masih seperti dulu.. - Cerita Ita                                                             masih seperti dulu.. Langkau ke kandungan utama

masih seperti dulu..

assalamualaikum semua,


hanya untuk hiburan


pagi ni baik di facebook atau di blog...semuanya sibuk bercerita pasal anak naik sekolah atau hari pertama bersekolah bagi anak-anak... bermacam cerita...banyaknya cerita suka...

masing-masing bergambar dengan baju seragam sekolah yang baru berserta beg baru dan kasut baru.... tak kurang jugak yang tunjuk gambar ibu bapa sedang berbaris untuk daftarkan anak mereka...

yang paling sibuk di awal persekolahan tentunya guru-guru yang lebih mersa dipanggil cikgu di malaysia ni...mana nak susun murid dan pelajar lagi....mana nak susun ibu bapa yang sama sibuk pulak lagi....memang meriah sungguh kan...?

aku tak merasa kemeriahan tu pada tahun ni sebab abg long masih di sekolah lama..
tahun depan in Shaa Allah abg long akan naik tahun 1...  tak terbayang macamana anak kurus dan manja ummi ni nak pergi sekolah tahun depan....

pagi tadi kami menghantar abg long sekolah dalam hujan...kalau hujan biasanya air akan naik di pintu masuk sekolah jadinya memang susah nak hantar anak-anak waktu hujan....

kat sini la dapat menunjukkan kasih sayang seorang ayah....

shah dukung abg long terus ke muka pintu sekolah...terharu bila tengok suasana macam ni...walaupun memang selalu macam ni....

terdetik dalam hati...

"abang, i made a right decision for choosing you as a father for my children ... terima kasih abang...terima kasih Allah"

cuma ada perubahan sikit di taska abg ngah...cikgu lama yang menjaga abg ngah dah ditukarkan ke tempat lain...abg ngah dapat cikgu baru...

semoga Allah melindungi dan mempermudahkan urusan supaya anak-anak ummi terus membesar dengan sihat dan berjaya menjadi insan yang beriman, berilmu dan memberi manfaat kepada semua insan di sekeliling kalian...amin..
shah yang pegang payung

p/s tahun baru tapi semangat masih macam dulu?

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum