Cerita Ita: 2016                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2016

Blogger Dashboard berwajah baru!

assalamualaikum semua, terkejut bila tetiba je bukak blogger dashboard hari ni.. sebabnya dah bertukar la.. dah berwajah baru ! takde dah yang jenis berkotak-kotak macam dulu tu haa... menarik nampaknya.. lebih segar mata bila tengok blogger dashboard yang baru ni.. lebih semangat nak menulis gitu.. huhu... blogger dashboard berwajah baru korang tengok je la gambar yang aku tunjuk ni.. dulu-dulu kalau kita klik kat blogger tu dia keluar rupa lain sikit kan... dan perkataan dia pun lain sikit tak salah aku.. dan font dia guna pun macam lagi menarik.. nampak kemas je bila mata tengok.. isk.. macam jatuh cinta la gitu.. haha.. ini pendapat aku la ye.. orang lain aku tak pasti la pulak.. tapi apa yang aku suka tu memula je tau.. lepas tu jadi panik.. alamak.. mana list blog yang aku follow selama ni ? mana nak cari ni ? maunya tak panik kan ? bukan aku hafal pun link blog tu semua.. mana nak hafal sebab kebanyakannya nama blog yang panjangberjela.com jadinya aku letak...

Kunjungan kami ke Road To Maha

assalamualaikum semua, aritu aku dah ceritakan pasal Road to Maha sebelum ni kan... ada sejarah dan kunjungan pertama sebelum ni... dan kali ni aku nak cerita pulak hasil kunjungan rasmi dengan anak-anak dan shah... haruslah akan ada lagi banyak gambar dan cerita nak cerita dengan korang kan....meh layan... kami buat keputusan nak ke Road to Maha ni secara tiba-tiba sebenarnya... tiba-tiba sebab shah tiba-tiba je kata yang dia tak kerja hari Ahad baru ni... makanya otak aku ligat la cari idea mana boleh pergi dengan anak-anak... hahaha... nasib la ye bang.... dan cadangan aku adalah pameran Road to Maha Zon Timur yang sedang berlangsung masa tu... banyak benda menarik nak tunjuk dan nak bagi anak cuba... jadi dengan semangatnya selepas kami hantar abg long ke kelas teakwando pagi tu kami bergegas ke Pasar Besar Kuantan... tujuan adalah nak cari lauk untuk keperluan seminggu dua ni... beli kat pasar lebih murah... semuanya la... udang, ikan, ketam... dan kadang-kadan...

Sejarah MAHA, Road To MAHA Pahang dan Peraduan Selfie

assalamualaikum semua, kali ni aku nak kongsikan pasal sejarah MAHA dan pertandingan yang berlangsung sempena MAHA 2016 tahun ni... ada yang perasan tak pasal pertandingan ni? ianya adalah pertandingan 'selfie' yang dianjurkan sempena program MAHA yang akan dianjurkan setiap dua tahun seperti sebelum ni... MAHA 2016 Sejarah MAHA apa dia program MAHA ni sebenarnya?   MAHA atau nama penuhnya adalah Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show... MAHA bermula pada tahun 1922 lagi yang berasal dari nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun yang sama... Tujuan utama penubuhan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian... MAHA pertama yang diadakan adalah pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923 bertempat di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor... Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coro...

Penentuan Arah Kiblat terakhir bagi tahun 2016

assalamualaikum semua, salam jumaat buat semua.... sekejap je dah abis seminggu kan? dah jumpa Jumaat semula dah... rasanya baru je sibuk-sibuk nak beraya aritu... lepas tu baru je sambut raya ke 3, jumaat lepas.... tetiba dah jumaat balik... cepat betul masa berlalu... dan hari ni merupakan salah satu Jumaat istimewa juga kiranya... nak tau sebab apa? meh baca lagi.... semalam bila tinjau facebook ternampak Falak Online update gambar dekat facebook dia... terus lelaju klik dan simpan... pasal penentuan arah kiblat terakhir untuk tahun 2016 ni... yang pertama adalah pada bulan Mei tahun ni jugak.... sebenarnya katanya memang dah ditetapkan pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun tapi disebabkan tahun ni tahun lompat maka ianya dicepatkan sehari dari biasa... dan penentuan untuk tahun ni adalah pada 15 Julai 2016 iaitu hari ini... dan masanya adalah pada pukul 5.28 petang... ihsan dari Facebook Falak online ada cara tertentu digunakan untuk menentukan arah kiblat ni ...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Johor Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua,  mesti ada yang pelik bila tengok tajuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri Johor macam kat atas tu kan? hehehe... jangan la pelik... aku tak pernah malu nak mengaku yang aku masih anak jati Johor walaupun sekarang ni sedang mencari sesuap rezeki dari negeri Pahang Darul Makmur...  masih banyak perkara tentang Johor yang aku bawak bersama ke Pahang ni... antaranya makanan tradisi Johor yang memang sentiasa memikat hati... mee bandung, nasi ambeng, otak-otak...hish banyak lagi la... rasa tak tertulis... lagi la pulak bila sampai bulan Ramadhan ni... semuanya bila ditulis dapat bayangkan kesedapannya... al maklumlah... iman nipis... memang banyak menu yang kami akan beli bila kami balik ke Johor bila tiba masa bulan Ramadhan... antaranya ialah murtabak... murtabak yang sangat best tiada tandingan bagi tekak kami ni... sampaikan shah dah tak berapa makan murtabak biasa-biasa yang dijual di sekitar Kuantan ni... nak tunggu balik Johor j...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua, cuma tinggal tak sampai seminggu lagi untuk bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia iaitu bulan Ramadhan akan tiba... ada rasa tak sabar di hati rasanya... rasa seronok dan terbayang-bayang kemeriahan suasana di dalam bulan penuh keberkatan ni...  dalam bulan ini la biasanya akan terserlah kasih dan sayang sesama umat Islam... juga kasih sayang di kalangan anggota keluarga... dalam keluarga kami pulak biasanya bulan Ramadhan ni memang bulan yang cukup dinanti oleh anak-anak... bukan sebab mereka dah pandai berpuasa... tapi disebabkan suasana berkumpul menunggu waktu berbuka tu jarang sekali dapat dirasai di bulan yang lain... abg long sendiri dan mula belajar berpuasa sejak umur 6 tahun tapi tak berjaya... dan mulai tahun lepas baru dia belajar berpuasa dengan baik... walaupun ada juga hari-hari yang tertinggal tapi alhamdulillah semangat dia masih kuat menjelang Syawal... dia paling suka bangun untuk bersahur... dan paling senang juga...

Hadiah Hari Ibu 2016

assalamualaikum semua, kan aku ada buat ucapan sempena hari ibu aritu kan ? dan semalam hari yang best... dapat hadiah pulak... hadiah hari ibu dari anak yang paling manja tak lain tak bukan abg long la... nak tau apa hadiahnya yang istimewa sangat tu? haaa ini la dia... hadiah hari ibu dari abg long 'sekeping' baju untuk ummi dia... tapi agak pelik pulak bila dia tulis S kat baju tu... aku punyalah fikir apa kaitan huruf S tu... aku memula fikir SUPERMAK tau... terus la terkeluar tagline... Dia di dapur... Dia memasak... Dia la Supermak... eh..hehehe.. lepas tu ada pulak member aku komen kat fb aku katanya mungkin S tu merujuk pada saiz baju... so ko rasa? menyirap tak? hahaha... ini perli suruh kurus ke apa ni?... jika ye... ok aku memang ada azam untuk kurus... eh ye la... malam ni aku cuma mkn kue tiaw goreng je tau... apa tak gigih lagi ke tu? tapi sebenarnya nak bagitau ini bukan pertama kali abg long bagi hadiah macam ni tau..tahun lepas pu...

Selamat Hari Ibu 2016!

assalamualaikum semua,  dah malam baru sempat taip entri khas ni...mujur belum abis lagi hari..haha.. aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua pembaca Blog Cerita Ita... semoga korang semua dilimpahi kebahagiaan sepanjang hidup ni... abg long pulak dari minggu lepas sibuk je tanya bila hari ibu... dan aku yang sebenarnya memang tak tau terus suruh dia tengok dekat kalender...dan jawapannya ialah takde dalam kalender...hehehe.. manalah aku tau kan... jadinya disebabkan abg long dah tanya...maka gigihlah aku mengoogle mencari jawapan... rupanya sambutan Hari Ibu atau Mother Day disambut pada setiap Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun... dan untuk tahun ni...2016 adalah pada 8hb Mei 2016... iaitu hari ni...  ramai kawan-kawan kongsikan di facebook masing-masing penghargaan yang diterima dari anak-anak masing-masing dan tak kurang jugak yang kongsikan sambutan bersama ibu masing-masing... gembira rasa hati bila tengok perkongsian orang lain... dan untuk ak...

Musim bunga di Malaysia?

Assalamualaikum semua, Cherry Blossom Tahukah Anda? Baru-baru ni heboh tentang bunga cantik yang berkembang mekar kat Malaysia, bunga yang sedang kembang cantik seperti bunga sakura itu namanya Tecoma/ Tabebuia. Menurut laman web FRIM, Tabebuia pentaphylla berasal dari Amerika Selantan dan Tengah adalah pokok hiasan yang ditanam sepanjang pinggir jalan atau hiasan tanam. Di Malaysia, Tabebuia juga dikenal sebagai “Cherry Blossoms of Penang” yang mirip bunga sakura dari Jepun. Di Malaysia ada 2 jenis warna bunga yang sering ditanam iaitu putih dan pink. Tabebuia pentaphylla adalah salah satu dari spesis dari bunga Tabebuia/tecoma , Tabebuia pentaphylla adalah tecoma berwarna pink dan Tabebuia roseo-alba berbunga warna putih. Sebenarnya bunga ini ada banyak lagi warna seperti purple, kuning, merah atau lavender. Nama pentaphylla adalah kombinasi “lima daun” iaitu “penta” bermaksud lima dan “phylla” bererti daun dalam bahasa Lat...

Hari Terbuka dan Sambutan Ulangtahun RTM yang ke 70

assalamualaikum semua, hari ni sempat la nak cerita sikit pasal majlis yang sedang berlangsung di bangunan jiran sebelah pejabat kami ni.. pejabat kami ni bersebelahan dengan pejabat RTM Pahang yang bertempat di Jalan Sri Kemunting, Kuantan, Pahang... dengarnya dari radio bila kami buka pagi-pagi tu ada info majlis hari terbuka dan sambutan ulangtahun RTM yang ke 70 tahun... lama betul dah RTM ni ye.. dari tahun 1946 hingga sekarang ni tahun 2016...alhamdulillah masih lagi melahirkan rancangan yang berinformasi dan memikat pendengar.. cuma tak tahan bab iklan orang jual ubat dengan tilam tu je la.. huhuhu... antara aktiviti yang dijalankan dan sempena menyambut ulangtahun istimewa ni RTM Pahang tak lepas juga peluang menjalankan aktiviti menarik mulai hari Jumaat 22 April 2016 hingga ke 23 April 2016... acara dimulakan pada jam 8 pagi sehingga jam 11 malam, kalau tak silap aku la.. dari info yang kami dengar dari radio Pahang FM tu...  banyak jugak acara yan...

Wordless Wednesday # 97: Karnival KarangKraf

assalamualaikum semua, untunglah orang kuala lumpur dan sekitarnya....dengar kata ada buku serendah RM1... dah lama teringin nak pegi karnival Karangkraf ni... tapi berangan je la... duit takde jadi duduk senyap-senyap.. huhuhu... maklumat lanjut boleh pegi SINI p/s hari yang tak berapa best dan ceria... hmmm.. semoga semua orang dibawah lindungan dan rahmat Allah..amin...

Wordless Wednesday # 96 : Gunting Rambut

assalamualaikum semua, antara memori yang wajib disimpan... abg long abg ngah adik hadi siapa yang paling comel? hehehe..... p/s ada orang order brownies... sedih hati bila org order tapi kita tak boleh buat.... oven rosak awak...maaf ye....hukhukhuk...