Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan - Cerita Ita                                                             Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan Langkau ke kandungan utama

Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan

Pembaikan Dan Dugaan





Assalamualaikum semua, dah masuk hari ke 4 di tahun 2026. Hari ni kami masih di Kuantan. Ada dugaan sebenarnya sejak semalam. Kebetulan pula kami memang akan berada di sini hingga esok.

Dugaan Tiba


Kami sebenarnya dah tutup tempahan untuk homestay sejak dari awal bulan November lagi aritu. Pertamanya disebabkan ada masalah nak cari orang untuk pembersihan. Kedua ada banyak benda nak kena baiki dulu.

Disebabkan kami buat sendiri semua benda dan masa yang ada agak terhad jadi kami tutup je la buat sementara waktu. Bagi kami baiki dulu semua benda dan sampai jumpa orang sesuai untuk buat kerja-kerja pembersihan.

Kereta Rosak Pulak





Semalam waktu kami balik dari sarapan di Tanjung Api kan kereta kami ada masalah sikit. Shah dah bawak pergi bengkel. Tiba-tiba waktu malam nak ke Taman Kerang dia jadi senggut-senggut pulak.

Jadi pagi ni menjajau la Shah mencari kawan-kawan yang boleh bantu.. maklumlah hari Ahad kan. Mana nak cari bengkel yang bukak. Kebetulan ada kawan yang boleh bantu. Alhamdulillah Zul (kawan Shah) ni kalau Shah mintak tolong, sentiasa dia ada dan tak pernah la dia tak bantu.

Zul ni ada bengkel kereta kat area Kempadang. Dulu Shah rajin melepak kat bengkel dia masa kami duduk Kuantan. Tu yang kenal dengan dia. Syukur sangat Shah ada kawan yang baik macam ni.

Bila dah baiki kereta tu, dah elok la tadi. Beratus jugak la duit habis untuk baiki kereta jadinya kan. Kadang-kadang pelik jugak kereta ni. Asal kami balik Kuantan je dia rosak, asal dia rosak kami ada kat Kuantan. Pandai betul dia pilih masa. Redha je la walau kalau ikutkan banyak duit nak pakai anak-anak nak naik sekolah ni.

Pasang Bidai, Lampu Solar dan CCTV


Lepas kes kereta selesai, Shah sambung pulak kerja baiki 'shower' kat bilik air atas, pasang bidai dan CCTV. Kami dapat bidai 'blind' murah kat MrDiy semalam kan.. jadi terus la pasang. Pasang kat pintu belakang.

Tujuan utama ialah sebab pintu belakang ni jenis terbuka cuma ada grill je jadi kami selama ni terpaksa tutup dengan zink kat belakang tu. Bila nak masak agak panas dan kena bukak pintu tu. Tapi dulu takde jiran belakang tu takpe la. Ini dah ada jiran jadi susah pulak.




Bila pasang bidai ni tertutup sikit la belah atas tu kan. Bawah tu angin masih boleh masuk. Harga bidai ni offer tau RM16.90 je kat MrDiy. Berbaloi la rasanya.

CCTV Depan dan Belakang

Yang ni pasang atas pintu

Yang ni solar pasang kat belakang



Kami tambah 2 lagi cctv kat rumah ni. Untuk depan dan belakang pulak. Ok la jugak beli masa jualan tahun baru aritu kat shopee. Gambar lagi jelas dari cctv yang kami beli sebelum ni.

Pasang Lampu Solar

Lampu kuning kiri kanan tu yang baru kami pasang. Yang tepi tu dah lama jugak. 



Kami beli jugak 2 biji lampu solar untk pasang kat pagar depan rumah. Dah siap pasang dah tadi. Yang ni pun dapat harga offer. 2 biji tu RM15 je. Lepas ni cadang nak ganti langsir dan cat pagar pulak. Projek akan datang pulak. Doakan ya.

CeritaIta 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...