Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. rindu nak menulis tapi apakan daya masa banyak terisi dengan persiapan untuk berpindah.. dah tak banyak masa yang tinggal untuk kami di KL ni.. cuma tinggal tak sampai seminggu.. akan bermula fasa baru kami di JB pulak nanti.. dan minggu ni terisi dengan kenangan di sekolah anak-anak.. banyak cerita gembira yang akhirnya buat aku rasa nak menulis lagi.. warna warni persekolahan anak tahun 2019..
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
biar apa yang ditulis jadi ingatan dan kenangan buat kami anak beranak nanti.. buat kenangan juga buat semua yang pernah mengenali kami.. kenangan yang baik-baik.. InsyaAllah.. bermula dari minggu lepas lagi sehingga ke minggu ni banyak sangat nak diceritakan.. aku mulakan dengan kisah anak-anak la dulu..
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
bermula dari 14 November.. Hari Apresiasi Abg Chik atau Hadi.. buat di Dewan UIAM Gombak.. sangat gah majlisnya.. tapi diuji pulak susu adik tertinggal dan aku terpaksa keluar awal dari dewan untuk tenangkan adik Nafis.. rezeki pulak shah jumpa sedara lama yang tak jumpa.. lama betul.. dari bujang sampai dah beranak pinak.. rezeki lagi bila dia hadiahkan hadi bouquet comel.. senyum Hadi sampai telinga..
15 November pulak.. keputusan UPSRA abg dah keluar.. terkejut jugak sebab sekolah kafa abg long ni kurang aktif sikit.. segala makluman hanya melalui murid.. tiada group whatsapp buat ibu bapa.. alhamdulillah abg long lulus semuanya.. semua gred dia sapu.. 1A 3B 2C 1D.. tapi tetap senyum dengan confident.. hehe.. anak mak kan..
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
17 November pulak.. hari Anugerah.. tiba-tiba di tahun akhir di sekolah rendah ni abg long bagi kejutan lagi buat ummi ayah dia.. sama macam dia di tahun 1 dulu.. alhamdulillah abg long dapat anugerah terbaik dalam BM Pemahaman.. rezeki dia sebab soalan waktu percubaan tu dia pernah buat.. cuma salah 3 soalan je.. tapi itu percubaan je pun.. tapi ummi tetap bangga tau.. yang paling aku bangga sebab aku yang tukang sampaikan anugerah atas tiket Naib Yang Dipertua PIBG.. alhamdulillah...
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
20 November pulak.. ada 2 program hari ni.. hari jamuan akhir sekolah abg chik dan hari apresiasi abg long pulak.. dan aku wakilkan ke majlis apresiasi abg long dulu.. shah wakil ke majlis hadi sambil bawak adik nafis.. alhamdulillah kami masih boleh urus dengan baik.. selesai 2 majlis.. tapi rupanya kami lupa pulak nak bawak kakak husna untuk temujanji dia di Hospital Wanita dan Kanak-kanak.. terpaksa ubah pulak ke hari lain..
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
21 November pulak.. hari yang bersejarah jugak.. keputusan UPSR abg long keluar.. awal-awal aku dah set mesej untuk hantar bila sampai jam 10 pagi.. tapi rupanya sistem hang.. tak dapat jawapan.. tapi ada pulak yang kata boleh check online.. mak tak sabar ni haruslah check kan.. haa.. bila dah tau keputusan kami senyap je la.. tunggu sampai cikgu yang umumkan.. budak-budak elok duduk dalam dewan.. sampai masa semua kena beratur ikut kelas dan tunggu giliran untuk ambik keputusan..
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
Abg long yang masih tak tau keputusannya cuba mengendeng kat cikgu kelas untuk tau.. tapi nampaknya tak berjaya.. dia datang pulak kat aku yang tengah tunggu peluang untuk menyelit jumpa cikgu.. "Ummi, ada kawan cakap boleh check online.. saya check boleh? ".. tak sampai hati pulak aku tengok lelama bila dia tanya.. terus aku bagi.. dan dia check.. alhamdulillah senyum meleret dari mulut dia.. dia dapat 6B.. straight B! haha.. senyum tu pasal BI penulisan dia lulus.. itu yang paling dia takut sangat pasal dia dapat E waktu percubaan hari tu..
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
|
Warna warni persekolahan anak tahun 2019! |
Lepas tu kami sambung dengan belanja anak-anak makan tengahari dengan McDonald's atas ganjaran untuk si abg yang telah berusaha.. Itu pun syukur yang amat sampai pesan dengan adik-adik suruh belajar rajin-rajin dan dapat keputusan yang bagus.. sesungguhnya abg long anak yang sangat baik..
Buat Abg Long.. dari anak yang lambat bercakap sewaktu kecil.. cuma boleh bercakap pada umur 3 tahun 1 bulan.. dan tak pandai membaca waktu masuk tahun 1..hingga menjadi anak yang sentiasa berada di kelas pertama dan mendapat 8A sewaktu peperiksaan UPKK yang diduduki hanya 2 bulan selepas pindah ke KL. dan menghadapi UPSR dan UPSRA sewaktu ummi dia sibuk bersalinkan adik nafis dan berulang ke hospital sebab adik jaundice.. dengan berperang dengan emosi waktu ummi dan ayah suruh dia ambik peperiksaan UPSRA.. katanya kawan-kawan di Pahang dah fokus UPSR saja dah.. macam tak terima hakikat dah berpindah pun ya.. sesungguhnya setiap pencapaian awak sangat membanggakan ummi dan ayah tau..
sungguh berwarna warni persekolahan anak tahun 2019 ini.. terima kasih buat guru-guru yang mendidik anak kami dari di taska, Tadika Ilham Bestari, Tabika Kemas Kg Derhaka, Tabika Perpaduan Kempadang Perdana, PASTI ILMI, Tabika Kemas Batu 5, Sekolah Rendah Kempadang, Sekolah Rendah Seri Delima, Kafa Al Fawwaz, Kafa SK Seri Delima.. dan memana yang kami tertinggal.. mohon dihalalkan ilmu buat anak-anak kami.. semoga semua anak-anak ummi terus cemerlang dunia dan akhirat walau di mana pun kalian berada.. amin..
Ceritaita
2019 banyak suka duka anak anak di sekolah kan kak
BalasPadamAllahu.. semoga anak2 Ita terus memburu kejayaan yg cemerlang dan dapat mendakapnya di masa akan datang
BalasPadamTahniah atas kejayaan anak anak :-)
BalasPadamalhamdulillah selesai setahun persekolahan. semoga dipermudahkan urusan untuk persekolahan 2020 ^_^
BalasPadamBerwarna warni ya Ita.. benda nie semua yang akan kita kenang nanti kan. Apapun tahniah untuk Ita, Shah dan anak-anak.. Cik Sue doakan semoga Abang Long dan adik-adik terus berjaya dan cemerlang kat tempat baru ya..
BalasPadamTahniah abg long. Straight B pun org kata dah A sebenarnya sebab graf tinggi katanya
BalasPadamSenyum sorang2 aku baca Ni. Seronok tgk Korang nak beranak dgn baby pun fh smpai sekolah ye. Abang long byk potensi juga dhn bg ngah, kakak husna adik Hadi semuanya ad apotenai semoga jadi anak2 yg membanggakan ibu ayah
BalasPadam