Transformasi baju uniform Jururawat - Cerita Ita                                                             Transformasi baju uniform Jururawat Langkau ke kandungan utama

Transformasi baju uniform Jururawat

Transformasi baju uniform Jururawat

uniform jururawat
Transformasi baju uniform Jururawat 


Assalamualaikum semua, pelik kan tetiba hari ni ada tajuk pasal jururawat. Adakah sebab kami terserempak dengan jururawat masa nak balik dari hospital kelmarin? Haha.. tidaklah sebenarnya posting ni dibuat lepas teringat kisah kat Hospital Kluang jugak. Tapi bukan kisah terserempak dengan jururawat tu tapi sebab kisah kami tengok pameran transformasi baju uniform jururawat.

Ceritanya waktu kami nak keluar dari Klinik Pakar Mata tu menghala ke lobi. Lobi ni kira tempat wajib singgah la kalau bawak bebudak ni gi hospital. Sebabnya ada bermacam jualan kat lobi ni. Kalau kat belah dalam tu ada kedai runcit kecik. Kira ada la jual barang keperluan kalau jenis yang kecemasan tetiba kena masuk wad ke apa kan.. ada makanan, minuman.. jajan-jajan semua la.

Sebelah depan dia pulak ada kedai bakeri, dia jual air minuman panas dan roti dan jugak kek. Menarik la jugak jualan dia. Kalau kat perkarangan luar tu ada orang berjualan makanan siap dimakan.. Ada banyak la jenis. Tak larat aku nak cerita. maaf aku lupa ambik gambar ya.. ni sebab melayan anak-anak nakkan air dari mesin air gedegang tu. Ya kat sini ada mesin air gedegang tu jugak.. Bukan hanya jual air tin tapi ada jual air panas jugak kat mesin gedegang ni. Sukalah kami sebab airnya cuma RM1.30 secawan. Beli la 2 cawan untuk lepak kat luar tu kejap.

nampak tak sama sibuk budak ni la


Eh tapi bukan itu pun cerita sebenar.. ceritanya sebelum melangkah hala ke kedai tu kami terpandang ada pameran menarik kat dalam lobi tu sebenarnya. Ada pameran transformasi baju uniform jururawat dengan patung-patung comel. Kami mana boleh tengok benda menarik macam ni tapi tak singgah kan? Rugi woo.. Kalau bawak bebudak ni pergi muzium pun diorang suka lagikan pulak pameran percuma macam ni..

Jadi kami jengahlah sambil tengok satu-satu. Maaf ya gambar mungkin tak tersusun sebab asyik berlaga kepala je dengan si kakak husna.. sama sibuk la dia pun. Dah la tak sekolah agama sebab ikut hantar abg ngah. 

Eh berbalik dengan uniform tadi, marilah aku tunjuk gambar yang aku ambik kelmarin. 

ni dari tahun 1957 hingga 1970

ni dari tahun 1970 hingga 1980

bidan khas

dari 1980 hingga 1990

ni pun masih uniform jururawat yang digunakan pada tahun 1980 hingga 1990


Ini uniform yang digunakan pada tahun 1990 hingga 2000


masih tahun 1990 hingga 2000

uniform jururawat dari tahun 2000 hingga 2006 dan dari 2006 hingga ke 2022


uniform jururawat dari tahun 2000 hingga 2006 dan dari 2006 hingga ke 2022



Pada pendapat aku, kalau Kementerian Kesihatan Malaysia buat lawatan kat sekolah-sekolah tunjuk patung-patung comel macam ni pun bebudak suka sangat tau. Tak payah buat pengisian berat-berat pun. Bebudak ni asal ada menarik macam ni diorang ok je.

Bila tengok macam ni sebenarnya bagi idea jugak kat aku nak buat set pameran mini berkaitan veterinar. Kot-kot la ada peluang dipanggil ke sekolah-sekolah jugak ke nanti kan.. haha berangan. Itu jelah kisah kami melihat pameran transfomasi baju unifom jururawat di Hospital Kluang.


Ceritaita




Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum