Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Seronoknya bermain hujan

Imej
Seronoknya bermain hujan  Seronoknya anak-anak bermain hujan Assalamualaikum semua,  baru ni PM umumkan cuti umum sempena meraikan kerajaan baru yang memerintah. Johor pulak umumkan cuti umum juga sempena pasukan JDT melangkah kaki ke pusingan akhir Piala Malaysia bertemu Selangor semalam. Sebab itu juga aku dapat menikmati pemandangan anak-anak seronoknya bermain hujan ni.  Lebat betul hujan siang tadi Jadinya bercuti panjanglah kami di Johor ni sampai Isnin esok. Kami tak kemana pun. Cuma balik kampung je. Di kampung pun masih ada tanggungjawab untuk diselesaikan. Itu pun selalunya kena berbahagi dengan adik beradik yang ada pasal tuntutan keluarga sendiri juga.  Macam kami ni agak berat juga. Shah selalunya akan terus buat pau untuk diniagakan. Anak-anak pulak terikat dengan aktiviti sekolah memandangkan masing-masing akan hadapi peperiksaan besar. Serba salah juga selalunya.  Walau terhad masa yang ada, juga kesihatan diri yang dah tak berapa baik. Kena luangkan juga untuk yang ter

Anak-anak dan UPKK

Imej
Anak-anak dan UPKK  Anak-anak dan UPKK  Assalamualaikum semua, semalam ada banyak pengumuman cuti jadinya peperiksaan UPKK yang dah dijadualkan hari Isnin ni ditangguh lagi. Tapi satu kertas je la. Ditangguh pada Isnin minggu hadapannya pulak. Yang lain masih ikut tarikh awal. Eh lupa bagitau.. maksud UPKK ni sebenarnya ialah Ujian Penilaian Kelas Kafa. Penilaian khas untuk sekolah agama untuk seluruh negara.    Pindaan tarikh UPKK  UPKK anak-anak tahun ni agak banyak cabarannya. Dah 2 kali tangguh ni. Pertama hari tu lepas kabinet dibubarkan dan tarikh pilihanraya ditetapkan,  jadi kenalah anjak lagi tarikh UPKK. Dah dapat tarikh baru bermula 28hb November 2022 macam jadual bawah ni mulanya.  Tarikh dan jadual peperiksaan UPKK  Sekali semalam Perdana Menteri Malaysia yang baru dah umumkan cuti umum jatuh pada hari Isnin ni jadinya dah ada pengumuman tarikh gantian untuk kertas peperiksaan UPKK daripada 28hb November 2022 tu diganti kepada 5hb Disember 2022. Aku pulak ada bengkel sepan

Shopee Uplifts Influencer Community in Malaysia

Imej
  Shopee Uplifts Influencer Community in Malaysia   Shopee Uplifts Influencer Community in Malaysia Shopee facilitates networking sessions with key opinion leaders and brands in the ecosystem KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2022 -- Shopee, Malaysia’s leading e-commerce platform, continues to uplift the nation’s expanding influencer community to grow across Shopee’s various programmes with the recent Shopee Influencers Fest 11.11 Countdown Party. Key Opinion Leaders (KOLs) were given the opportunity to build and strengthen their personal brand on Shopee via networking sessions with the influencer community and connecting with key brands.  Shopee’s latest influencer study highlighted the importance and relatability of the influencer community online to the Malaysian public, proving that Shopee content creators play an invaluable role in the online ecosystem. The e-commerce platform showed their appreciation for these KOLs with the Shopee Influencers Fest 11.11 Countdown Party, where almost 80

Aktiviti kami di 11.11.2022

Imej
Aktiviti kami di 11.11.2022 Aktiviti kami di 11.11 Assalamualaikum semua,  sana sini sibuk pasal jualan 11.11. Tak kurang jugak yang tunjuk gambar menunjukkan ulangtahun perkahwinan masing-masing. Tarikh cantik la katakan. Aku je dulu berebut sangat nak kahwin sampai tak kira dah tarikh masa tu. Hahaha. Tapi semalam bukan ada apa pun selain melayan kumpul coin yang banyak dan jualan di Shopee je.  Pagi 11.11 tu kami, aku dengan Shah luangkan masa berjalan sekitar taman kami duduk di Kluang ni. Baru nak keluar berdua,  si Adam jaga pulak dari tidur, sudahnya terpaksa bawak dia jugak. Tapi kemudian tu kami hantar dia balik dan kami ulang ronda satu lagi pusingan. Adam tak ikut dapatlah jalan laju dan jauh sikit. Itulah dah tua-tua nak beranak kecik lagi. Padan muka kau ita. Hahaha.  Balik dari brisk walk tu aku terus perap yis konon berangan nak buat roti. Lepas tu biar dia berbuih sambil tu aku godeh buat kek marble pulak. Kek marble aritu tak cukup pulak. Berebut masing-masing makan. M

Akhirnya Kami Bakar Kek Marble!

Imej
Akhirnya Kami Bakar Kek Marble Kek Marble Assalamualaikum semua, hari ni plan nak mengemas rumah. Jadi minggu ni kami tak ke mana-mana pun. Betul-betul duduk rumah je minggu ni. Tapi tadi ntah macamana akhirnya kami bakar kek marble pulak. Sebabnya bila mengemas tu ternampak tepung naik sendiri yang dah menghampiri tarikh luput. Jadi jangan membazir kita gunakanlah dengan baik. Apa lagi buat kek marble la. Memula berangan nak buat kek span pandan tapi bila tengok bahan tak berapa cukup, ovelate takde pulak. Jadi kita buat je la apa yang ada dan mencukupi. Maka akhirnya kami bakar kek marble. Eh marilah tengok resepi. Dulu pernah letak kat blog jugak cerita pasal resepi kek marble Mak Jemah. Jemah tu sempena nama mak aku ya. Tak tipu. Jemah binti Awang. Dan resepi kek ni pun memang dari mak. Resepi Kek Mable Mak Jemah BAHAN-BAHAN 5 biji telur 1 cawan gula kastor 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung naik sndiri 1 sudu teh esen vanilla 300 gram marjerin (kali ni aku guna butter) 1 sudu t

Simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun

Imej
Simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun  Simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun Assalamualaikum semua, dah lama aku nak menulis pasal simpanan ni. Sebenarnya sebab dalam banyak-banyak perkara, simpanan ni la yang selalu kami gagal nak buat dengan tertib. Terutama simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun.  Jadi aku rasa eloklah kalau aku tulis satu entri blog pasal simpanan wajib ni untuk aku ingatkan diri sendiri tentang keperluan yang kena disimpan dulu sebelum berbelanja setiap bulan.  Mesti ada yang akan kata, dah tau namanya simpanan wajib.. kenapa pulak sampai nak kena ingatkan diri untuk simpan. Patutnya dah awal-awal diketepikan untuk simpanan wajib ni. Tapi itulah.. dah ada pun peribahasa. Seberat-berat beban, di atas kepala juga.  peribahasa tentang hidup Jadi bukanlah perlu nak pertikaikan kehidupan orang lain. Cukup sekadar kita ambil sesuatu sebagai iktibar. Mungkin ada orang yang dari luaran dia nampak mampu segalanya tapi cuma dia je yang tahu berat tang

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus