Warong Cabin Gudang Garam Segamat - Cerita Ita                                                             Warong Cabin Gudang Garam Segamat Langkau ke kandungan utama

Warong Cabin Gudang Garam Segamat

Singgah Makan di Warung Cabin Gudang Garam Segamat




Assalamualaikum semua, semalam kami gerak balik dari Kuantan menghala ke Kluang. Sempat singgah ke rumah lama kami sewa dulu di Kampung Kempadang, kemudian ke rumah kakak kami di Taman Tas sebelum ke Kampung RPSB Banjir untuk singgah rumah lama dan rumah baru mak.

Rumah pertama kami sewa dulu di Kampung Kempadang. Rumah kayu ni. 

Rumah kedua kami sewa rumah berkembar ni. Azab tiap hari basuh taik kambing. 



Lama kami tak jenguk rumah baru mak, dah masuk 8 bulan mak pergi. Belum ada kekuatan lagi nak cerita pasal kehilangan ni. Berat hati dan mata bila menulis. Tunggulah dulu masa yang sesuai.

Lokasi Warong Cabin Gudang Garam Segamat


Waktu dalam perjalanan balik tu memang belum berhenti mana-mana untuk makan. Kebetulan pulak kami berhenti di Segamat untuk solat Maghrib dan Isyak terus la aku ligat cari tempat makan.

Masa tengok kat google tu jaraknya lebih kurang dalam 9 ke 10 minit perjalanan dari Stesen Minyak Petronas yang kami tumpang solat tu. Mula Shah macam dah taknak pegi pasal risau balik lambat kang. Tapi biasalah bini dia degil sikit.. haha.. maaf bang.

Aku dah cuak.. buatnya kedai ni takde.. ah naya! 



Kami pergi la jugak cari kedai ni. Jauh masuk ke dalam kampung kedainya rupanya. Jalan agak sunyi dan takde kenderaan. Risau jugak kalau-kalau kami tertipu dengan cadangan google. Kalau tengok kedai ni rating dia agak tinggi, itu yang rasa nak cuba tu.

Sekali bila lalu jalannya mula hati rasa tak sedap, terasa macam jangan-jangan kedainya dah tutup ntah. Sebab pernahlah ada pengalaman macam tu.. elok sampai lokasi dan google maps kata "anda telah sampai ke destinasi" tapi sebenarnya takde apa kat situ. Haaa.. sudah. Tapi lokasi warung ni ditemui di Jalan Sarip, Kampung Gudang Garam, Segamat. Patutlah namanya jadi Warong Cabin Gudang Garam. 

Menu di Warong Cabin Gudang Garam Segamat


Sesudah menempuh onak dan ranjau duri untuk sampai ke warong ni. Akhirnya kami sampai jua.. ecece.. Jalan tar je semua korang.. jangan la percaya benar cerita aku tadi. Cuma dia sunyi la sikit.

Ada buaian depan kedai



Kami sampai je kedai parking agak susah ya. Bila dapat parking teruslah masuk.. sekali kau penuh kedainya. Semua meja ada orang. Sudah.. gayanya macam tak dapat duduk la kami ni. Tapi alhamdulillah tetiba pelayan kedai cakap dengan kami, "Atas ada meja la bang". Ah syukur..

Special tau.. kami je ada atas ni 🤣




Kami pun naiklah ke atas. Tu dia kerusi macam kami tempah special ya untuk duduk atas ni. Tapi satu je la kekurangan. Bawah je dari meja kami duduk tu dapur. Faham je la kan macamana. Sekali si tukang masak tumis kangkung belacan tu aku rasa dengan kami-kami sama tersumbat hidung.. hahaha.. kipas pulak tak membantu. Agak hangat la di atas ni sebenarnya.

Bawah tu dapur dia

Pemandangan dari atas



Menu sampai dan kami belek la menu. Ada masakan panas, ada masakan set makanan thai, ada set masakan western jugak. Menarik! Rambang mata la anak kami dibuatnya.

Kami ambik menu set untuk 2 orang, dalam tu ada ikan siakap masak 3 rasa, tomyam campur, sayur kailan, telur dadar dan 2 air buah. Kami ambik air jus epal dan oren. Mulanya nak tambah nasi putih je la. Sekali anak-anak order nasi goreng cina, nais goreng pataya, set meatball dan set chicken chop cheese pulak.

Review Warong Cabin Gudang Garam Segamat


Pada kami makanan dia boleh dikatakan sedap jugaklah. Cuma ikan siakap tu je la agak terlebih masak sampai agak hangus sikit. Tapi kuah dia sedap wei. Tomyam dia pedas dan menyengat. Tapi sedap jugak. Udang dia guna tu segar betul rasanya. Bahagian makanan tu agak besar bagi aku, memang berbaloi la.









Ini kami bagi 10/10 sedap, meatball pun lembut gila


Siap makan kami terus sambung perjalanan pulang ke Kluang dengan senang hati. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati. Alhamdulillah. 




CeritaIta



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...