Diraikan Hari Lahir dan Hadiah - Cerita Ita                                                             Diraikan Hari Lahir dan Hadiah Langkau ke kandungan utama

Diraikan Hari Lahir dan Hadiah

Ulangtahun ke 47 Yang Diraikan


Assalamualaikum semua, kita masih lagi berada di bulan kelahiranku. Biasa kalau cukup awal tahun, mesti cukup umurku. Jadi sambutan biasanya cuma biasa-biasa saja. Sebab jaranglah orang ingat.



Kek Pandan Gula Melaka, Sedap!


Alhamdulillah tahun ni ada yang sudi meraikan dengan kek harijadi pada minggu kedua Januari hari tu. Terima kasih buat kawan-kawan sekerja yang baik hati. Aku sangat hargainya. Seronok bekerja di Projek Pertanian Moden ni sebab masing-masing bantu membantu dan tak berkira kerja.

Tuntut Hadiah Harijadi di Secret Recipes dan 7Elevan


Minggu lepas aku sempat tuntut 2 ganjaran sempena bulan kelahiranku. Pertama aku pergi makan kek dan juadah di Secret Recipes. Sebenarnya lebih kepada nak tuntut kek percuma, tapi kenalah makan juadah utama dulu.

Menu Pilihan di Secret Recipes 


3 menu pilihan di Secret Recipes 



Jadi aku pilih Tomyam Kung dengan Earl Breakfast Tea untuk makan dengan kek percuma. Sayangnya kek percuma takde banyak pilihan waktu aku sampai. Ya, aku makan sorang-sorang umpama me time. Aku jarang buat begini. Dalam 2-3 tahun sekali pun payah nak jumpa. Kecuali kalau aku outstation je.

Tuntut Air Slurpee Percuma


Ada lagi aku tuntut aritu, 2 cup air Slurpee percuma. Ini yang saiz 22oz tau. Tapi bukan aku yang habiskan minum sebenarnya tapi anak-anak. Aku? Dapatlah seteguk dua.

Slurpee Free



Usia dah makin meningkat risau betul kalau terlebih gula. Maklumlah sejarah keluarga agak merisaukan. Kenalah beringat-ingat sambil bersenam sikit. Tapi tengah fikir dan cari jugak ni. Kat mana lagi ada reward birthday untuk yang lahir bulan Januari ni ya?

Cerita Ita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA : Ben Ashaari

salam, join segmen lagi...boring dah ke? kalau boring korang skip je dan baca entry lain ye... segmen ni senang rugi tak join... memula dia suruh letak header... pastu dia suruh letak tajuk...siap! nak join jugak? leh gi SINI