Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Contents Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar

Tak Lama Dah..

Imej
assalamualaikum semua, dah lama tak menulis di blog pasal diri sendiri.. asyik cerita perkembangan anak-anak dan keluarga je sejak akhir ni.. line telefon pulak tak berapa memberi kerjasama yang baik setiap kali nak menulis.. belum lagi telefon nan satu ni selalu jadi rebutan anak-anak je bila di rumah.. jadinya banyak yang tak tertulis sudahnya.. banyak yang nak diceritakan.. terutama pasal kandungan yang semakin membesar ni.. tak lama dah.. Tak Lama Dah.. tak nafikan aku rasa sangat berdebar kali ni.. lain dari 4 kandungan sebelum ni.. mungkin sebab faktor umur aku yang semakin berusia.. atau kata lainnya mengandung di usia tua.. hehe.. dah 40 tahun dah pun.. dulu-dulu waktu memula kahwin sebenarnya dah tetapkan yang aku cuma akan mengandung buat kali terakhir pada usia 35 tahun.. tak mau dah kononnya mengandung lebih dari usia tu.. tapi mana tau kan.. perancangan Allah tu Maha Indah.. Dialah sebaik-baik perancang dan pengaturcara..  antara sebab aku tak mau mengandu

SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY

Imej
SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY  Assalamualaikum semua,  dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna.  SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY  Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap

Berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah

Imej
assalamualaikum semua, dari hari tu aku nak ceritakan pasal kedai makan wajib pergi kat Kemensah ni.. tapi banyak betul gangguan yang datang.. jadi hari ni baru ada masa nak cerita.. itu pun lepas menaip beberapa kali dan terberhenti je dibuatnya.. tapi gigih jugaklah nak kongsikan tempat makan sedap dan best buat sesiapa yang tengah berkira-kira nak pergi ni.. dari aritu aku mampu tengok je bila ada kawan-kawan yang menulis pasal BBQ Lamb Kemensah ni.. bila dah pergi baru tau rupanya berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah.. patutlah ramai yang cerita.. Berbaloi makan di BBQ Lamb Kemensah kalau tak sedap maunya namanya nak meniti dari mulut ke mulut kan? biasanya orang cerita pasal 2 perkara je.. antara sedap dengan tak sedap.. tapi yang ni aku memang nak cerita pasal sedap la.. yang sedapnya ada jugak.. jadi korang kena baca sampai habis ok.. kami gi bulan lepas sebenarnya.. ntah kenapa la tekak aku ni bulan lepas semua benda la teringin nak makan.. tapi lepas tu

Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk

Imej
Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk assalamualaikum semua,  korang sibuk ke tu?  tengok sibuk apa je hari Jumaat ni.. ada yg dah ada kat kampung pun ya? awal korang balik kampung.. kami malam ni baru nak bertolak insyaAllah kalau takde aral.. kali ni cuma ada rezeki cuti pendek je.. raya sehari dah kena balik semula ke KL.. kena kerja la, nak buat macamana.. tahun ni la kiranya aku merasa kena kerja waktu cuti umum dan hari raya.. hari ni aku nak kongsikan resepi Pancake gebu dan tetap lembut bila dah sejuk yang aku buat baru ni.. memang sedap resepi dia.. aku sejak guna resepi ni dah tak tukar yang lain dah..  Resepi Pancake Gebu Dan Tetap Lembut Bila Dah Sejuk anak-anak kat rumah ni suka makan gitu je.. kalau tak pun diorang makan dengan filling blueberry atau filling strawberry.. takde pulak yang minat nak letak madu macam orang lain buat.. kalau aku pun lebih suka makan dengan coklat cair ke.. sedapnya lahai.. meh la kita tengok bahan-bahan dan cara bu

Keputusan permohonan Pra Sekolah dan penempatan Tahun 1 2020

Imej
Keputusan permohonan Pra Sekolah dan penempatan Tahun 1 2020 assalamualaikum semua,  minggu ni aku agak sibuk.. banyak keja dah tertangguh dah ni.. tapi tak sempat nak toleh kiri kanan dah nampaknya.. minggu lepas sibuk sama-sama dengan abg long yang hadapi peperiksaan percubaan untuk UPSR.. biasalah kan anak pertama.. mak yang risau lain macam.. dah selamat habis semalam pun.. baru maknya senang hati nak tulis blog balik..  Keputusan permohonan Pra Sekolah dan penempatan Tahun 1 2020 dan kebetulan pulak minggu ni keluar keputusan permohonan Pra Sekolah pulak.. berdebar dari minggu lepas lagi.. dah lama dah berharap anak dapat sekolah di Pra Sekolah ni tapi asyiklah tak berpeluang sebelum ni.. jadi bila sampai giliran adik hadi ni bersungguh-sungguh la aku mintak jugak..  dan keputusan yang keluar pada 5hb Ogos baru ni amatlah mengembirakan hati kami.. akhirnya ada anak yang berjaya mendapatkan tempat di Pra Sekolah ni.. alhamdulillah syukur ya Allah.. tahun depa

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus