Aktiviti Adam di Sekolah - Cerita Ita                                                             Aktiviti Adam di Sekolah Langkau ke kandungan utama

Aktiviti Adam di Sekolah

Aktiviti Adam di Sekolah


Aktiviti di Sekolah Tadika
Aktiviti Adam di Sekolah

Assalamualaikum semua,  masuk hari ni dah genap 2 minggu Adam bersekolah. Alhamdulillah nampaknya dia makin serasi dan seronok di sekolah tadika dia ni. Dan lebih ketara dia lebih gembira bila dah masuk pakej C ni berbanding masa masuk pakej A dulu. 

Agaknya ada lebih masa bersama kawan-kawan dan cikgu dia tu yang dia rasa lebih serasi. Syukurlah jadi ummi dan ayah boleh bekerja dengan selesa juga tapi risaukan dia. 

Memang kalau ikutkan kami sangat risau dengan Adam ni berbanding adik-beradik dia yang lain tentunya sebab dia yang bongsu dan lebih risau sebab dia adalah bayi yang membesar di zaman PKP dulu. Jadinya dia agak kurang bergaul dengan orang lain melainkan keluarga dia sendiri di rumah. 

Lepas tu kami asyik berpindah randah dan ayah dia yang jadi dia sepenuh masa di rumah. Lagi la tambah risau bila nak lepaskan dia ke sekolah. Ayah dia jangan cakaplah. Anak manja ayah kan. Itu yang kami syukur sangat bila dia dah serasi dengan sekolah dia ni.

Aktiviti Adam di Sekolah


aktiviti Adam di sekolah

Meh la aku tunjuk aktiviti Adam di sekolah. Simpan sini jugak buat kenangan. MInggu pertama aritu dia didedahkan dengan minggu orientasi je. Jadi sepanjang minggu cikgu sekolah dia akan buat macam-macam aktiviti macam mewarna, bermain dan amali solat. Ada la aktiviti macam bermain dengan daun kering dan buat seni dari daun tu.

aktiviti Adam di sekolah

aktiviti Adam di sekolah


Minggu kedua ni pulak dia dah mula belajar membaca dan menulis. Semalam pun cikgu kongsikan anak-anak termasuk Adam diberi latihan menggunting kertas dan menampal. Tengahari anak-anak akan tidur sekejap. Petang pulak akan ada sesi mengaji. Sebab tu nampak Adam lebih gembira dalam minggu kedua ni. Mungkin sebab dia tak penat sangat.

aktiviti Adam di sekolah

aktiviti Adam di sekolah

Masa minggu pertama tu, dia selalu jugak mengadu penat. Taknak ke sekolah. Tapi kami pujuk. Ada hari yang sampai tahap berguling ke lantai la.. haha.. sila bertabah la mak ayah. Tapi memang jadi ibubapa ni kena sedikit kental untuk kebaikan anak-anak. Bila dah lama-lama dia semakin ok. 

Melainkan kalau anak tu masih tak ok kalau dah masuk 3 atau 4 minggu persekolahan tu. Haa yang tu kena tengok jugak ya. Mungkin ada sesuatu yang tak kena. Baik pengurusan sekolah atau anak-anak kita sendiri yang tak ok. Jadi mak bapak memang kena lebih beri perhatian benda-benda macam ni. Terutama perubahan anak-anak. Bimbang jadi sesuatu yang tak diingini.

Cuma kalau yang hantar taksa umur bawah 3 tahun tu kadang-kadang nak mengadu pun tak reti kan. Susah juga yang tu. Apa yang boleh kita buat ialah cuba interaksi sebaik mungkin dengan penjaga. Supaya kita boleh sedar jika ada yang tak kena. Biarlah orang nak kata kita ni cerewet ke apa ke. Anak kita kan.. Amanah berat tu. 

Apa pun kita cubalah laksanakan amanah berat ni sebaiknya. 

Ceritaita



Ulasan

  1. Ceria Adam, tentu ramai kawan baik dan cikgu2 pun baik.

    BalasPadam
  2. Semoga Adam membesar dengan baik dan sihat. Happy always InshaAllah.

    BalasPadam
  3. persekitaran yg kondusif d sek adalah satu faktor kanak2 spt Adam ceria nak ke sek setiap pagi kan?

    BalasPadam
  4. aww comelnya adam.. bijak adam ni semoga menjadi anak yg bijak dan anak soleh

    BalasPadam
  5. Seronok la Adam dah macam- macam aktiviti ada

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum