Bermula Hari Baru buat Kami - Cerita Ita                                                             Bermula Hari Baru buat Kami Langkau ke kandungan utama

Bermula Hari Baru buat Kami

Bermula Hari Baru buat Kami

Hari pertama bawak kereta, parking pun senget 😅


Assalamualaikum semua, kenapa aku kata bermula hari baru buat kami? Dah masuk pertengahan minggu Januari 2023 dah pun jadi bukan lagi tahun baru pun dah. Tapi kenapa masih hari baru buat kami? Ada je kisahnya yang akan menjadi kenangan kami satu masa nanti.

Kisahnya kami mula mengorak langkah baru tahun ni. Kami aturkan semula hidup kami ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Walau hakikatnya banyak pengorbanan dan perubahan yang kena buat. Kami kena juga mulakan. Semoga semuanya menjadikan kehidupan kami lebih baik dari yang sebelumnya.. amin.

Laju dia menonong hari ni,  ayah dia nak ambik gambar pun tak dapat


Memula kami aturkan Adam untuk bersekolah. Bila dah nampak serasi minggu lepas walaupun ada sikit-sikit adegan menangis dan berdrama tapi alhamdulillah akhirnya nampak dia suka sekolah tu. Syukur sangatlah sebab tadika tu dekat dengan rumah dan bayaran masih berpatutan. 

Jadi minggu ni kami dah cuba tukar pakej. Asalnya aku ambik pakej A dari pukul 8 pagi sampai 12 tengahari. Tapi aku tukarkan ke pakej C. Bayaran Tadika Adam untuk pakej C dari pukul 8 pagi sampai 5 petang ialah RM370. Semoga Adam dapat ilmu dan manfaat dari sekolah ni nanti insyaAllah. 

Semalam dan hari ni nampak dia sangat ok. Semalam masih lagi aku kena dukung hantar masuk ke dalam sekolah. Jenuh jugaklah nak berdukung budak umur 3 tahun lebih ni.. badan dia dah semangat oii.. Naik penimbang semalam dekat 14kg dah.. pada aku kira semangat la tu. Tapi bila masuk dalam sekolah jumpa kawan terus dia ok.. Hari ni Shah yang hantarkan, Shah kata lebih ceria dari semalam. Syukurlah.

Anak-anak yang lain kami dah minta khidmat seorang kawan untuk ambik dari sekolah waktu tengahari. Dan hantarkan anak-anak ni ke transit. Alhamdulillah jugak nampaknya anak-anak suka di transit tu. Kat situ mereka boleh mengaji dulu sementara tunggu sesi persekolahan seterusnya. Jadi malam dah tak perlu mengaji dah. Kalau tak dulu malam adalah waktu mengaji. Yuran transit anak-anak ni seorang RM150.

Aku pulak dah mula bawak kereta sendiri ke tempat kerja. Pagi-pagi aku akan keluar hantar anak-anak ke sekolah dan kemudian terus ke tempat kerja. Hari ni baru mula. Syukur sampai dengan selamat. Gigil jugak la sebenarnya sebab dah lama tak bawak kereta sendiri kan.

Ada kisah lain aku nak ceritakan kenapa kami ambik keputusan atur balik pengurusan anak-anak dan kehidupan kami macam ni. Nanti la bila aku dapat keizinan nak ceritakan aku akan tulis. Buat masa ni aku nak minta tolong semua pembaca dan kawan-kawan supaya doakan kami ya. Semoga urusan kami mengatur semula hidup ni dipermudahkan dan lancar. Terima kasih korang.

Ceritaita 

Ulasan

  1. Semoga dipermudahkan urusan Ita sekeluarga ya, insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Semoga dpermudahkan urusan! Saya pun ada masa, tersenget juga masuk kotak parkir. Hehe

    BalasPadam
  3. Semoga dipermudahkan segalanya buat Ita dan keluarga...kadang2 untuk suatu kehidupan yang sedikit mudah perlukan banyak pengorbanan

    BalasPadam
  4. Semoga urusan akak ita dipermudahkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum