Cerita Ita: mangga harum manis                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mangga harum manis

Mangga Harum Manis Versi Kuantan

Mangga Hasil Ketiga Kami Rasa Buah Mangga Harum Manis Berbuah di Kuantan  Assalamualaikum semua, hari ni kami dapat merasa mangga harum manis versi Kuantan buat kali ketiga. Buah sulung dia dulu cenonet je saiznya. Besar ibu jari. Itu pun dapat merasa sebiji je. Rasa Manis Buah yang pertama dulu tu walaupun saiznya kecil sangat tapi tetap rasa manis sangat masa tu. Buah yang kedua kami dapat makan tu selepas beberapa tahun buah pertama baru dia berhasil lagi. Itu pun lepas kami tabur garam kasar yang banyak kat pangkal pokok. Buah hasil kedua tu jugak sempat jadi makanan burung-burung yang singgah. Rasanya tahun 2022 kot masa tu. Kami jarang balik selepas Covid kan masa tu. Lepas tu lama jugak dia tak berbuah lagi. Yang ni manis jugak sebab kami petik dna biarkan dia sampai masak diperam. Harum Manis Berbuah Lagi Sekali tahun lepas ternampak beberapa putik buah yang keluar dari pucuk dahan. Alhamdulillah dia berbuah lagi. Syukur ada rezeki merasa lagi. Kami kira haritu buahnya ada ...