Genap Setahun Berlalu Assalamualaikum semua, tahun ni mood berblog semakin menjauh. Mungkin sebab kekangan emosi dalam diri aku sendiri. Kalau dulu aku selalu merasa kuat. Sekarang ni bila diuji aku rasa terlalu rapuh. Mungkin juga sebab usia makin bertambah... entahlah... yang pasti selepas genap setahun semuanya berlalu, aku makin rasa kosong. 05.08.2025 Selamanya tarikh ini akan menjadi tarikh keramat dalam hidup. Mak kembali kepada penciptaNya. Juga pencipta kita semua. Nak menulis terasa sangat berat. Memang rasa separuh nyawaku hilang. Kerana selama ni maklah tempat aku bercerita, mengadu walau dalam banyak ketika mak cuma mampu mendengar tanpa ulasan apa pun. Bulan Julai hingga Ogos setiap tahun sentiasa akan berada dalam ingatan kami sekeluarga. Bermula dari mak dimasukkan ke wad hinggalah kehilangan mak buat selamanya. Gambar selfie terakhir dengan mak masa mak sakit Alhamdulillah kami semua adik-beradik berjaya sempurnakan jenazah mak dari memandikan sehinggalah dikafankan da...
Cerita Ita
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.