Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Abg Ngah dan Pakar Mata

Abg Ngah dan Pakar Mata

Abg Ngah dan Pakar Mata : Ni gambar kami waktu baru sampai Hospital Kluang


Assalamualaikum semua, semalam kan aku ada cerita yang aku pertama kali bawak kereta ke tempat kerja kan? Lebih mencabar lagi hari pertama tulah aku kena bawak Abg Ngah ke Hospital Kluang untuk sambung rutin Abg Ngah dan Pakar Mata dia jugak. 

Dah la masih gugup kena pulak bawak merata.. nasib kau la Ita.. haha.. padan dengan muka sendiri. Selama ni Shah suruh bawak kereta sendiri malas kan.. nak jugak dia hantar dah padan dengan muka sendiri. 

Jadi semalam tu lepas je solat zohor kat pejabat,  aku terus ambik anak-anak kat transit. Lepas tu terus hala ke Hospital Kluang atau namanya Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK). 

nampak monyet tu? 😆



Kalau sesiapa yang biasa dengan hospital ni tentu tau cabaran paling besar di hospital ni adalah mencari tempat letak kereta. Terkial-kiallah aku memusing satu hospital baru dapat parking. Itu pun kat kawasan yang dekat dengan penempatan monyet.. kahkahkah.. takde orang berani dekat agaknya. 

Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya walaupun agak lambat sampai ke Klinik Pakar Mata. Sempat la layan budak berdua tu makan ringan-ringan sambil lepak kat luar hospital bila dah selesai. Boleh pulak terserempak dengan mak long diorang yang baru nak balik keja.. keke.. 

Kesimpulan lawatan kali ni Abg Ngah kena teruskan latihan tutup mata sebelah kiri untuk bagi mata sebelah kanan tu kerja keras sikit. Kali ni Dr dah warning sebab dia ni jenis culas sikit. Dr kata dia berkemungkinan tak boleh guna terus mata sebelah kanan tu kalau dia tak rajin buat latihan ni. 

Jadi memang kena paksa jugak la untuk kebaikan dia. Kadang-kadang bukan apa.. kami orang tua dia ni yang selalu lupa disebabkan kesibukan harian. InsyaAllah kena berubah untuk kebaikan anak-anak. Temujanji seterusnya dalam bulan 4 nanti pulak. Semoga Abg Ngah cepatlah sembuh. 


Ceritaita

Ulasan

  1. alahai abg ngah aunty doakan semoga mata abg ngah cecepat ok ye

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan buat abang ngah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus