Tak Lama Dah..

3:52:00 PTG

assalamualaikum semua, dah lama tak menulis di blog pasal diri sendiri.. asyik cerita perkembangan anak-anak dan keluarga je sejak akhir ni.. line telefon pulak tak berapa memberi kerjasama yang baik setiap kali nak menulis.. belum lagi telefon nan satu ni selalu jadi rebutan anak-anak je bila di rumah.. jadinya banyak yang tak tertulis sudahnya.. banyak yang nak diceritakan.. terutama pasal kandungan yang semakin membesar ni.. tak lama dah..

Tak Lama Dah..


tak nafikan aku rasa sangat berdebar kali ni.. lain dari 4 kandungan sebelum ni.. mungkin sebab faktor umur aku yang semakin berusia.. atau kata lainnya mengandung di usia tua.. hehe.. dah 40 tahun dah pun.. dulu-dulu waktu memula kahwin sebenarnya dah tetapkan yang aku cuma akan mengandung buat kali terakhir pada usia 35 tahun.. tak mau dah kononnya mengandung lebih dari usia tu.. tapi mana tau kan.. perancangan Allah tu Maha Indah.. Dialah sebaik-baik perancang dan pengaturcara.. 

antara sebab aku tak mau mengandung lagi ialah sebab cuti bersalin yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk aku dah habis pada kandungan terakhir iaitu 300 hari.. cukup-cukup waktu melahirkan adik hadi.. mana tau tetiba je Allah aturkan untuk kerajaan tambahkan cuti bersalin tu jadi 360 hari.. alhamdulillah.. syukurlah namanya tu kan.. ada rezeki untuk mengandung lagi..

tapi berbeza betul bila mengandung di usia emas ni.. semuanya rasa tak larat bila dah hujung-hujung masa ni.. terutama naik turun tangga.. dulu-dulu aku jarang kena kaki bengkak.. sekarang ni boleh katakan hari-hari kaki bengkak.. masa jururawat ingatkan pasal penyediaan barang-barang bayi aritu pun macam blur.. banyak benda tak berapa sedia sebenarnya.. pam susu pun masih tertinggal di Kuantan.. cuma sempat ambik tilam je aritu.. lain-lain lupa.. nak sediakan barang apa pun jadi blur jugak.. huhu.. apa la nasib ntah.. semua dah lupa.. belum lagi dengan kerja yang banyak belum selesai.. kelam kabut jugak jadinya..

tambah pulak salah perancangan.. dengan abg long nak ambik UPSR lagi.. huhu.. tawakal je la.. lagipun sekarang ni tengah tunggu masa je ni.. korang doakan ya.. semoga semuanya baik-baik hendaknya.. amin..

Ceritaita 

You Might Also Like

9 Luahan Ikhlas

  1. semoga dipermudahkan untuk sis

    BalasPadam
  2. All the best...semoga dipermudahkan olehNya

    BalasPadam
  3. insyallah di permudahkn segala urusan kehamilan sis dan kluarga.. amin ya rabb. byk rest, jan stres2 =)

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan urusan akak dan keluarga <3

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti.

    BalasPadam
  6. Semoga dimudahkan semua urusan ya Ita.. aamiin ya rabb.. jaga diri.. ❤

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan semuanya..

    BalasPadam
  8. Wahhh tahniah kk ita.. semoga dipermudahkan ye..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. semoga dipermudahkan semuanya utk akak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini