Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

Imej
  Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik Rumusan Inovatif Terbukti Menyingkirkan 99.9% Virus Termasuk Virus COVID-19 ! Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik Assalamualaikum semua, wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini. Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 ya

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas

Imej
Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas assalamualaikum semua, korang dah mula buat kuih raya ke belum? ke masih lagi mengumpul resepi kat facebook dan handphone.. 😃.. jangan bimbang sebab aku pun sama seangkatan dengan korang.. simpan je resepi sampai ke sudah.. buatnya tidak jugak.. hahaha.. tapi kali ni aku dah memecahkan ruyung jugaklah.. minggu lepas aku berjaya buat sejenis kuih raya lagi.. eh yang kuih pertama aku buat aku belum kongsi la.. nanti kita kongsi ya..  Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas biskut yang aku buat kali ni dipanggil Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas.. resepi biskut conflakes sedap dan ringkas ni memang sangat senang ok.. korang yang tak pandai buat kuih pun boleh cuba.. yang ni memang sangat senang resepi dan cara-caranya.. yang takde peralatan macam mixer atau mesin pengadun besar-besar tu pun dah boleh je cuba.. janji korang kena pastikan ada oven kat rumah.. takyah cerita pepanjang la.. meh kita kongsikan resepi.. Resepi Biskut Cornflakes Sedap

Ikrar Systema untuk ‘Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth’ bersama Rakyat Malaysia

Imej
Assalamualaikum semua, anda mungkin antara 94 peratus golongan dewasa Malaysia yang mengalami penyakit gusi berdasarkan data National Oral Health Survey of Adults 2010 [1] .   Systema Gumbatte Towards Healthy Gums & Teeth Punca utama penyakit gusi adalah plak, satu lapisan lembut dan melekit yang mengandungi berbilion-bilion bakteria. Apabila plak terkumpul di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.   Kajian oleh Lion Corporation baru-baru ini ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).   Kesihatan oral terbukti mempunyai kaitan rapat dengan kesihatan sistem badan. Kajian menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain termasuk penyakit jantung, strok, diabe

1'st Giveaway sempena B'day SA 6/6/2021

Imej
Assalamualaikum semua, lama dah rasanya aku tak join apa-apa peraduan atau contest kan?.. sibuk juga sejak akhir-akhir ni.. banyak yang patut buat pun tertunda.. tapi kali ni aku nak join juga giveaway yang kak SA buat.. 1'st Giveaway sempena B'day SA 6/6/2021.. sebab nampak senang ni..  jom korang sesiapa yang nak join..  Syarat-syarat penyertaan : Follow blog  Suriaamanda   Subscribe Youtube channel Suriaamanda ( klik Sini ) Follow Instagram SA (  Klik Sini ) Follow Facebook SA (  Klik Sini )  Copy and paste banner di atas. Buat entri  "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021" Komen link penyertaan di komen di bawah. 10  penyertaan SA akan masukkan dalam Bloglist  Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap  di sidebar (Random.org) Hadiah bagi (6) orang peserta yang bertuah yang akan dipilih dengan cara cabutan melalui  (Random.org)   Marilah join beramai-ramai rakan blogger sekalian. Terima kasih sekali lagi untuk yang join ! Tarikh penyertaan :  10 May 2021 - 6 June 2021 (

Top 5 Restoran Nasi Kandar Di KL Yang Dapat Menyaingi Pulau Pinang

Imej
Top 5 Restoran Nasi Kandar Di KL Yang Dapat Menyaingi Pulau Pinang Assalamualaikum semua, teringin pula nak makan nasi kandar tapi nak ke Penang bukannya mudah. Dengan keadaan PKP yang tidak boleh merentas negeri ini, kita tidak boleh pentingkan diri. Jika benar-benar tidak ada hal penting, tetap lah mengikut syarat yang kerajaan tetapkan.  Nak makan nasi kandar contohnya, tak pergi ke Pulau Pinang pun tak mengapa. Di KL contohnya, ada banyak restoran nasi kandar yang dapat menyaingi rasa nasi kandar di Pulau Pinang.  1. Hameediyah Nasi Kandar Kehebatan Hameediyah terdapat pada namanya. Restoran yang berasal dari Pulau Pinang ini telah bertapak di Georgetown selama lebih satu abad. Mereka telah membuka beberapa cawangan di Malaysia dan antaranya terdapat di Kuala Lumpur.  Akan tetapi, tidak semua hidangan yang terdapat dalam menu di Pulau Pinang terdapat di cawangan Kuala Lumpur mereka ini. Antara menu yang terdapat di sini adalah nasi beriani yang kaya dengan rasa dan juga wangian rem

Beli satay bajet murah 60 sen di BBU, JB

Imej
Assalamualaikum semua,  dah masuk penghujung  Ramadan ni aku rasa dah ramai juga yang mula berbuka kat luar dan memilih untuk membeli juadah di bazar Ramadan.. walaupun aktiviti macam ni sedikit terhad disebabkan pandemik Covid19 ni tapi pembelian untuk makanan aku rasa masih je tak terjejas sangat.. cuma yang beli secara direct di bazar je la macam terjejas sikit.. macam di Johor ni pun dah ada 4 bazar Ramadan diarahkan tutup operasi mulai hari ni.. tumpang simpati pada semua peniaga yang terlibat.. harapnya adalah juga belas ihsan pemulangan bayaran tapak kepada peniaga yang terlibat..  Beli satay bajet murah 60 sen di BBU macam aku pun ada la membeli juga makanan luar mula dari pertengahan puasa hari ni.. rasanya mula puasa yang ke 16 macam tu.. apa yang kami beli masa mula-mula aritu?  nak tau?  kami beli satay.. itu pun beli satay bajet murah 60 sen di BBU je.. apa BBU tu?  orang Johor mungkin tau la.. Bandar Baru Uda atau singkatnya dipanggil BBU.. satay bajet ni dah lama juga ka

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus