Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

salam semua, maaf la kalau beberapa hari ni cuma entry marathon yang dah aku taip beberapa hari yang lepas je menemani pembaca blog ni... aku sibuk menghabiskan jadual berurut yang tinggal lagi 2 hari berakhir semalam... lega dah selesai tapi memang pinggang  dan punggung aku rasa masih sakit2 sebab lama sangat duduk kat hospital hari tu... patutnya aku kena maklumkan klinik terdekat masa aku balik hospital dan kena check kadar bilirubin adik Nur semalam... tapi kali ni aku nekad.. aku malas dah.. anak aku aku pasti sangat dah cukup sihat... insyallah... cukup2 la adik Nur kena cucuk2 sebelum ni... sampai 2 -3 hari ni pun tak habis lagi mengigau menangis tetiba masa tidur...kesian dia..jadi2 la aku dera  dia selama ni... maafkan ummi ye nak... aku nak cerita apa terjadi lepas aku dapat tau lampu uv kat hospital tu rosak... aku menangis semahu2nya tau.. tragik gila masa tu... sedih aku kenapa la diorang semua buat kerja sampai anak aku pulak jadi mangsanya? sangat2 zalim...! aku

20.12.11, 21.12.11 dan 22.12.11

Naik lagi? 20.12.11 jam  9.30 malam salam semua, hari ni dah masuk hari keenam, esok genap seminggu kami kat hospital ni...aku dah sampai tahap zombie dah ni rasa ni..duduk pun boleh terlelap dah ni..wah betul punya mengantuk ni tau... keputusan pagi ni dah keluar.. naik balik la pulak..kali ni 16.8... kalau sampai khamis ni tak ok jugak aku nak mintak transfer HTAA la... kurang2 shah boleh kerja bila kami kat sana..ni dia susah hati je dah ni tinggalkan kami anak beranak kat hospital ni... anak2 lain aku tak risau sangat sebab mak aku yang jaga...abg long je la macam rindu sikit dengan ummi dia...abg ngah macam dah lupa pulak ummi dia..dah ramai yang melayan... sedih pulak bila tengok dia tadi...aku harap sangat boleh keluar esok lusa...sihat la nak... boleh kita tidur lena2 kat rumah... p/s wad ni dah keluar masuk orang baru, kita je yang tak keluar2 lagi sayang.... Perkembangan positif 21.12.11 jam11.45 malam salam semua, semalam aku update pasal bacaan bilirubin adik

19.12.11

Kami masih di sini... 18.12.11 jam 6.30pagi salam semua, hari ni dah masuk hari kelima kami anak beranak di hospital kluang..tak tau dah nak cakap yang aku rasa..sakit2 badan jangan cerita la...aku belum update bacaan adik Nur lagi sejak entry 17.12 lepas.. lepas bacaan naik ke 17.1 tu diambil lagi darah pagi semalam, keputusannya amat mengejutkan doktor..9.2! Aku pun terkejut jugak..ingat dah boleh balik semalam..tapi disebabkan turun amat mendadak, doktor suruh ambik darah sekali lagi pukul 2 ptg..aku dengan shah dah confirm dah boleh keluar pagi ni..rasa nak kemas2 dah..tapi bila keputusan keluar..bacaan jadi 14.1..alamak..kena stay lagi.. p/s terpaksa shah sambung cuti lagi sehari..kesian ayah, nak.. penat berulang hari2 untuk kita.. Keputusan yang keluar amat mengecewakan.. 14.1 dan masih kena sambung rawatan uv sehingga darah diambil lagi sekali pagi ni.. Kalau ikutkan di rumah mak sekarang dah riuh dengan adik beradik dan anak saudara sebab semuanya balik na

17.12.11

Masalah lain pulak... 17.12.11 jam 4.30pg salam semua, aku baru je lepas susukan adik nur tadi, adik nur dah ditukarkan ke lampu double lagi sekali bila bacaan dia naik semula ke 17.9.. Dan iv drip disambung semula..3.5ml sejam..dah keputusan darah yang terbaru 17.1..dapatlah turun sikit.. Lega sikit aku bila dengar hujan kat luar..dapat badan yang berpeluh2 ni sejuk sikit..aku padam kipas kat atas ni sebab adik Nur taknak duduk dalam cot..tapi memang hujung jari kaki tangan dia sejuk.. Balik pada tajuk..ada masalah lain pulak, adik Nur tak berak2 sejak hari kami datang..ntah apa masalahnya ntah..susu boleh tahan walaupun tak sekuat abg ngah dia..dia kentut je..bau jangan cakap la..kalah bau telur tembelang dah..busuk gila.. Oppss misi datang nak ambik adik Nur cucuk jap..ok nanti2 aku sambung ok.. p/s malam tadi ada kes baru datang, budak dalam 2 tahun camtu..kemalangan dengan babi..mak dia kat icu..kesian pulak aku tengok budak tu..shah terserempak dengan kemala

15.12.11

Cubalah sensitif sikit... 14.12.11 jam 11.45mlm salam semua, adik Nur dah lena dalam cot dia..cuma sekejap2 dia tersentak sebab bunyi2 sekeliling.. Aku masih tak boleh lelap sebab nak menunggu keputusan ujian darah diorg ambik pukul 10 mlm tadi..susah hati dah ni..kalau keputusan makin naik kami kena ke hospital jb..sangat2 susah hati... Eh lari tajuk pulak.. Tajuk kat atas tu berkisar pasal pelawat yang datang ke wad ni..kat hospital ni dah terang2 tulis waktu melawat pukul berapa tapi ada jugak yang masih berdegil.. Faham2 je la wad yang diorg pegi ni wad baby..ada yang baru je lahir..boleh katakan semua susukan anak dengan susu badan..boleh bayangkan situasi dia macamana kan? Ni ada pulak waris2 yang sangat2 tak sensitif taknak balik2 walaupun jam dah hampir pukul 12 tengahmalam dan walaupun dah diberi warning byk2 kali! Wei kami ibu2 ni nak berehat..baring2.. Lelapkan mata kami..tapi kalau ada org lelaki ke hulu ke hilir walaupun dengan alasan jaga bini

14.12.11

Doa untuk adik Nur 14.12.11 jam 8.20mlm Salam semua, aku sekarang berada di hospital kluang, adik nur kena tahan wad hari ni. Sebabnya jaundice. Bacaan adik tinggi jugak. 17.5.. Dan tadi doktor kata dah naik 20.6..sekarang ni adik Nur tengah jalani terapi cahaya..atau phototherapy.. Betul ada cahaya kan adik Nur ni? ;) aku baru je lepas dapat sehari berurut, sah2 sama je cam abg ngah dulu kan? Baru sehari ummi dia berurut, dia demam..sejarah berulang untuk adik Nur pulak..harap2 tak lama la ambik masa untuk adik Nur sembuh..amin.. p/s kami dah ada nama untuk adik Nur cuma tunggu masa nak daftar je..harap2 nama ni bagi banyak penawar dan kebaikan untuk adik Nur...amin..

Welcome our new Family member... Nur....

Imej
Salam semua, alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas di muka bumi setelah berjuang untuk melahirkan satu lagi buah hati pengarang jantung kami..... Untuk pengetahuan semua, aku selamat melahirkan anak perempuan yang comel pada 11. 12. 11 pada jam 7.17 pagi semalam... cantik tarikh dan masa dia kan? macam dah rancang2 je kan? setelah melalui proses bersalin paling menyakitkan yang pernah aku rasa sepanjang 3 kali bersalin ni... serius kali ni aku siap menitis air mata menahan sakit... lainkali bila free aku cerita penuh pasal kelahiran ni... sebenarnya aku sangat terkejut dapat anak perempuan sebab masa kami scan 20 minggu aritu nampak macam lelaki tau... tapi alhamdulillah rezeki kami... berat baby Nur cuma 2.5 kg je... nama kami tak abis fikir lagi (disebabkan ummi ayah dia tak jangka perempuan yang keluar..hehe...) cuma yang pasti nak letak Nur kat depan tu supaya ada cahaya dalam rumah kami... sentiasa...insyallah.. selepas ni aku mungkin akan ada sekejap2 atau ber

Kontest Gegar Blog #1 HASRULHASSAN.COM

Imej
Untuk menjawab dan sertai kontest ini, anda dikehendaki:  Buat satu entri dengan tajuk: Kontest Gegar Blog #1 HASRULHASSAN.COM Letakkan badge kontest yang disediakan di atas ke dalam entri anda dan link ke blog ini. Tuliskan dengan menggunakan 5 perkataan berbahasa Malaysia (slogan) untuk menggambarkan apa yang anda fikirkan tentang blog ini. Digalakkan untuk LIKE penaja/jadi Follower penaja hadiah. Dah siap, sila emailkan entri url serta jawapan anda itu kepada saya di sini: hasrulhiteg@gmail.com Anda hanya perlu tinggalkan entri blog anda yang punyai badge dan slogan di ruangan komen entri ini sebagai bukti anda ambil bahagian.  Tarikh akhir untuk anda hantar jawapan anda ialah pada 10 Disember 2011 sebelum jam 11 pagi. Slogan:  Blog hebat dan informasi padat. Sumber Asal: Kontest HASRULHASSAN.COM: Gegar Blog #1 | HASRULHASSAN.COM™ Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Tarikh Pembayaran Gaji 2012

Imej
salam jumaat semua, sekejap je dah jumaat semula kan? rasa memang masa berlalu dengan cepat sangat sekarang ni... alhamdulillah hari ni masih lagi sihat dan dapat makan dengan penuh semangat lepas sesi bacaan yassin tadi... hehe.. makan selagi boleh... esok2 kalau dah pantang kena duduk diam2... kalau ikutkan tinggal lagi 4 hari je lagi sebelum due ni... makin dah nak sampai hari makin rasa berat pulak rasa kaki nak melangkah.. peha ni haa yang rasa berat sangat.. eh alasan nak cuti ke tu? hehe tidaklah... masih lagi perlu menyempurnakan tugas sebagai pegawai bertugas sampai 14hb ni... tapi roomate baik hati dah offer untuk ganti minggu depan...alhamdulillah... ringan beban.. cerita pasal kerja mesti ada ganjaran kan? ok kita cerita mengenai tarikh pembayaran gaji 2012... walaupun belum diceritakan dengan jelas skim gaji baru tarikh dah gaji dah keluar ye... ini tarikh gaji untuk tahun 2012... apa pun kita mesti bersyukur sentiasa atas semua rezeki... nak tau lanjut

bila makanan dah abis...

Imej
salam semua, semalam nak update tak sempat lepas meeting pagi... petang tu pulak ada kes datang berlambak2... ok aku nak cerita pasal kami pegi beli makanan untuk kura-kura kat rumah tu... dulu aku pernah cerita pasal kami bela kura-kura kan? memang dulu kami beli ada 3 ekor tapi akhirnya cuma tinggal 2 ekor je sekarang ni... yang sekor tu dah mati dah... maka semalam disebabkan stok makanan yanga da kat rumah tu dah abis, kami pun pergilah merayap ke bandar sekejap lepas maghrib tu untuk beli stok baru... sambil beli makanan kura2 sambil cuci2 mata tengok ikan2 kat akuarium yang ada kat situ... kami memang berangan lama nak beli ikan tapi disebabkan kami selalu takde rumah jadi malas nak menyeksa ikan tu bila kami tinggal lama2 balik kampung nanti... keputusan terakhir tak yah bela... senang kan..? ok layan je la gambar kami anak beranak kat kedai ikan ni... beria abg long tengok akuarium yang kosong ni...

hari keluarga KSSM 2011 part last

Imej
salam semua, aku ingat nak update hari keluarga part last ni lepas tengok gambar kat nikon aku tu... sekali memory card tu buat problem la pulak.. asyik keluar ayat suruh format je... ke dia rosak... abis la gambar dalam tu semua...waaa... ni aku update ikut gambar dari henset ni je la ye...nasib je la... petang lepas sesi pendaftaran tu, anak beranak ni pegi naik APV... dah ayah dia teringin nak buat camne... ok2.. layan gambar k...  sibuk manager tu ajar cara nak guna  akhirnya... muka abg long tak puas hati pasal dia yang nak bawak.. waaa... ummi sudah kena tinggal! pastu ni la hasil kami kat situ 2 hari satu malam... berbaloi kan? hahaha... jangan jeles.. yang hamper satu lagi tu baru aku bukak semalam... yang kipas tu aku dapat dari acara kotak mancis...rezeki anak2... ni design yang aku buat.... cam biasa ada je yang nak menyebok... hehe.. nasib baik ummi menang lagi nak... yang ni pulak budak sibuk nak usung hamper ke hulu

update check up 12/2011 kali pertama

salam semua, pagi ni sempat aku pergi buat check up untuk bulan 12 ni... suspens jugak semalam pasal budak dalam perut ni dah start mengeras2 dah ni.... jap2... ni pun rasa gak dia mengeras ni... tapi tak kerap sangat dalam 1 jam sekali gitu kot.... kalau ikut pengalaman masa abg ngah dulu... contraction rasa macam ni hari khamis... jumaat dia dah selamat keluar... apa2 pun doakan kan aku dan anak selamat ye kawan2...tajuk kat atas tu saje je aku buat kali pertama.. mana tau kalau tak keluar lagi sempat kali kedua kan...? pagi tadi buat check up, misi2 dah senyum dah... diorang ingat dah selamat bersalin dah... ye la abg ngah dulu dah keluar 10 hari awal dari due date kan.... aku senyum gak... dia belum nak keluar baru acah2 je... semalam masa rasa contraction pun aku gosok2 perut pesan kat baby kalau nak keluar bagi ummi makan kenyang2 dulu... tidur lena2 dulu supaya kalau dia keluar ummi cukup tenaga...... psiko kan? hehe...layan je la... hasil check up hari ni: berat badan:

western food @ home.....

Imej
salam semua, sempat lagi nak update pasal makanan kan? hahaha.... dah naluri suka makan nak buat camne kan?.....korang layan je la.... minggu lepas lepas dengar roomate kat opis ni cerita pasal buat steak sendiri kat rumah... mula la berangan nak buat.... hujung minggu baru ni kami cari daging kat carrefour... bila balik aku siap perap dan letak dalam peti... petang semalam balik kerja terus bersemangat nak masak... siap aku masakkan sosej dan kentang goreng untuk anak sekali... ada pulak satu benda yang lupa... aku nak letak tomato sekali... tapi disebabkan abg ngah dah senyum2 sambil jalan jengket2 nak curi kentang goreng aku tu terus lupa nak letak tomato.... layan gambar je la ye.... ada 3 keping semuanya... tapi anak2 tak makan daging tu jadinya aku panaskan dan tapau gi opis hari ni... p/s best gak sekali sekala masak sendiri camni kat rumah... jimat belanja... ;)

jalan-jalan hujung minggu..

Imej
salam semua, korang dah makan tengahari... aku dah.. singgah beli nasi kukus tadi kat indera mahkota... takde la best sangat kalau banding yang kat shah putra tu tapi boleh la... yang penting alhamdulillah masih ada makanan dan boleh kenyang.... sabtu dan ahad baru ni shah tak keja jadi kami boleh berjalan2 menghabiskan masa hujung minggu dengan anak2... kami bukan ke mana sangat pun... petang sabtu tu baru keluar lepas abg ngah bangun tidur... pagi tu mengemas rumah dengan apa yang patut... aku dah siap masak roti jala dah... anak2 makan cicah dengan gula...sekali tengah sedap2 menjala.. gas abis pulak dah... terpaksa tunggu shah beli gas nak menyudahkan tepung yang ada tu.... petang tu memula cadang nak terima tetamu... azie kawan aku masa matrik dulu kata nak datang... tapi last2 kami plan jumpa kat TC je... alamak lupa pulak nak ambik gambar masa tu... dia pun nak due jugak ni... dia punya tarikh 12hb.. awal sehari dari aku... dan dia dah mula bercuti dah... semoga kita ber

Baby Basket yang sangat berguna...

Imej
salam semua, masih setia nak membaca blog ni... harap2nya masih setia la sementara tuan blog ni masih berpeluang nak update ni kan.... bila tengok2 tarikh due kat bawah tu haa..... haaa ambik ko lagi 8 hari je lagi... macam2 perasan dah rasa sekarang ni.. tak sabar... gembira... risau... cuak... takut... seram... semua ada la... lagi pulak bila contraction tu dah start rasa sikit2... harap2 anak dalam perut ni bersabar menunggu ummi dia menyudahkan semua kerja2 yang belum sudah ni lagi.... hari sabtu baru ni kami buat persediaan basuh semua peralatan yang masih tinggal saki baki tak basuh lagi... termasuk la tilam dan semua assesori dia... tapi malang sikit tetiba hari tak bape elok.. maka tilam tu masih lagi tersidai di garaj... mujur aku sempat basuh bakul dulu dan sempat kering... dari semalam petang hujan turun tak berhenti2 sampai sekarang ni... hujan tak lebat mana tapi biasa kalau hujan macam ni yang boleh mengundang banjir di mana2... sebab air yang bertakung tak tau bi

kursus free di DMMC...

Imej
salam semua, apa khabar semua, aku senyap 2-3 hari dah ada yang tanya dah bersalin ke belum? mekasih la korang ambik berat ye.... aku belum bersalin lagi tapi dah start rasa contraction sikit2... walaupun tak bape kerap... tapi semalam dan hari ni dia dah start contraction yang lama2... risau juga kalau aku tak sempat nak update blog ni nanti.... jadi sebelum cuti lagi panjang aku update dulu la ye... bulan lepas aku ada pergi kursus free kat Darul Makmur Medical Centre (DMMC)..... kursus mengenai pemakanan semasa mengandung... best kat dapat peluang camni... aku pergi la.. kursus berlangsung 1 jam je... dari kul 10 pagi sampai kul 11 pagi... kursus ni anjuran susu S26.... diorang sambil nak promosi susu untuk ibu mengandung dan menyusu tu sekali... aku tak kisah diorang nak promosi pun yang penting dapat ilmu dan sesuatu masa pegi kan.. itu yang penting... masa aku pergi ni shah duduk rumah jaga anak2...ala sekejap je kan.. satu jam je... masa kursus tu ada la dapat ce

hari keluarga KSSM 2011 part 2

Imej
salam semua, kursus tak start lagi ni... aku sempat la nak update 1 entry ni.... kita sambung cerita hari keluarga ok... hari tu aku ada cakap kan yang aku kena jaga pendaftaran... kali ni aku nak tunjuk gambar di hari pendaftaran tu la.... ditemani oleh anak2 yang pandai buat hal masing2.... abg ngah ke hulu ke hilir bawak biskut dan macam2 makanan... abg long pulak.... memula dia mengendeng kat orang tengah karaoke... lepas tu bila suruh dia nyanyi....  dia kata dia tak pandai.... tapi last2 dia yang tak leh nak lepas mikrofon tu... hahaha... lawak betul.... sebab benda tu takde kat rumah kan... ok aku nak gerak ke kursus dulu....layan gambar je la ye....  tak banyak pun bilik kami ambik... kecil-kecilan kan...  muka petugas yang macam nak makan org...  ni dewan dia...   peneman setia... senyum...senyum... ummi nak ambik gambar...

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus