Cerita Ita: hari raya aidilfitri                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari raya aidilfitri

WOW! Cerita Ita Dalam Blog Terkenal..

assalamualaikum semua, walau sebenarnya belum ada masa free nak tulis blog tapi disebabkan blog Cerita Ita muncul di dalam entry blog ternama dan terkenal maka aku gagahkan juga menulis...walaupun sebenarnya sudah terlambat... sebelum ni ada blogger Hasrul Hassan request gambar dan ucapan untuk dipaparkan di salah satu entrynya.. aku pun sibuk ambik kesempatan dan letak gambar raya kami sekeluarga... hasilnya HH tunaikan janji dan dan keluar dalam entry Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya Part 2 ... huhuhu... terima kasih ye HH..jasamu dikenang... ada yang tak kenal lagi blogger Hasrul Hassan atau HH ni? beliau sebenarnya idola bagi ramai blogger...terkenal dengan masa yang agak singkat tapi memang terkenal kerana usaha gigih beliau yang memang rajin menulis serta berkongsi tips berblog dan cara buat duit dengan blog... tahniah HH! siapa nak kenal lanjut sila singgah blog beliau ye... jom sambung kerja! p/s rindunya la dengan gaji..... ehem.... ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H buat semua pembaca blog Cerita Ita...semoga amalan kita semua dalam bulan Ramadhan diterima oleh Allah..amin... Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidil wal faizin Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan. p/s jaga keselamatan diri di mana sahaja korang berada...jugak keselamatan perut..hehehe...eh apa tengok2...serius wei..ramai yang kena sakit perut lepas raya...

11 Ogos 2013 Cuti peristiwa untuk Kelantan dan Kenduri lemang

assalamualaikum semua, korang sihat semua pagi ni? dah masuk 4 Syawal 1434H dan dah ada yang mula bekerja pun hari ni di negeri-negeri tertentu... tapi ada yang masih tak tau hari ni diisytiharkan cuti peristiwa untuk hari raya aidilfitri di Kelantan? aku pun baru tau tadi..selepas baca suratkhabar online..maaf ye..bersiaran dari telefon ni..nak bagi link pun payah ni... semalam kami masih beraya sakan... akak ipar sibuk buat lemang dan aku sibuk makan..hahaha... malamnya pulak kami ke rumah pak sedara shah sampai ke tengah malam..ada rezeki durian dan dodol durian..alhamdulillah.. korang plan apa untuk hari ni? aku? plan yang betul heavy ni....membasuh baju.....tapi ampai dah tak muat...macamana tu??? p/s tekak dah mula tak sedap..payah nak telan...perut pun dah mula memulas-mulas...wah...simptom hariraya kah ini?

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012M

salam sejahtera semua, sempat lagi kan nak ucapkan Selamat Merayakan kedatangan bulan Syawal....? semoga kita semua beroleh kemenangan yang diharap-harapkan.... tahun ni kami dalam black and white.... p/s gambar lain aku update nanti bila sempat ok.. Selamat Hari Merdeka untuk semua!