Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband

Imej
Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband Assalamualaikum semua, dah lama aku tak join giveaway atau contest memana disebabkan kesibukan kerja. Tulis blog ni pun lama dah terabai. Baru tahun ni la aku cuba aktifkan semula. Dalam masa yang sama nak aktif blogwalking blog kawan-kawan macam dulu jugak. Seronok! Kebetulan ternampak ada blog kawan-kawan up contest dari Blog Dapur Cik Nur ni.. terus aku rasa macam nak join.. tengok syarat dia pun senang je. Jadi marilah kita sertai sama. Ceritaita doakan perkahwinan Ciknur dan Husband disulami dengan kebahagian dan kenangan yang indah. Semoga hubungan kalian berkekalan dalam rahmat dan redha Allah sehingga ke syurga.. amin.. Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband Syarat penyertaan 1. Follow blog " Dapur Cik Nur " Yg penting ada list kat blog korang. 2. Buat entry bertajuk "Giveaway 23 Anniversary Ciknur and Husband" 3. Sertakan sedikit ucapan indah ❤️✌️ 4. Ting

Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my

Imej
Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my   Custom Jersey Terus Dari Kilang Ohtshirt.com.my  Assalamualaikum semua, ada tak di antara korang kat sini yang nak cari kilang custom jersey sublimation? Kilang printing baju yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh malaysia?  Sekarang ni memang dah jadi trend dan kewajipan untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day dan banyak lagi la. Kalau di universiti boleh kata hampir setiap bulan akan buat baju untuk aktiviti kat universiti dan kolej. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan? Oh! T-Shirt Perkhidmatan Printing All In-House Production Dicetak dan dibuat di kilang sendiri Oh! T-Shirt ni kalau korang nak tau, semua penghasilan t-shirt adalah All in-house production . Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya

Cuaca Sejuk Betul Sekarang!

Imej
Cuaca Sejuk Betul Sekarang!  Cuaca Sejuk Betul Sekarang!! Assalamualaikum semua,  sekarang ni dah masuk penghujung Januari dah ni tapi cuaca sejuk betul sekarang ni dah macam cuaca biasa waktu bulan November ke Disember dulu-dulu.  Dah dua tiga hari ni hujan terus menerus di Kluang ni. Sejak dari Cuti Tahun Baru Cina baru ni sampai la ke hari ni cuaca masih lagi suram.  Kain baju pun dah banyak bergantungan dalam bilik dah ni. Sebab sidai di luar pun tak kering-kering jugak. Cuaca lembap baju pun jadi lembap je samalah dengan cuaca jugak.  Dobi layan diri jangan tanyalah musim-musim ni. Memang penuh memanjang. Kami dah bawak masuk bakul baju dalam kereta konon nak ke dobi tapi penyudahnya bawak balik semula sidai dalam rumah. Bertabahlah tak sanggup nak beratur.  Cuaca Sejuk Betul Sekarang!  Cuaca macam ni biasanya hujung tahun yang sinonim dengan musim hujan atau musim tengkujuh je la.. biasa lepas cuti Tahun Baru Cina dan panas memanjang. Tapi kali ni lain pulak.  Dan musim hujan ni

Ada Putu Halba di Kuantan

Imej
 Ada Putu Halba di Kuantan Ada Putu Halba di Kuantan Assalamualaikum semua,  aku janji nak buat entri blog pasal jelajah rumah peranginan persekutuan tu kan.. nampaknya line agak mengecewakan. Dan aku terpaksa upload entri putu halba di Kuantan ni dulu.  Nantilah aku edit dulu gambar yang berkaitan entri jelajah tu. Besar benar gambarnya. Nak upload bila line slow ni pun payah benar rasanya. Ada Putu Halba di Kuantan Aku nak cerita yang baru ni kami sempat la balik ke Kuantan jugak. Sempat jengah rumah kami sekejap, walaupun cuma Shah dan Abg Chik je sempat masuk. Aku sampai paras pagar je haha. Jadiklah.  Kami bertolak dah agak lewat jadi nak kejarkan orang nak masuk rumah tu lepas tu memang tak sempat la. Jadi Shah mohon kebenaran masuk kejap ganti lampu dan baiki salur paip sinki yang tersumbat. Sekejap je la.  Esoknya tu kami bawak mak mentua pergi cari barang-barang dapur sekejap jugak. Singgah di Jaya Gading nak beli sata terjumpalah orang jual putu halba ni.  Macamana aku kenal

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan

Imej
Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan Assalamualaikum semua, wah dia punya tajuk siri jelajah rumah peranginan persekutuan tu macam tajuk gempak je kan. Dah rupa siri jejak rasul pulak dah. Al maklum, bulan puasa dah menghampiri memang aura dia tu terasa-rasa jugaklah. Kekeke.. Yang siri aku nak buat ni bukanlah siri dapat tajaan macam siri jejak rasul tu haa.. dapat hadiah pun jauh sekali la.. yang aku nak tulis ni ialah pengalaman kami sepanjang bercuti dalam bulan 12 tahun lepas. Aku belum sempat nak tulis lagi. Cuma sempat tunjuk gambar dekat Instagram dan Facebook je.  Eh sesiapa yang belum follow media sosial aku ada kat bawah sekali tu ya. Boleh tekan dan follow. Cuma Tiktok je aku tak reti lagi nak letak link. Banyak benar media sosial yang nak dibuatnya. Sudahnya semua ke laut dalam tinggal blog je yang masih bernyawa. Tapi Azam tahun ni memang aku nak kekal aktif dalam semua media. Moga dipermudahkan Allah la nanti. Tapi kalau kor

Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi?

Imej
Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi ? Review : Apa Rasa Ayam Goreng Berempah Maggi? Assalamualaikum semua, kelmarin masa aku cari barangan dapur untuk rumah ni aku terpandang bungkusan perencah ni, Ayam Goreng Berempah keluaran Maggi. Teruslah terfikir apa rasa ayam berempah maggi ni kan? Nampak pada bungkusan macam menarik. Maaf la gambar atas ni aku ingat nak ambik gambar bila dah keluarkan isinya je.. hehe Kalau ikutkan panduan pada bungkusan ayam goreng berempah maggi ni kan, dia kata satu bungkusan tu untuk setengah ekor ayam. Takde pulak dinyatakan setengah ekor tu anggaran berapa kilo. Jadi kami agak-agak je la ayam yang kami beli menghampiri 2 kilogram beratnya untuk seekor. Jadi kami ambik separuh ayam tu untuk cuba apa rasa ayam goreng berempah maggi ni. Marilah aku tunjuk langkah yang aku buat berserta resepi. Lagi senang nak faham kot. Ayam Goreng Berempah Resepi Ayam Goreng Berempah Maggi Bahan-bahan 1 paket pes ayam goreng berempah Maggi  1/2 ekor ayam yang dah dipotong

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?

Imej
Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?  Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi? Assalamualaikum semua, korang semua mesti selalu memberus gigi kan? Kita disarankan paling kurang pun gosok gigi 2 kali sehari. Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pun lagi baik sebab baginda bersugi (gosok gigi) setiap kali solat 5 waktu. Kalau di Korea Selatan dulu pun masa aku pergi memang kagum dengan cara diorang menjaga gigi. Tapi walau banyak kali pun kita gosok gigi, pernah tak korang ambik tau apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi yang korang pakai sehari-hari? Kalau aku memang aku mengakulah tak pernah sebelum ni. Itulah ceritanya sebelum ni. Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?  Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi? Tahun lepas kan ada aku cerita pasal ulangan kami ke Klinik Pakar Gigi Pediatrik kat Hospital Sultanah Aminah je kerjanya kan.. lama dah mengulang ni. Sejak itulah kami tau pasal apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi yang kita guna hari-hari

Terima kasih Abang sayang..

Imej
Terima kasih Abang sayang.. Terima kasih Abang sayang.. Assalamualaikum semua, hari ni aku sampai awal kat pejabat macam biasa. Rutin pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus ke tempat kerja sekarang ni. Tapi pagi ni berlaku kejadian yang tak dijangka. Boleh pulak aku tertinggal beg kerja kat rumah. Biasa kalau awal pagi aku akan letak beg kerja tu kat depan pintu rumah. Kemudian aku akan masukkan dalam kereta sebelum ke tempat duduk pemandu. Kalau tak pun aku akan pass ke anak-anak untuk masukkan dalam kereta.  Tapi pagi ni boleh pulak beg tu cuma tersadai je kat pintu tak sampai ke kereta. Haru betul la. Lepas tu dalam kereta boleh elok pulak tanya anak-anak kat belakang. "Bekal ummi ada dah?". Abg Ngah pun jawab.. "Ada ni haa.." Boleh tanya bekal je pulak tu.. nampak sangat makan je penting.. hahahaha inilah beg yang melepek atas motor shah tadi hahaha Terima kasih Abang sayang.. Bila aku sampai je kat tempat letak kereta kat pejabat, macam biasa ada kon kena a

Buat rawatan chiropractic di Kluang

Imej
Buat rawatan chiropractic di Kluang Buat rawatan chiropractic di Kluang Assalamualaikum semua, dah berapa hari ni Shah mengadu sakit kaki dan pinggang. Jadi dia carilah tempat nak buat rawatan chiropractic. Sekali ternampak pulak semalam team Master Ali ni nak buat tour kat kampung Abah kita pulak. Apalagi terus suruh Shah rebut peluang.  Buat rawatan chiropractic di Kluang Sebenarnya dah lama dah nak cuba rawatan ni tapi risau kesan sampingan kalau cuba tu nanti. Adakah boleh berjaya atau makin terukkan keadaan ? Selalulah kami tertanya-tanya dan berkira-kira. Sudahlah kalau bayaran chiropractor ni bukannya murah. Kalau apa-apa jadi lepas rawatan tu tak ke naya ? Risau tau aku. Memang aku la manusia paling risau sejak dia kena sakit dulu.  Buat rawatan chiropractic di Kluang Tapi kali ni kami tengok dia ada buat promosi jadinya harganya lebih murah. Jadi kami rasa nak cuba nasib la. Kebetulan Shah dah mengadu sakit je kan. Jadi kami pun cuba terjah masa hari Ahad lepas. Macam tak ranc

Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Imej
Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming! Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming! Assalamualaikum semua,  cerita aku dapat beli sambal Nyet Khairul Aming ni dah lama sebenarnya.  Tahun lepas lagi aku dah beli. Masa sibuk orang viral dapatkan sambal nyet KA ni aku tak kisah sangat sebab aku tau pun kesabaran aku tak berada di tahap tertinggi nak tunggu lama-lama dan berebut di talian hanya kerana sambal. Tapi aku tak sempat cerita. Sibuk benar tahun lepas.  Jadi aku bersabar la kejap. Tunggu sampai musim orang berebut beli tu dah reda sikit. Dapat la akhirnya aku beli. Sekali dapat tebus je booking terus aku order 3 botol ok. Punya tamak haloba. Haha.  Masa tu dah terfikir dah, kalaulah sambal nyet Khairulaming tu yang sampai tak sedap. Memang kecewalah jawabnya. Lepas beberapa hari tunggu, dalam 4 hari lepas order kot macam tu. Elok je sambal nyet dia sampai kat rumah.  Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming! Tapi masa tu servis Jnt k

Hadiah untuk 4 000 000 Pageview

Imej
Hadiah untuk 4 000 000 Pageview Hadiah untuk 4 000 000 Pageview Assalamualaikum semua, aku bercadang nak bagi hadiah untuk sesiapa yang dapat capture pageview blog Cerita Ita ni yang dah ke 4 000 000. Sekarang ni dah jejak 3 983 444. Tak sangka dah nak capai 4 juta pageview sejak 15 tahun blog ni wujud. Banyak cabaran sebenarnya. Tapi biarlah cabaran dan ujian tu aku je yang simpan sorang-sorang. Tapi untuk menghargai semua pembaca yang rajin singgah ke blog ni aku akan bagi hadiah untuk 4 000 000 pageview nanti, insyaAllah. Hadiah tak mahal mana pun tapi cukuplah buat kenang-kenangan. Hadiah untuk 4 000 000 Pageview Jadi sesiapa yang dapat capture nombor tu nanti boleh la hantarkan gambar tu nanti pada aku melalui mana-mana medium yang ada. Korang boleh whatsapp aku kalau ada nombor telefon. Atau korang boleh emailkan ke rozitaabdrahman@yahoo.com. Atau korang boleh hantarkan gambar melalui DM di Instagram atau Facebook atau Twitter. Link ada kata bawah blog ni ya. Terima kasih sekali

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus