Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi? 

kandungan ubat gigi
Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?


Assalamualaikum semua, korang semua mesti selalu memberus gigi kan? Kita disarankan paling kurang pun gosok gigi 2 kali sehari. Kalau ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pun lagi baik sebab baginda bersugi (gosok gigi) setiap kali solat 5 waktu. Kalau di Korea Selatan dulu pun masa aku pergi memang kagum dengan cara diorang menjaga gigi.

Tapi walau banyak kali pun kita gosok gigi, pernah tak korang ambik tau apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi yang korang pakai sehari-hari? Kalau aku memang aku mengakulah tak pernah sebelum ni. Itulah ceritanya sebelum ni.

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi? 

Apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi?


Tahun lepas kan ada aku cerita pasal ulangan kami ke Klinik Pakar Gigi Pediatrik kat Hospital Sultanah Aminah je kerjanya kan.. lama dah mengulang ni. Sejak itulah kami tau pasal apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi yang kita guna hari-hari.

Ini ilmu yang aku dapat dari hasil temujanji dengan doktor gigi dan pembacaan aku jugak ya. Kalau ada doktor gigi di  luar sana yang rasa salah dan nak bantu betulkan atau tambah boleh la komen nanti ya. InsyaAllah sama-sama belajar. 

Kalau ikutkan secara asasnya ubat gigi ni kena ada 3 bahan utama je dalam dia. Bahan mengikis (abrasive), air (water) dan fluorida (fluoride). 3 benda ni je dah cukup untuk hasilkan ubat gigi tapi kebanyakan ubat gigi ada tambahan lain untuk jadikan rasa dia lebih sedap dan mudah diterima ramai.

level fluorida
Kandungan yang patut ada dalam ubat gigi


Haa.. inilah point penting yang aku nak ceritakan ni. Kebanyakan ubat gigi takkan tunjuk berapa kandungan fluorida dalam ubat gigi diorang. Kalau tak percaya cuba korang balik nanti tengok kat ubat gigi korang ada tak tulis berapa kandungan fluorida atau fluoride ni. Aku jamin kebanyakan ubat gigi terkenal tak tulis pun kandungan dia.

Yang ni Sensodyne 


Tapi menjadi kelaziman kebanyakan ubat gigi di pasaran mengandungi purata 1,350 hingga 1,500 ppm bacaan fluoride dalam ubat gigi mereka. Yang ni yang biasanya tak tertulis dekat bungkusan atau kotak ubat gigi tu pun. Kira ni macam ukuran standard la gitu.

Jadi masalah ke kalau tak tau apa kandungan yang patut ada dalam ubat gigi ni?

Kalau ikutkan pemahaman aku dari penjelasan doktor gigi aritu. Tak jadi masalah pun tak tau dan terus je guna apa ubat gigi yang ada di pasaran pun. Tapi... ada tapi tau.. kalau korang ada anak yang dah berusia 6 tahun ke atas. Seeloknya dipastikan mereka dah tak guna ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak lagi.

Sebab apa? Sebab ubat gigi yang khas untuk kanak-kanak ni dia hanya mengandungi kandungan fluoride yang tidak melebihi 1000 ppm sahaja. Sikit sangat kan? Sebab tu kadang-kadang anak-anak dah gosok gigi tapi gigi tetap boleh rosak. Kenapa? sebab masalah macam ni la.

Kita sebagai ibubapa kena ada pengetahuan asas. Sayang kalau tak tau.. Aku pun dah ada anak 5 baru tau. Kesian betul hidup. Tapi masih belum terlambat untuk tau dan perbaiki apa yang kita lalui dalam hidup ni. Hidup memang sentiasa untuk belajar kan?

Balik semula kepada isu kandungan fluoride tadi. Kenapa perlu ikut kandungan yang betul? Sebab fungsi fluoride ni ialah mencegah kerosakan gigi. Kalau kita tak gunakan kandungan yang betul lama-lama gigi kita akan rosak. 

Inilah penyebab utama gigi Abg Chik rosak hari tu. Kami tak prihatin dengan perkara ni. Masih benarkan dia gunakan ubat gigi untuk kanak-kanak walaupun dia dah lebih umur 6 tahun masa tu. Padahal ubat gigi kanak-kanak ni ada yang level fluoridanya cuma 600 ppm je tau. Kalau budak umur 3 hingga 6 tahun tu ok lagi la. Yang dah atas 6 tahun dah tak sesuai dah.

Kalau ikutkan Doktor Pakar Gigi aritu kata, level yang paling baik ialah jangan kurang dari 1,450 ppm terutama untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang dah pernah ada masalah gigi sebelum ni. Jadi kena ingat ya. Lepas anak umur 6 tahun ke atas kena tukar ubat gigi yang digunakan. Dan kalau boleh baca dulu kandungan dalam ubat gigi tu. 

Jordan
ubat gigi Jordan

kandungan ubat gigi Jordan

Ada sesetengah ubat gigi dia tulis tau. Macam ubat gigi Jordan yang aku tunjuk ni. Sensodyne pun ada macam gambar atas ni..  Yang ni dia ada tulis kandungan dia adalah 1,450 ppm. Haaa.. jadi memenuhi piawaian yang macam Doktor Pakar Gigi bagitau la tu. Selamat belajar perkara baru jika tak tau ya. 

Ceritaita



Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus