Musim Raja Buah Tiba - Cerita Ita                                                             Musim Raja Buah Tiba Langkau ke kandungan utama

Musim Raja Buah Tiba

 Musim Durian Datang Lagi




Assalamualaikum semua, bila sebut nama raja buah nan satu ni aku rasa tentu ramai peminat dia kan? Aku? Jangan tanya la.. dalam sejarah siap pernah kena demam mabuk durian masa kecik dulu. Lepas tu aku puasa 2 tahun jugak kot baru makan semula.

Durian Yang Sedap




Kalau tanya peminat durian macam aku, semua durian la sedap. Tapi apa sebenarnya yang jadikan durian ni sedap? Ada banyak pendapat, tapi dia lebih pada tekak masing-masing la.

Ada yang suka durian yang rasanya agak ringan, manis ada rasa pahit-pahit sikit di hujungnya. Ada yang suka durian yang berlemak dan rasa macam berkrim macam makan aiskrim.

Durian Untuk 'Newbie'


Keluarga kecik kami ada 2 orang yang tak berapa gemar durian. 2 orang tu ialah Abg Long dan Abg Ngah. Kalau diorang makan pun biasanya bila aku paksa la.

Jadi aku tau jugak cara nak pikat orang yang tak suka durian tapi kemudiannya boleh makan. Ini terpakai untuk anak-anak aku je la, orang lain aku taktau ya.

Kalau anak aku berdua ni, aku akan syorkan buah durian kampung yang asli bukan yang jenis kampung kawen tau. Betul-betul durian kampung yang agak ringan, manis dan ada pahit sikit di hujungnya. Setakat ni budak berdua ni boleh layan.

'Big No' kalau nak bagi orang yang tak suka durian makan durian macam IOI, udang merah dan musang king tu semua. Sekali tu je la dia makan dan akan rasa muak macam rasa nak muntah pun ada. Padahal kita makan punyalah sedap kan? Maklumlah durian premium.

Rezeki Banjir Durian Johor


Tahun ni agak rezeki jugak sebab musim durian agak gila-gila jugak rasanya. Masa musim buah durian besar yang dijangka setiap bulan 6 hingga 7 tiap tahun tak seperti yang dijangkakan. Tapi lambakan durian sehinggakan banjir durian terjadi pada bulan 11 dan 12 baru ni.

Sampaikan di Segamat dah jual buah 10kg percuma 10kg lagi. Tapi itu sebelum cuti Hari Natal aritu la. Lepas tu dah hilang semua durian murah tu.. ntah pergi mana haha.

Jelajah Cari Durian


Kami sempatlah jalan-jalan ke Segamat cari durian murah katanya pada cuti umum 25hb aritu. Rupanya masa kami pergi banjir durian dah habis. Banyak kedai kami singgah cuma jual durian yang dah siap dikopek dan diletakkan dalam bekas je.




Tapi kalau dah rezeki tak ke mana jugak kan? Rezeki kami singgah satu gerai durian kat depan pusat jualan kereta. Alhamdulillah.. ternampak dia letak harga IOI dia jual RM10/kg. Wah.. teruja kami. Terus kami cari tempat nak letak kereta.

Laju-laju turun tanya-tanya. Kebetulan pulak cuma kami je ada kat situ. Memang rezeki betul la kan. Kami duduk terus dipelawa tanya nak durian apa. Siap dia lapkan meja. Bagus betul layanan.

Kami cakap nak cuba durian yang biasa-biasa dulu. Tetiba nampak durian D78 kat situ. Tanya dia apa rasanya. Dia kata nak bagi kami rasa percuma je. Elok la dia bukakkan satu biji. Aku rasa sedap la jugak. Aku suka rasa dia. Ala-ala durian kampung asli tapi isinya tebal sikit. Manisnya lebih hujungnya baru ada rasa pahit.

Lepas tu kami cuba IOI pulak. Tokey offer kami durian bakul, harga sebakul IOI tu dia bagi RM60 ada dalam 7 biji dalam dia. Setuju je la tapi kami mintak dia bukakkan siap-siap masukkan dalam bekas plastik yang kami dah siap beli. Betul punya persediaan kan...

Kami mintakkan dia bukak udang merah pulak lepas tu. RM20/kg. Dapat sebiji pun ok la buat rasa-rasa. Tapi anak-anak tak suka. Diorang nak musang king. Ambik la jugak sebijik. RM24/kg kau harga dia. Tapi sebiji je cukup dah.

Pusing belah sini sikit nampak dia tayang durian kampung kawen RM6/kg dia kata ambik semua dia bagi RM50 je.. sekali timbang 10kg jugak. Alhamdulillah rezeki lagi. Aku beli gak D78 tu RM13/kg buat makan kat rumah kang.

Rezeki Dikongsi Bersama


Gambar durian kampung tu aku tak ambik pulak sebab dah bubuh kat topi atas kereta



Kebetulan pulak malam tu ada kenduri tahlil untuk arwah mak kat rumah abah aku. Pakat buat adik beradik je tak jemput orang pun. Rezeki durian dapat kongsi makan ramai-ramai. Semua duriannya elok pulak tu. Syukur betul. Suka aku tengok diorang makan. Korang tolong doakan mak ngah dan pak ngah murah rezeki lagi musim durian akan datang ya.. Amin

CeritaIta


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...