Anak-anak dan UPKK
Anak-anak dan UPKK |
Assalamualaikum semua, semalam ada banyak pengumuman cuti jadinya peperiksaan UPKK yang dah dijadualkan hari Isnin ni ditangguh lagi. Tapi satu kertas je la. Ditangguh pada Isnin minggu hadapannya pulak. Yang lain masih ikut tarikh awal. Eh lupa bagitau.. maksud UPKK ni sebenarnya ialah Ujian Penilaian Kelas Kafa. Penilaian khas untuk sekolah agama untuk seluruh negara.
Pindaan tarikh UPKK |
UPKK anak-anak tahun ni agak banyak cabarannya. Dah 2 kali tangguh ni. Pertama hari tu lepas kabinet dibubarkan dan tarikh pilihanraya ditetapkan, jadi kenalah anjak lagi tarikh UPKK. Dah dapat tarikh baru bermula 28hb November 2022 macam jadual bawah ni mulanya.
Tarikh dan jadual peperiksaan UPKK |
Sekali semalam Perdana Menteri Malaysia yang baru dah umumkan cuti umum jatuh pada hari Isnin ni jadinya dah ada pengumuman tarikh gantian untuk kertas peperiksaan UPKK daripada 28hb November 2022 tu diganti kepada 5hb Disember 2022.
Aku pulak ada bengkel sepanjang minggu ni. Kesian anak-anak waktu peperiksaan ni la patutnya aku kena ada untuk bimbing diorang tapi atas tuntutan kerja terpaksalah aku tinggalkan diorang kali ni dengan doa dari kejauhan.
Beberapa kali dah macam ni. Siapa yang kata jadi penjawat awam tu senang? Banyak pengorbanan yang korang tak nampak sebenarnya. Atau mungkin korang cuma nak nampak yang senang tu je kan.. gitulah.. eh teremosi pulak.
Balik cerita anak-anak la. Tadi siang kekonon la buat ulangkaji untuk UPKK. Bukak la buku rujukan sambil anak-anak belek-belek apa yang patut tau. Hari pertama Selasa ni kertas Sirah dulu. Jadi aku cakaplah suruh bukak yang sirah dulu untuk ulangkaji.
Tapi Abg Ngah datang dan terus cakap: "Ustaz saya dah bagitau dah apa kena hafal ummi. Ini kena hafal, ini kena hafal."
Abg Ngah :"Haaa.. yang nabi kat awan mana pun kena hafal." Punya la yakin muka dia.
Ummi : "Awan? Bukan langit ke? "
Abg Ngah : "Haaa.. ya langit, silap". Tapi muka yakin masih tak berubah.
Abg Ngah : " Yang Arab pun saya dah hafal. Nama-nama haiwan pun saya dah hafal. Awak tau beruang dalam Bahasa Arab apa? " Dia tanya Kakak Husna
Bila dia tengok Kakak Husna diam, terus dia cakap : "Itu pun taktau? Terpaling senang tau.. Dabbun la! "
Masih lagi dengan muka yakin. Masa ni aku dah percaya dah, hebat Abg Ngah ni.
Datang pulak sepupu dia tanya : " Abis tu kalau arnab apa pulak? "
Abg Ngah : "Itu pun taktau? Arnabun la" Masih dengan muka yakin lagi.
Lepas tu sepupu dia tanya lagi : "Kalau burung? "
Abg Ngah : "Burungbun". Benda senang kan buat apa buat susah kan Abg Ngah. Muka masih terpaling yakin di dunia.
Hai la anak.. ummi rasa kalau jadi wakil rakyat memang sangat sesuai la ni 😅
Doakan anak-anak aku berjaya jalani minggu peperiksaan ni dengan baik ya kawan-kawan.
Ceritaita
goodluck semua..
BalasPadamAll the best...semoga dipermudahkan buat semua...
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan anak-anak yg menduduki peperiksaan
BalasPadam