Khamis, 7 November 2019

Ummi dah naik kerja!

Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari pertama aku naik kerja lepas cuti bersalin selama 60 hari.. semua orang tanya.. kenapa sekejap sangat cuti? susah nak jawab soalan tu pasal kalau diberi pilihan, aku nak sangat cuti terus dan jaga anak sampai besar.. haha.. tapi kenalah terima hakikat yang.. Ummi dah naik kerja!

Ummi dah naik kerja! 


dan disebabkan jawapan dia tak susah maka aku jawablah kat blog ni.. aku dah naik kerja pasal cuti bersalin dah habis.. yaaa.. aku dah guna sampai 360 hari pun.. termasuk yang ihsan 60 ditambah kemudian oleh kerajaan tu pun.. hiii.. apa nak buat.. aku memang suka cium bau baby.. lelagi tengok pipinya yang halus dan gebu tu kan.. tenang je rasa.. hilang semua masalah.. sebab tu bila aku rasa stress je aku rasa nak mengandung.. tapi lepas ni tak boleh la.. cuti dah habis wei.. dan ummi dah naik kerja!

memula elok je dia tidur


hari ni hari pertama aku naik kerja balik.. rasa macam tingtong kepala ni pun ada.. macam terasa nak gi jalan-jalan je tadi.. yang sejam dua boleh balik rumah.. dengan barang pam susu tertinggal la... terlupa masa nak pam susu la.. padahal aku ni asyik la teringat budak berdua ni yang selalu ada je dengan aku 2 bulan ni.. kehilangan betul rasanya.. serba tak kena pulak aku.. kejap-kejap tengok telefon.. ajer la.. dah rupa orang bercinta..


rindu wei budak berdua ni tadi


tu pun sepatutnya aku dah naik kerja 2 hari lepas tapi aku sambung lagi 2 hari cuti sampai selesai urusan adik untuk vaksin semalam.. maklumlah aku bukan group antivaksin.. harus pastikan cukup kitaran vaksin bagi setiap anak.. aku percaya vaksin adalah cara terbaik mengawal sesuatu penyakit malah menghapuskan terus dari muka bumi jika dilakukan dengan cara yang betul.. bukan hanya untuk manusia tapi juga untuk haiwan.. tapi apa nak buat.. tak semua orang berfikiran yang sama.. eh cerita vaksin pulak.. meh sambung cerita pasal ummi dah naik kerja!

rupanya bukan aku sorang yang rasa tingtong macam tu.. adik nafis adam pun sama.. shah kata dia tak senang duduk sebab adik tak boleh tinggal langsung.. alahai.. kesian anak ummi.. tu yang tadi dia tak lepas langsung aku sejak balik dari kerja.. kesian jugak tapi apa boleh buat.. selagi kena kerja terpaksalah tinggalkan jugak.. semoga Allah jaga adik ya.. sebab ummi dah naik kerja!

Ceritaita

Selasa, 5 November 2019

Akhirnya aku ditukarkan ke Johor!

Assalamualaikum semua,  setiap hari ada sejarahnya tapi hari ni sejarah yang patut sangat ditulis buat kenangan.. sejarah yang pastinya akan memberi kesan besar buat kami sekeluarga.. kesan positif atau tak tu tak pasti lagi tapinya harapan kami semoga ianya beri impak positif bukan saja buat kami tapi untuk semua orang di sekeliling kami nanti.. ya.. akhirnya aku ditukarkan ke Johor!

Akhirnya aku ditukarkan ke Johor! 


dah agak lama jugak aku berniat nak berkhidmat di Johor, negeri kelahiranku.. tapi apakan daya bila kita cuma seketul mentimun yang akan selalu digolek-golekkan oleh orang lain.. tapi kali ni aku cuba untuk menggolekkan diri sendiri.. harapnya tak hancur berkecailah nanti.. haha.. 

sebenarnya aku masih belum naik kerja dari cuti bersalin pun lagi.. ok.. patut dah naik hari semalam lagi tapi aku tambah mohon lagi 2 hari cuti sehingga hari ni untuk temankan adik Nafis Adam ke klinik untuk ambik suntikan bagi bulan kedua dia.. nasiblah kali ni aku cuma boleh bercuti sehingga 60 hari je.. kenalah si kecik ni tinggal dengan ayahnya nanti.. harap-harap takde masalah sangat sebab selama ni nampak dia takde ragam.. 

dan kami akan pergi ke Johor untuk urusan aku lapor diri ke penempatan baru di sana pada 11/11 nanti.. ya.. tarikh cantik!  di saat semua orang berhempas pulas nak rebut barangan sale sana sini sempena sale 11/11 kami pulak kena memulakan cabaran baru.. hehe.. debar ni wei.. maunya tak berdebar.. aku mana pernah berkhidmat di negeri pun sebelum ni.. selama ni hanya berada di bawah kuasa persekutuan je.. 

tapi kami akan kembali ke KL untuk langsaikan semua urusan tertunggak nanti termasuklah urusan serah tugas di tempat kerja sekarang ni,  urusan pindah sekolah anak-anak dan angkut barang-barang.. eh lupa pulak serah kunci rumah sewa sekali.. alhamdulillah aku dapat owner rumah yang sangat bertimbangrasa.. senang sangat berurusan dengan dia.. terima kasih ya Siti.. 

InsyaAllah kami akan memulakan hidup baru di Johor Bahru pada bulan Disember nanti.. jadi untuk semua yang baik hati berurusan dengan Cerita Ita selama ni aku nak bagitau alamat di KL atau di Kuantan dah tak berfungsi lagi selepas 28 November 2019 ni ya.. kami akan bagi alamat baru untuk kita terus berurusan selepas ni.. semoga masih ada rezeki blog ni nanti.. mana-mana yang ada terhutang entri tu aku cuba langsaikan nanti ya.. selepas dilanda mabuk yang teruk dan melahirkan aritu aku ada jugak tertangguh entri.. nanti akan cuba ditulis balik.. insyaAllah.. doakan Ceritaita terus bertahan ya.. 

Buat kawan-kawan dan keluarga yang terus mendoakan kami tanpa henti walau di mana korang berada tu.. terima kasih banyak-banyak aku ucapkan ya.. kami takkan lupa jasa korang.. dan kami jugak takkan lupa kenangan di KL ni.. banyak kenangan manis kami di sini tapi bila usia makin menganjak ke senja ada sesuatu yang perlu jugak kita lakukan supaya tak menyesal di kemudian hari nanti.. 

Buat yang tertanya-tanya kenapa baru setahun dah pindah lagi.. sampai mak aku pun cakap.. "Ko ni ngah dah mengalahkan askar.. baru kejap pindah dah pindah lagi".. haha.. apakan daya mak oiii.. kalau tak pindah taklah dapat dekat dengan mak nanti.. ya.. itu antara sebab utama aku berpindah ke Johor.. supaya lebih dekat dengan pintu syurga kami.. supaya kami boleh lebih kerap melawat mereka serta mengembirakan mereka selagi ada hayat kami.. dan alhamdulillah masih ada insan yang berhati baik untuk memudahkan urusan kami.. semoga Allah permudahkan juga urusan buat hamba-hambaNya ini.. amin.. 

Lepas kami niat nak usahakan sedekat mungkin dengan mak abah.. alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami satu persatu.. dari urusan pertukaran.. termasuk aku kena hadap bos di IMR ni.. urusan cari rumah sewa walau kena gak tipu dengan scammer.. cettt.. biarlah dia makan duit haram.. urusan nak tangguh.. urusan cari lori pindah dengan harga mampu tanggung (yang ni aku cerita lain nanti).. semualah.. semoga Allah permudahkan jugak urusan kami akan datang ni.. amin.. 

kami pernah ditukarkan tanpa kerelaan kami.. memang kami menangis sungguh-sungguh waktu tu.. kali ni kami menangis jugak tapi airmata gembira.. dan doa aku cuma satu je.. semoga hijrah ini lebih baik buat kami.. amin.. terus maafkan kami dan doakan kami ya.. 

Ceritaita