak terima duit tunai..kalau nak buat dengan
bayaran duit tunai kena hubungi mana-mana agen yang dilantik..kedai elektrik pun boleh kot...tapi itu di kuantan la...tempat lain aku tak pasti...
dan kami dimaklumkan yang perkhidmatan hanya akan diaktifkan tak pasti berapa lama sebab kes kami diswitch dari astro biasa ke njoi...kira downgrade la...paling lama ambik masa
15 hari...dan paling awal setelah ditelefon mengatakan
2 hari bekerja... eh sabtu kira hari bekerja lagi ke?
dan diberitahu juga pada kami kalau nak cepat kena daftar ikut service baru...yang mana kami kena bayar
RM280 untuk semua kuali, dekoder dan remote baru termasuk pemasangan...yang mana tentu la kami reject sebab nak buat apa kuali dan dekoder banyak-banyak kat rumah kan? jadi kami putuskan nak tunggu je la dalam tempoh masa yang diberikan..
ada pilihan lain lagi untuk korang tau ada pakej murah sikit dari tadi tu...
RM180 sekali dengan pemasangan...yang ni murah pasal dia guna dekoder dan kuali yang terpakai cuma dikemaskini je...
njoi ni buat masa ni ada ada chanel tv yang berikut ni je...lain-lain sila jangan tanya ye...cukup la nama pun orang bagi free kan... dan lagi murah dari memula pakej diperkenalkan dulu...
ada jugak pilihan prepaid disediakan macam kat bawah ni...terpulang pada pilihan masing-masing...
dan untuk kesimpulannya kami dah masuk cuma belum dapat uji dan bagi review lagi ye...harap maklum...review mungkin dibuat pada minggu depan...
 |
ada tambahan tv3 dan tv9 dan jugak siaran radio |
 |
yang aku pernah letak kat SINI tahun lepas.. |
hujan dah start turun mencurah-curah kat kuantan ni...dengar ramalannya berterusan sampai hari ahad... adakah ini bermakna pengujian ke atas njoi jugak akan tergendala...oh...tidak!!
 |
hujan rahmat mencurah di kuantan |
p/s berangan nak pasang njoi kat rumah abah di kaki gunung tu...kesian tengok bila nak tengok tv...azab nooo...nak pasang astro tentu2 kena reject..huh! membazir kata abah...
UPDATE 11/7/2013 : entry ini telah ditulis berbulan yang lepas dan promosi astro njoi pun dah abis jadi kalau nak cerita terbaru pasal njoi sila baca di ENTRY NJOI UNTUK MENJAWAB KOMEN ok...