Baby Basket yang sangat berguna... - Cerita Ita                                                             Baby Basket yang sangat berguna... Langkau ke kandungan utama

Baby Basket yang sangat berguna...

salam semua,

masih setia nak membaca blog ni... harap2nya masih setia la sementara tuan blog ni masih berpeluang nak update ni kan....

bila tengok2 tarikh due kat bawah tu haa..... haaa ambik ko lagi 8 hari je lagi... macam2 perasan dah rasa sekarang ni.. tak sabar... gembira... risau... cuak... takut... seram... semua ada la...

lagi pulak bila contraction tu dah start rasa sikit2... harap2 anak dalam perut ni bersabar menunggu ummi dia menyudahkan semua kerja2 yang belum sudah ni lagi....

hari sabtu baru ni kami buat persediaan basuh semua peralatan yang masih tinggal saki baki tak basuh lagi... termasuk la tilam dan semua assesori dia... tapi malang sikit tetiba hari tak bape elok.. maka tilam tu masih lagi tersidai di garaj... mujur aku sempat basuh bakul dulu dan sempat kering... dari semalam petang hujan turun tak berhenti2 sampai sekarang ni... hujan tak lebat mana tapi biasa kalau hujan macam ni yang boleh mengundang banjir di mana2... sebab air yang bertakung tak tau bila boleh kering...

eh kita sambung la cerita pasal tilam baby ni....
aku ada terbaca dalam satu blog baru ni... dia nak dapat anak pertama.. dia tanya baby cot tu perlu ke tak... pendapat aku... tak perlu sangat kalau anak pertama.. tak terpulang la...ikut bajet...

aku cuma nak kongsikan bakul yang amat berbaloi aku beli masa dapat abg ngah dulu... sebelum tu puas kami survey macam2 jenis bakul... alasan dia sebab senang nak pindah randah anak dalam kereta... ini untuk baby yang baru lahir la...

aku asyik jumpa yang jenis bakul rotan atau anyam tu... siap salut dengan kain2 renda pelbagai tu... harga dia boleh tahan la..yang paling murah kami jumpa masa tu dalam RM130... tapi kami tak jadi beli... sebab ada masalah sikit pasal peralatan yang takleh nak lipat2 ni... tentu rumah jadi tak muat nanti.... sedangkan baby cot yang kami beli pun jenis yang boleh lipat2 dan simpan bila tak guna... ni kan pulak nak beli bakul ni kan... sangat cerewet ok... mesti apa.. duit bukan senang cari kan?

last2 masa kami jalan2 kat carrefour tahun lepas... masa ni baru bukak kat kuantan... selalu la pegi sini.... tetiba je ada bakul tilam yang diorang buat offer... tinggal tak banyak masa  tu... harga dia RM79.90... dah 2 kali kami pergi baru beli tau... memang dasar kedekut....

meh aku tunjuk gambar ok... cerita kosong cam tak best kan?



masa kami balik rumah aku koyak tanda harga tu... tengok harga dia kat bawah tu pulak RM129.90.... alhamdulillah kira rezeki la kan... dapat beli dengan harga lagi murah....



tapi agak mengecewakan untuk orang baru pasal aku tengok benda ni semalam masa aku jalan carrefour tapi dah takde dah... tempat lain aku tak pasti la pulak....

aku suka benda ni... senang nak lipat dan kemas bila dah tak guna... sennag nak basuh... masuk mesin pun boleh... cuma tanggalkan pelapik papan bawah dia... tu je...

siap ada tangkai sekali untuk bawah anak yang tidur dengan mudah walaupun cuma nak gerak sana sini dengan tujuan nak tengok tv je pun...

lagi satu sebab aku suka... kat belah tepi dia boleh buka2 untuk turunkan jadi macam mat je... aku selalu buka sebelah bila anak nak menyusu... senang je...pastu bila dia dah lelap boleh naikkan balik dan tak kacau anak sikit pun....

yang pasti sangat berbaloi2 aku beli ni tau...

p/s tengah sibuk2 pulak nak cari kekabu buat bantal.. ntah sempat tak ntah... bantal yg ada ni span la... 2 minggu pakai sure leper nanti...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...