Terima kasih Abang sayang.. - Cerita Ita                                                             Terima kasih Abang sayang.. Langkau ke kandungan utama

Terima kasih Abang sayang..

Terima kasih Abang sayang..

abang sayang
Terima kasih Abang sayang..


Assalamualaikum semua, hari ni aku sampai awal kat pejabat macam biasa. Rutin pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus ke tempat kerja sekarang ni. Tapi pagi ni berlaku kejadian yang tak dijangka. Boleh pulak aku tertinggal beg kerja kat rumah.

Biasa kalau awal pagi aku akan letak beg kerja tu kat depan pintu rumah. Kemudian aku akan masukkan dalam kereta sebelum ke tempat duduk pemandu. Kalau tak pun aku akan pass ke anak-anak untuk masukkan dalam kereta. 

Tapi pagi ni boleh pulak beg tu cuma tersadai je kat pintu tak sampai ke kereta. Haru betul la. Lepas tu dalam kereta boleh elok pulak tanya anak-anak kat belakang. "Bekal ummi ada dah?". Abg Ngah pun jawab.. "Ada ni haa.." Boleh tanya bekal je pulak tu.. nampak sangat makan je penting.. hahahaha


Terima kasih Abang sayang..
inilah beg yang melepek atas motor shah tadi hahaha

Terima kasih Abang sayang..

Bila aku sampai je kat tempat letak kereta kat pejabat, macam biasa ada kon kena alihkan. Dan tetiba ada mamat baju merun elok je alihkan kon untuk aku parking. Eh baiknya orang ni. Hati dah cair dah ni.. Sekali aku tengok betul-betul macam kenal... Hahahaha.. suami aku la woi.

Shah pusing balik ke motor dia yang letak depan pejabat. Laaa.. baru aku perasan beg kerja aku atas motor dia. Hahaha... maafkanlah ya bang binimu yang cuai ni haa.. Mesti kelam kabut Shah call dan terus naik motor kejar aku tadi ni. Tu yang sampai sama je dengan aku tu. Alahai kesian abang.

Dia tu nak kejarkan Abg Chik ambik periksa sekolah agama lagi pagi ni sebelum pukul 8 dan terus hantar Adik Adam ke tadika. Penat tu kang. Maaf sangat-sangat ya bang. Lainkali tak buat lagi dah. Padahal dalam kereta elok dengar cerita pasal pengalaman orang cuai kat Radio Sinar tadi. Rupanya diri sendiri pun cuai. Hahaha..


Ceritaita



Ulasan

  1. Biasalah kak kita mak mak ni kan kalau kelam kabut mulalah lupa itu ini

    BalasPadam
  2. kdg2 bila dh kelam kabut mmg terlupa itu ini mujur shah perasan

    BalasPadam
  3. sesekali pasti akan berlaku dlm hidup kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum