Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Hadiah untuk 4 000 000 Pageview

Hadiah untuk 4 000 000 Pageview

Hadiah untuk 4 000 000 Pageview

Assalamualaikum semua, aku bercadang nak bagi hadiah untuk sesiapa yang dapat capture pageview blog Cerita Ita ni yang dah ke 4 000 000. Sekarang ni dah jejak 3 983 444. Tak sangka dah nak capai 4 juta pageview sejak 15 tahun blog ni wujud. Banyak cabaran sebenarnya.

Tapi biarlah cabaran dan ujian tu aku je yang simpan sorang-sorang. Tapi untuk menghargai semua pembaca yang rajin singgah ke blog ni aku akan bagi hadiah untuk 4 000 000 pageview nanti, insyaAllah. Hadiah tak mahal mana pun tapi cukuplah buat kenang-kenangan.

Hadiah untuk 4 000 000 Pageview

Jadi sesiapa yang dapat capture nombor tu nanti boleh la hantarkan gambar tu nanti pada aku melalui mana-mana medium yang ada. Korang boleh whatsapp aku kalau ada nombor telefon. Atau korang boleh emailkan ke rozitaabdrahman@yahoo.com. Atau korang boleh hantarkan gambar melalui DM di Instagram atau Facebook atau Twitter. Link ada kata bawah blog ni ya.

Terima kasih sekali lagi atas kunjungan yang sentiasa tiba dan semua pembaca yang sudi singgah ke Blog Cerita Ita.


Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus