Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Adakah berat lahir bayi anda mempengaruhi berat ketika membesar?

Imej
salam sejahtera semua, rehat yang panjang membuatkan aku membuat kajian sikit... sebenarnya aku risau sebab umur adik husna dah nak menjangkau 12 bulan atau setahun pada 11/12/12 ni... tapi setiap kali balik dari klinik aku pasti dalam dilema.... selalu tertanya-tanya "adakah susu ibu dan makanan rutin seharian husna mencukupi untuknya".... lebih dilema lagi bila ada soalan macam ni "badan dia ni kecik je...tak nak try bagi susu formula ke?".... kekadang rasa kecewa dengan orang sekeliling yang tak memahami... stress jugak dan kadangkala memang boleh beri kesan pada penghasilan susu.... jadi tengahari ni aku cari maklumat untuk persediaan sebelum ke klinik.... dan aku dah dapat pun sumber yang boleh menenangkan sikit hati yang dah gundah gulana ni..... apa yang aku dapat ni aku nak cuba kongsikan, semoga dapat jugak menenangkan hati ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah yang sama.... ok, macam ni....setiap kali kita ke klinik kita akan diberikan ca

MAHA 2012 ke balik kampung?

salam sejahtera semua, 'aku yang masih... di hentian hidup ini....... di mana berakhirnya perjalananku ini......esok dan lusa bukanlah milikku.....aku setia hanya padaMu....oh Tuhanku...' aduh terlayan lagu Ramli Sarip la pulak.... korang rasa mana aku patut pergi? Pergi MAHA 2012 ke gi balik kampung jumpa orang tua aku sambil meraikan musim durian? mana bunyi lagi best? Kalau gi MAHA macam best gak pasal tak pernah pergi sejak dia pindah tapak sendiri ni...last aku gi masa student je dulu....lama dah...dah dekat 10 tahun dah pun.... tapi kalau balik kampung jumpa mak abah pun ok gak pasal last aku balik kampung masa acik aku kahwin awal bulan hari tu....lama dah kan? nak dekat sebulan dah ni.... jadi korang fikir mana lagi ok? kalau mak aku tau aku tanya korang pasal ni mesti dia kata "ko gi je la MAHA tu ngah...balik kampung ni bukan ada apa sangat..." hihi...mak merajuk.... p/s setelah ditimbangtara dan difikirkan semasaknya maka keputusannya.....aku bali

Apa??? tarikh kursus ditunda???? adoiaiii...

salam sejahtera semua, baru terima call dari organiser kursus yang patutnya berlangsung minggu depan dan diberitahu kursus terpaksa ditangguhkan kerana penceramah tak dapat hadir minggu depan..... aku ada cerita kat entry ni homestay dan hotel di area bandar salak tinggi . bila tau je tarikh kena tukar...aku pun laju-laju terus call shah mintak dia tunda cuti dia... itu yang penting.... harapnya dapat la... pastu aku call pulak homestay, tanya boleh tukar tarikh ke tidak.... waaaaa..... kalut wooo aku jadinya.... panik sekejap.... mujur tak pengsan.... hikhikhik.... apa la ita panik semacam...masalah kecik je pun.... dan akhirnya...rezeki kami ada... tarikh homestay boleh anjak.....alhamdulillah..... cuma cuti shah je belum confirm lagi.... p/s sempat lagi tu fikir....ala tak dapat la nak gi MAHA 2012...sekali lagi miss.....hmmmmm.. ke nekad je bawak anak jejalan hujung minggu ni ke KL.....eh... bang.... ooo..bang....

Bayi 1 bulan maut ditimpa durian

Imej
salam sejahtera semua, di sebalik kisah meletup-letup di sana sini pasal Durian Crepe ... ada jugak cerita sedih pagi ni.... gigil badan aku baca....anak jatuh tangga pun aku panik semacam...alahai...kalau la itu anakku...macamana rasanya... Ya Allah.... Yusof, sayunya wajah bayi yang mati ditimpa durian NIBONG TEBAL - Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian semasa di dukungan ibunya ketika sedang mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian dibelakang rumah mereka dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ibunya, Samimi Kasmin, 29, membawa bersama Mohamad Yusoff itu keluar bersama, ketika sedang mengutip pakaian, tiba-tiba buah durian gugur mengenai kepala dan bahunya. berita penuh boleh baca di Sinar Harian al fatihah buat anak comel ini.... p/s hari ni pakai baju batik sambil buat postmortem 3 ekor ayam...boleh? control ayu ita! ;)

Yeay...Malaysia menang!

Imej
Salam sejahtera semua, apa khabar semua hari ni..? ada yang terlebih sihat pasal team Malaysia menang malam tadi? kekeke....aku masih pening lalat pasal masih fikir ada ke warna kuning sirih pinang ....hahaha...konpius...konpius.... apapun korang layan je la gambar puteri cinonet husna ni tengah layan 'make way for nuddy' selepas bangun tidur... p/s harap ada hari yang panjang hari ni sebab ada banyak benda nak kena settle...

kuning sirih pinang?

Imej
salam sejahtera semua, tengah tengok bola...sambil layan menu kat bawah.... tergelak bila dengar pengulas bola kata warna baju penyokong Malaysia...warna kuning sirih pinang? ada ke warna tu....errrr bukan oren ke tu? p/s resepi kita cite esok ek...

Resepi Steamboat Segera

Imej
salam sejahtera semua, sambil melayan mood korang yang tengah rehat dan ada yang tengah makan tengahari ni...mari la kita cerita pasal steamboat ye...ini berlanjutan dari entry pagi tadi .... Steamboat ...sesuai makan masa musim hujan... bikin panas....hihihi.... sesiapa yang berminat nak makan steamboat murah... senang tapi sedap...meh la baca dan jangan ke mana-mana...teruskan membaca sampai habis ok... aku dah pernah pergi makan steamboat kat kuantan ni... boleh rujuk entry INI dan INI ... tapi bila dah ada anak berderet-deret ni...makan kat luar adalah sesuatu yang jarang kami dapat buat.... jadi pilihan yang ada adalah makan di rumah dengan tenang.... Steamboat Resepi Steamboat Segera Bahan-bahan: 1.pergi ke Giant di bahagian sejuk beku... dan pilih bahan apa yang korang nak letak... kami pilih bebola ikan pelbagai rasa...dan pelbagai lagi jenis bebola... tak dapat nak senaraikan...cari yang halal je ye....kalau nak letak dumpling pun ok gak... 2. 2 bung

Share the Softness Contest with Kleenex® and BabyIbu

Imej
salam sejahtera semua, pasal steamboat tu tunggu kejap ye... hihihi... nak join contest je dulu ni... pening dah kepala tengok angka kat report ni....lagi pun mood nak makan-makan belum mari lagi ni.... contest di atas anjuran BabyIbu dan Kleenex .. sambil bercontest sambil beramal... sila baca di Syarat Penyertaan untuk maklumat lanjut... contest @BabyIbu dan gambar yang dipertaruhkan ialah....tarrra.... share the softness p/s adik husna dah pandai hembus hinggus sendiri..letak je tisu kat hidung..dia hembus sendiri...so cute!

Wordless Wednesday # 5

Imej
salam sejahtera semua, steamboat p/s kalau perut lapar kita kena buat apa? cari bajet murah je buat sendiri!

Susulan berita warga emas maut diserang gajah

salam sejahtera semua, ini entry susulan merujuk kepada entry semalam Warga Emas Maut Diserang Gajah dah aku dapat pun cerita penuh dia dari sinarharian.... 27 November 2012 KLUANG - Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai diserang gajah liar di kebun kelapa sawitnya berhampiran Kampung Orang Asli Punan, Kahang, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Toh Sam Yit, 79, dari Taman Lian Seng di sini ditemui meninggal dunia dalam kecederaan parah oleh beberapa penduduk orang Asli kampung berkenaan, kira-kira pukul 6.30 petang. "Toh bersama seorang cucu lelakinya yang berumur 14 tahun pergi ke kebun tersebut pada pukul 4 petang. Dia dikatakan memeriksa tanaman sawitnya seorang diri manakala cucunya menunggu di pondok di tengah kebun," katanya hari ini. bahaya betul kalau dalam hutan bersendiri kan? kalau nak baca penuh leh tengok kat Sinarharian .. p/s ada report perlu dibereskan.....nanti la kita ci

warga emas maut diserang gajah

salam sejahtera semua, terkejut aku baca headline berita kat tv9 tadi... aku baca selintas lalu je pun...sebab tengah sibuk nak memasak steamboat...hihi..yang tu aku cite esok ek....dah malam ni..kang bebudak ni berjaga malam kang lagi naya aku kang... pasal berita warga emas maut tu aku cuma baca sikit je...warga emas maut diserang gajah liar di kluang.... kat kluang tu...rumah mak abah aku tu...suspen sungguh...ada sesiapa ada berita penuh? leh story lebih sikit? p/s perut kenyang mata tak mau lelap pulak dah...sebab selalu tak makan berat memalam...haa..padan dgn muka ko ita...

cepat la sihat nak...

Imej
salam sejahtera semua, aku masih di pejabat menunggu shah menjemputku pulang.... bila tengok gambar puteri cinonet aku ni...hilang rasa stress... cepat la sihat ye nak....

Bila anak demam..

Imej
salam sejahtera semua, dah 2 hari kami macam murung sikit sebabnya 2 anak kecik kami ni demam dan selsema...abg ngah ok la sikit tetap aktif...tapi bila berjangkit ke adik husna semalam...aku mula jadi tak tentu arah.... ye la bila dia sakit mula la dia nak berkepit je dengan aku 24 jam... dah la malam semalam shah kena ot...jadi tinggal la aku anak beranak je kat rumah...dengan itu aku sangat respek kat ibu yang boleh menjaga 2-3 orang anak tanpa ayah di sisi... biasanya bila anak demam ni...ini yang kami akan praktikkan... . 1. memula buka baju dia....biar dia pakai diapers je selai.. 2. bagi ubat demam ikut sukatan yang diperlukan anak tu (kena spare ubat ni bila ada anak-anak kecil di rumah)(kalau takde sila bawa jumpa doktor segera...demam panas boleh membawa maut) 3. ambil air sejuk dan letakkan dalam besen/mangkuk, ambil kain tuala bersih dan basahkan dengan air tu...lap badan anak dimulai dari kepala terus ke badan...lap juga celah-celah badan terutamanya keti

Lawak handphone

Imej
salam sejahtera semua, tak sempat nak buat entry pepanjang..... korang layan gambar ni je la pepagi ni ye......... lawak telefon p/s nasib aku pakai nokia C5 je.... hihihi....errr...ada yg nak sponsor blackbery 10?

Cendawan kukur masak lemak cili padi

Imej
salam sejahtera semua, pagi ni aku nak tulis resepi pulak...apa nak buat blog campur-campur kan.... hari ni aku masak cendawan kukur atau ada orang panggil jugak dengan nama cendawan sisir...biasa orang jual cendawan ni dalam keadaan kering, jadi bila nak masak kita kena rendam dulu dalam air bersih untuk bagi dia kembang dulu dan boleh bersihkan kotoran yang melekat terutamanya habuk kayu sebab dia tumbuh atas kayu....kalau aku buat ni aku cuci sampai bersih dan tapis sampai 3 kali untuk pastikan dia betul-betul bersih... tapi kalau malas sekali pun boleh je...tapi kalau jumpa kayu-kayu masa makan jangan nak salahkan aku pulak...hihi... ok kita tulis resepi penuh dia.... Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi Bahan-bahan 1 tin besar susu cendawan kukur kering (kat pasar benta jual rm5) 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 5 biji cili padi (nak pedas lagi boleh lebihkan) setengah genggam ikan bilis 2 sudu teh garam halus 1/2 sudu teh perasa(ajinomoto)

Durian ....akhirnya ku beli jua...

salam sejahtera semua, maaf cuma sempat update di petang ni....banyak tugasan perlu diselesaikan hari ni... cuma nak cerita pasal semalam... balik dari jerantut...akhirnya aku tergoda juga membeli durian setelah menjamah durian yang ditunjuk penjual durian di tepi jalan kat kuala krau semalam....wah...tergoda i you.... dan inilah hasilnya....isi dia lemak-lemak je...sedang elok nak buat durian crepe.... p/s balik kang nak makan lagi....esok nak puasa 10 muharram tak? puasa jom!

Durian kampung

salam sejahtera semua, bersiaran dari jerantut lagi pagi ni...tengah berhenti pam susu ni...curi masa update blog kejap...lepas ni nak tengok barang kat bengkel dan ladang..harap hari ni boleh siap.... sebenarnya nak cerita pasal durian kampung ni...sepanjang perjalanan tadi aku nampak ramai orang kampung yang jual durian sepanjang jalan...aku nampak juga ada yang jual betul-betul tepi dusun diorang....menarik je tengok dari jalan...tapi nampak macam biasa la 3 biji rm10.... rasanya aku patut beli ke tak ye?.....hmmmmmm...... p/s nafsu kata ya..hati kata tak...mana nak ikut ni ye....org kata ikut hati mati...ikut nafsu?....haru??? hihihi...

Majlis Berkhatam dan Berkhatan Di JPV Pahang

Imej
salam sejahtera semua, pagi tadi aku ada buat entry WW # 3 kan? korang dah baca? kalau belum gi tengok dulu.... aku ada tanya kat korang apa diorang tu nak buat kan? ada yang jawab diorang nak buat rakit....teeeetttt...jawapan anda salah mama pipie...hihi.... diorang sebenarnya nak buat persediaan untuk majlis berkhatan anak-anak staf JPV Pahang...meriah betul diorang buat tahun ni....aku siap bawak kamera nikon gedabak tu nak ambik gambar...punya la bersemangat... tapi malangnya masa acara yang best bermula... sekali bateri habis daaa....letih kan mengangkut benda berat tu tapi sia-sia...alahai... lastnya aku ambik gak gambar pakai hp yang satu ni.... ok korang layankan aje acara yang meriah ni ye... acara dimulai dengan marhaban oleh kumpulan yang dijemput khas dan semua staf yang hadir... selepas tu ada minum pagi dan disambung dengan acara berkhatam oleh anak staf yang terlibat... comel tengok anak-anak kecil mengaji... kemudian acara disambung dengan mengusung anak-a

Resepi Durian Crepe

Imej
salam sejahtera semua, korang sihat pagi ni? aku alhamdulillah...cuma letih sikit baru balik berjalan jauh... pagi ni ada program pulak kat tempat kerja aku ni... sementara tu aku siapkan report kejap ni... esok kalau ikut perancangan akan ke jerantut lagi untuk siapkan kerja audit semalam... pagi ni kita cerita dulu pasal durian crepe yang aku buat baru ni ye.... saja tinggalkan korang dengan entry pepanjang.... siap bergambar lagi kau.....bersempena anak felda dapat DURIAN RUNTUH ni... hihi... minggu lepas al kisahnya aku berjaya membuat durian crepe yang ku idam-idamkan selama ini... dah cuba beli 2 bekas dengan kak zati dan 2 bekas dengan  kek comel tapi apakan daya nafsu mengatasi segala... memang ye tau... nafsu makan... makan 4 bekas tu tak cukup... maka aku berhajat nak buat sendiri... dan setelah mengalami dugaan demi dugaan... maka akhirnya terlaksana matlamatku akhirnya.... hahaha... durian crepeku menjadi.... Durian crepe  memula aku dapatkan ini di

Wordless Wednesday # 4

Imej
Salam sejahtera semua, kalau korang pandai...cuba teka apa orang-orang ini tengah buat dan akan buat?

Audit la pulak..

Imej
Salam sejahtera semua, hari ni aku bersiaran dari Jerantut ni...kena siapkan audit aset alih kat sini.... sangat letih ok...baru siap tak sampai 10% pun lagi ni...dah nama pun aset alih...memang beralih-alih la semuanya... banyak betul nak tulis report ni...waaa...mau berkajang-kajang... ni aku stop jap pam susu...dah berpinar mata tengok no siri dari pukul 9.30 pagi tadi... kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi tadi...berhenti jap kat gambang kat Restoran Arab's Corner...makan nasi ulam...dulu aku pernah singgah sini tapi masa tu nama dia Warung Kita...bila aku tanya kat casher dia memang sah restoran masih sama cuma signboard je yang tukar pasal ada orang sponsor... komen aku pasal nasi ulam dia...sedaplah jugak pasal aku lapar tapi rasanya masa aku singgah dulu lagi sedap pasal ada rasa berangin sikit macam rasa bunga kantan...tapi kali ni takde rasa camtu...tapi harga dia murah...nasi ulam sekali dengan bergedil kentang cuma rm3 je... nak gi tapi taktau lokasi dia kat ma

Keputusan UPSR 2012

salam sejahtera semua, keputusan UPSR 2012 akan dikeluarkan pada hari ini... 19 November 2012 , mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing.... boleh juga nak menyemak melalui SMS di nombor 15888... lebih mudah untuk mereka yang berada di luar kawasan... cuma taip UPSR No Gliiran Anda dan hantar ke 15888... mudah kan? online pun boleh rasanya tapi aku tak pasti caranya... kenapa aku sibuk-sibuk pasal UPSR ni? sebab salah sorang anak buah aku akan ambil keputusan hari ni... semoga Zurin dapat keputusan yang baik ye nak.. mak ngah selalu doakan yang baik-baik untuk anak-anak makngah... semoga berjaya sayang... p/s kena off blog kejap... tuntutan tugas lebih penting...

5 nutrisi penting untuk anak

salam sejahtera semua, hari aku baca majalah masa tengah pam susu untuk husna, ada banyak info yang dikongsikan dengan korang yang mana memang mencari info-info berguna tentang kesihatan anak dan bayi.. pagi ni aku nak kongsikan pasal nutrisi untuk anak... ada 5 nutrisi yang penting untuk anak: 1. Kalsium Sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Magnesium Pengambilan kalsium boleh memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Sumber magnesium yang mencukupi boleh didapati daripada sayuran hijau, kekacang dan gandum. 3. Serat Makanan yang banyak serat baik untuk sistem penghadaman anak. Malah serat dapat membantu mengelakkan anak dar

Cuti Kahwin di Raub?

salam sejahtera semua, sempat lagi aku buat entry sebelum balik ni... saje nak bagitau korang yang kami akan ke raub hujung minggu ni.... bukan nak kahwin lagi sekali ok... yang dulu tu masih sah.... juga bukan nak menghantar shah kahwin sekali lagi.... tidak la muka aku nak ngantor kan... kalau dia nak pegi sendiri! hihi..... sila baca sambil angkat kening ye... kami sebenarnya nak menghadiri kerja kahwin sedara shah kat sega... eh sega tu area raub ke lipis ek? aku selalu la confius... kawasan dia tu cam dekat-dekat je... mana sempadan ntah.... jadi aku nak minta jasa baik korang tolong doakan kami selamat dalam perjalanan pergi dan pulang kami ye.... kalau ada duit lebih nak je aku ambik cuti hari isnin terus lajak ke Cameron Highlands kan?.... boleh bang...?eheeeemmmm... p/s aku dah mula intai-intai tempat menarik kat raub ni... antaranya kedai borong tudung...ahahahai....korang ke mana pulak wei?? dah macam org pahang pulak dah aku ni....

hadiah dah sampai! dan cenderahati lagi!

Imej
salam sejahtera semua, maaf terpaksa membisu hari ini kerana tuntutan kerja yang berlambak-lambak di atas meja ni... waaaaa.... macam nak nangis dah ni.... cepat la abis 3 bulan.... ni pun asyik je tarik nafas...lepas...tarik nafas...lepas..... tapi dalam sibuk-sibuk ni nak juga menyampaikan rasa terima kasih kat Babyibu yang baik hati ini... beliau telah menganjurkan pertandingan kat blognya... sila la singgah ye... untung-untung boleh dapat hadiah lagi best...mana tau... keychain menara eiffel Paris di atas mejaku...hahaha... dan bebaru ni ada staf dapat rezeki terbang ke korea selama seminggu.... ada la dapat cenderahati juga... bila la aku nak dapat pergi jugak kan....? mesti ada kang yang cakap...dah bagi pegi ko pulak taknak... alahai... tunggu je la budak husna tu dah besar sikit nanti.... dan ummi dah kumpul duit banyak-banyak kan nak...hihi.... i love korea...really?...no la i love malaysia... korean movie boleh la... p/s tak dapat pegi Paris dan

Salam Maal Hijrah 1434H buat semua

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Selamat menyambut kedatangan tahun baru hijrah untuk semua, semoga kedatangan tahun baru 1434H ini akan lebih mematangkan diri kita dalam mentadbir diri kita dan orang di sekeliling kita...insyallah... semoga Allah melimpahkan juga rahmat ke atas kita sepertimana yang telah diberi kepada kita pada tahun-tahun yang lepas dan malah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... juga kita doakan supaya semua amalan kita di sepanjang kehidupan kita ini diterima oleh Allah Yang Maha Esa hendaknya...amin... p/s orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi...semoga kita semua tergolong dalam golongan ini.... Published with Blogger-droid v2.0.9

nak tolong ke tak kalau macamni...

salam sejahtera semua, malam tadi masa kami di bank, ada sorang lelaki tengah dukung anak dalam umur 2 tahun camtu, ketuk cermin kereta kami... bila shah buka tingkap je...lelaki tu cakap... "bang, boleh bagi rm5 bang...buat belanja anak saya...saya baru keja 5 hari tak dapat duit gaji lagi..." kalau korang jadi kami apa korang buat...bagi ke tak? patut ke tolong orang camni? atau biarkan je...? bukan ke patut dia gi kutip tin minuman kat mana-mana tong sampah? atau dia gi cari kotak-kotak kat kedai-kedai macam ada sorang apek buat kat kuantan ni...bukankah itu lebih mulia dari meminta-minta? tapi kita hidup sebagai seorang islam mampukah kita cuma tengok je keadaan camtu tanpa menolongnya...? p/s aku simpati dan kalau boleh taknak terus ada bangsa Malaysia kita yang jadi macam tu...

Tempat menarik dan tempat makan best di sekitar Nilai, Sepang dan Salak Tinggi

salam sejahtera semua, tengok tajuk best kan? asal cerita tempat menarik je.... atau tempat makan best je mesti ingat nak bercuti kan? yaaaa... keluargaku akan bercuti si samping nak temankan aku berkursus...waaa... aku kena kursus... diorang lepak-lepak je kan... sangat jeles ok bang... dan kami dah selesaikan masalah penginapan macam dalam entry homestay dan hotel area bandar salak tinggi ini... jadi penginapan dah selesai dan masanya nak cari tempat menarik yang boleh bawak anak-anak dan tempat makan yang best kami boleh pergi... korang yang ada idea boleh sumbangkan ok... ambik perhatian ini cuma tempat menarik dan tempat makan yang best di sekitar nilai, sepang dan salak tinggi je ye... jauh-jauh takut tak sempat nak pegi la... maklumlah aku ada kursus seharian... cuma ada lapang petang bawak ke malam je la.... p/s berangan nak bawak anak-anak jalan naik komuter... tak pun makan ice cream kat ice room kan? ;)

Wordless Wednesday # 3

Imej
salam sejahtera semua, p/s makan mesti mau sedap!

Wow.. kari daging, perut masak lemak cili padi dan daging goreng..

Imej
salam sejahtera semua, hari ni entry bergambar je la ye.... apa menu korang hari ni? aku cuti kan hari ni....huhu nikmatnya dunia...boleh lepak-lepak...masak-masak... disebabkan memasak boleh hilangkan stress aku maka mari kita memasak bebanyak ye... ok korang layan gambar kari daging, perut lembu aka babat masak lemak cili padi dan daging goreng kunyit ni je la ye sementara aku layan cerita Ratu, Dendam Pencinta di TV9 ni...ala episod 13 la pulak ingat episod akhir tadi.. p/s toleh belakang jap...waaa..rumah aku ke tongkang pecah ni????

lihat la dunia.... my durian crepe..

Imej
salam sejahtera semua, perrrggghhhh tajuk...tak ingat kan?..hihi...akhirnya jadi juga... aku tak sempat nak tulis entry pepanjang hari ni...asal cuti je busy....asal busy je cuti...hehe... maka aku tayang gambar je dulu...esok aku cite panjang ye...harap sempat...berlambak keja nak buat esok...waaa... p/s aku suka memasak, dengan memasak semua stress aku hilang.. ;) korang pulak camne?

Wow Islam is Amazing!

salam sejahtera semua, cuma nak kongsikan perkongsian dari rakan facebook tadi... Perkongsian cerite.... Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?" Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth? Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu." Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).” Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?" Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor. Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?" Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itul

takutnya aku...

Imej
salam sejahtera semua, dia kacau aku masa tengah pam susu adik tadi... dia lapar kot.... tak pun dia memang tau dalam bilik ni ada doktor haiwan? ;) itu aku sempat ambik gambar masa dia dah pegi je...masa dia gegar pintu tu tak sempat nak capai hp... p/s ke dia tengok aku cam mirip dia je pasal tak solat lagi masa tu??? wei aku manusia la...

kesian anak-anak kan?

salam sejahtera semua, pagi tadi masa nak hantar anak ke taska...aku terserempak dengan 2 situasi berbeza... situasi pertama; cikgu miza (aku je panggil macam ni pasal nak bagi anak-anak bezakan mana pengasuh dan yang mana mak dia..huhu..cemburunya aku kan..?).. tengah dukung anak..dan ada anak lain yang berumur lebih kurang 3-4 tahun tengah pegang kaki dia.. bila aku sampai dia terpaksa letak anak yang dia tengah dukung tu dan ambik beg susu dari tangan aku..dan anak tu terus menangis..lepas tu akak dia pulak yang mulanya pegang kaki cikgu tu sambil pegang botol susu...sama ikut menangis dan pegang tangan adik dia yang sama-sama berdiri... terbayang muka budak berdua tu...sedih pulak aku tengok... bila aku tanya ni baru hantar ke? pasal tak pernah tengok muka dia..cikgu dia kata "a'ah..tu yang susah sikit...kak hasni takde pulak hari ni..cuti..." .....ayat yang terus buat aku terfikir...apa la jadi dengan husna pulak hari ni?...harap-harap dia ok dan tak banyak kere

Mendapat hati yang tenang

Imej
salam sejahtera semua, pagi ni aku nak kongsikan apa yang aku dapat dari kuliah asar di tv al hijrah baru ni.. tengok kan bertapa kuatnya pengaruh tv dalam kehidupan kita tapi kita pandai-pandai juga pengaruh tu kepada kebaikan... yang aku nak kongsikan ni adalah apa yang Ustaz Fadhil kongsikan iaitu bagaimana nak dapatkan ketenangan hati.. ada 2 caranya.. 1. sentiasa berzikir dengan nama Allah... kadang-kadang aku rasa bersyukur banyak bila ada anak, sebab dengan adanya anak-anak secara tak langsung akan selalu berzikir...waktu bila tau? waktu nak tidurkan dia...waktu nak amankan dia bila dia menangis...sewaktu nak jampi dia bila dia menangis sebab terlanggar sesuatu atau terjatuh...mudah kan nak berzikir...? 2. sentiasa memaafkan orang lain.. yang ini memang aku yakin boleh menenangkan jiwa...sebab aku dah cuba..dulu aku jenis yang kuat berdendam..suka mengungkit benda yang lepas yang boleh menyebabkan dendam wujud... tapi selepas aku belajar memaafkan orang dan terima ken

cerita korea vs durian crepe

salam sejahtera semua, hahaha...aku buat entry pepagi buta? sebenarnya baru je lepas tengok cerita korea kat tv9 ni haaa...best kan cite dia...aku minat gak cite korea yang tayang setiap hari ahad kat tv9 ni tapi selalunya mata ni haaa tak mengizinkan nak menengok...hihihi...alasan...baik punya... hari ni lak ntah kenapa leh tertengok pulak...orang lain dalam rumah ni dah selamat berlayar dalam mimpi dah...husna je tergolek kat tepi ni teman aku... sebenarnya plan asal tadi nak buat durian crepe tapi tertengok pulak cerita korea ni...melekat la pulak..memula tu tengok cite Terry kat tv al hijrah tadi..pastu dah abis aku alih tengok tv9...sekali cerita pasal suami pukul isteri pulak..pastu boleh pulak laki dia ajak bini dia lawan tinju..dah la laki dia tu juara tinju..gila betul!..sakit hati punya pasal terus tonton sampai habis ni haa...nasib baik menang bini dia tu..kalau kalah tadi aku pulak gi tinju penulis skrip cite tu..berapi ni haaa...hihihi...boleh gitu ek? durian crepe ak

dah 11 bulan!

Imej
salam sejahtera semua, hari ni 11/11/12, dan bermakna adik husna dah genap 11 bulan hari ni.. alhamdulillah...ini juga bermakna dia dah cukup 11 bulan menyusu susu ummi dia sepenuhnya walaupun banyak cabarannya...dan ada sebulan lagi nak melengkapkan setahun...berusahalah ita! adik husna dah pandai berdiri sambil cuba lepas-lepas tangan, dah pandai babai dan tepuk tangan... juga dah faham arahan yang simple macam suruh duduk dan baring... semoga anak ummi terus sihat dan aktif... pssst nak gi jenguk dia yang tengah sibuk mengemas dapur tu...anak lelaki dan perempuan sama je kan... p/s lepas ni kalau ada niat nak tambah anak kena consider sekali pasal penyusuan ni..ummi letih nak layan kerenah orang sekeliling yang tak pernah nak faham....

?

Published with Blogger-droid v2.0.9

happy!

Imej
Published with Blogger-droid v2.0.9

Aku menang contest.. Terima kasih Dryper Malaysia

Imej
salam sejahtera semua, hari ni lambat sikit bukak facebook..... tapi bila bukak je tau-tau ada berita baik.... aku menang! alhamdulillah... sebab tak ramai yang masuk kot... korang mesti pelik dan tertanya-tanya kan contest apa aku yang aku masuk ni... contest oleh Dryper Malaysia ni sebenarnya diadakan pada setiap hari isnin dalam facebook Drypers Malaysia... contest dia senang je... kat facebook dia tu nanti dia akan letak komik mingguan yang dibintangi oleh gambar anak-anak yang terpilih dari gambar yang dihantar sebelum ni oleh ibubapa.. pastu dia akan suruh kita rekakan penamat komik yang paling menarik dan akan diumumkan pada hari jumaat minggu tu jugak... dan bagi minggu pertama ni aku menang...sila cuba di minggu-minggu akan datang ye... alhamdulillah dah 3 contest menang sederet ni...rezeki.... meh tengok komik tu jom.... p/s yang line bawah sekali tu idea aku ok...heeeee....

Tarik nafas...lepas...

salam sejahtera semua, lelah.... marathon 10 kes yang sampai petang-petang hari..... esok cuti dulu.... nak bagi nafas lega-lega sikit.... hari isnin kita sambung marathon jawab kes pulak.... fuhhhhh............. p/s cepat la 3 bulan berlalu... tak larat la camni....

Salam Takziah buat blogger Pinky Momma

Imej
salam sejahtera semua, entry khas salam takziah buat blogger Pinky Momma di atas pemergian bonda tercinta...perkabaran ini dari Aku Bukan Bidadari. Al Fatihah... gambar dari SUMBER semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan permudahkan semua urusanmu sekeluarga...amin p/s bermacam berita sepanjang minggu ni... kelahiran... kehilangan.... dari Allah kita datang dan kepadaNya jua la kita kembali....

Bila perlu..

Imej
salam sejahtera semua, gambar sumbangan blog Sekadar Untuk Berkongsi luahan rasa lagi pagi ni... terfikir sebenarnya..... setelah melihat situasi di sekeliling.... bila perlu kita keluarkan cadangan? A .pada pelanggan yang betul-betul perlukan bantuan? B. atau pelanggan yang kadangkala saja je nak menguji ilmu di dada kita? C. atau pada pelanggan yang sememangnya telah ada perunding khas untuknya? D. atau pada pelanggan yang hanya memilki aset yang sangat kecil tapi amat menyayanginya? mana satu yang perlu menjadi keutamaan? p/s kadangkala kita terlepas pandang hanya kerana ego dan segan pada "seseorang"...hmmmm...

Wordless Wednesday # 2

Imej
eh...? baru 2? p/s durian vs durian crepe?

Promosi 7 eleven la..Wah.. cuma RM2.20 je..

Imej
salam sejahtera semua, 7 eleven ada buat promosi la esok.... tapi bila baca tadi syarat dia tak boleh lebih 25cm diameter ye... meh serbu reramai.... p/s aku nak bawak bekas apa ye? minum slurpee bebanyak ketar gigi...bawa ke kepala....hihi...

Mini Sealer Murah

Imej
salam sejahtera semua, nak tumpang iklan sikit petang-petang ni... mengah selepas berlari mengerjakan 4 kes tadi.... pada sesiapa yang rasa dia perlukan sealer.... terutama pada ibu-ibu yang menyimpan susu anak dalam plastik.. ini ada alternatif untuk anda selain menggunakan electric sealer yang biasa terdapat di pasaran... nak beli sekarang pun bagus sebab dia tengah murah ni...cuma RM16.90 je tau... lagipun penggunaan dia senang je tu... ditambah pulak dia cuma pakai bateri je... hah lagi senang nak buat travel kan? berminat dengan sealer ni boleh klik je kat gambar tu... aku berani recommend Group Me pasal aku pernah beli barang sekali dengan dia dulu... abis je date offer tu tak sampai seminggu barang dah sampai...sangat cepat kan? p/s aku pun tengah berkira-kira nak beli gak ni... hihi...

selagi belum tutup mata...kerja..kerja...

Imej
salam sejahtera semua, dua tiga hari ni nafas macam nak semput je... jadi DIO sorang-sorang ini la gayanya... tapi nak buat macamana kan...selagi dah namanya tanggungjawab kena la laksanakan... jadi kena senyum selalu ok... p/s bila rasa letih dan susah tengok muka anak-anak rasa lega-seleganya....

[CONTEST] 'A Perfect Ending' Snap N Win Contest

[CONTEST] 'A Perfect Ending' Snap N Win Contest ada contest best ni.... yang ada skill jurugambar tu patut try ni... p/s long, taknak try ke?

tolong faham...dia dah ada keluarga ok.

salam sejahtera semua, kekadang aku pelik... orang lelaki ni memang tak sensitif atau tak nak ambik kisah ye... kekadang aku rasa nak je cakap...suami saya ni sehari suntuk bekerja dan saya pun...saya cuma dapat jumpa suami saya waktu malam je...dan itu je masa kami dengan anak-anak... jadi tolong la faham...tak payah la nak call kalau benda tu tak urgent dan boleh cerita esok pagi je...sangat menganggu ok! tau la korang tu bujang tapi tolong la faham sikit orang lain dah berkeluarga dan ada komitmen.. p/s luahan perasaan seorg isteri di malam hari..sabar je la...

Nuffnang merajuk ke tidur?

Imej
salam sejahtera semua, kejap je dah petang kan.... pastu kejap je dah malam...dan kejap je dah pagi balik..... masa cepat betul berlalu sekarang ni.... tadi aku sesaje je tengok Nuffnang... alhamdulillah dah ada peningkatan earning sejak aku berblog beberapa tahun yang lepas... hahaha... tak banyak pun, tak cukup pun nak buat claim... orang lain dah ribu-ribu pun cikta...huhu... tadi bila aku klik view blog lepas post entry.... aku nampak camni? kenapa ye? Nuffnang merajuk pasal aku buat entry ini ke atau memang masa ni dia tengah sedap tidur? hihihi... p/s bagi la aku peluang nak kumpul ribu-riban gak...huhu...

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus