Aktiviti Hujung Minggu di Kuantan, Pahang - Cerita Ita                                                             Aktiviti Hujung Minggu di Kuantan, Pahang Langkau ke kandungan utama

Aktiviti Hujung Minggu di Kuantan, Pahang

Jalan-jalan Hujung Minggu di Kuantan




Assalamualaikum semua, semalam lepas kereta kami dah selamat Shah baiki kami habiskan masa berjalan ke sekitar bandar Kuantan. Kalau nak baca cerita pasal semalam boleh ke Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan.

Hujung Minggu di Kuantan


Disebabkan kelmarin tak dapat berjalan. Kami tunaikan hasrat tu pada hari semalam la pulak. Kami bukan ke mana pun. Kebetulan adik aku yang duduk di Muadzam Shah tu ada sekali kat rumah semalam.

Nampak kerang besar kat depan tu? 



Jadi kami teruskan aktiviti jalan-jalan ke Taman Kerang, Kuantan. Sebenarnya taman ni diberi nama bersempena replika kerang besar yang ada menghiasi taman ni. Cantik kat sini untuk bergambar dan berekreasi bersama keluarga.





Lokasi dia yang sebenar adalah bersebelahan dengan Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Ahmad 1 di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang. Ianya adalah lokasi terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan.

Jualan di Taman Kerang Kuantan


Setiap malam ada jualan di Taman Kerang ni. Ini sebenarnya yang menjadi tarikan utama di sini. Ada bermacam jualan makanan dan minuman viral dan jualan pakaian baru dan terpakai.

Ginilah suasana kat situ.. Belah ramai orang tu la banyak jualan. 



Dulu Shah pernah jadi salah seorang peniaga di sini, jadi ramai la antara peniaga ni adalah kawan-kawan dia jugak. Dia jual susu segar dulu. Asalnya dulu mereka adalah peniaga 'rambo car booth'. Mereka main jual je kat area parking di Taman Kerang masa tu.

Tapi lama kelamaan bila ada badan yang ambik alih pengurusan, mulalah ada diperkenalkan sistem jualan car booth dengan bayaran tertentu. Masa tu bayaran RM30 jugaklah semalam. Pada aku agak mahal. Sebab kalau jualan tak berapa ok, peniaga yang akan tanggung rugi. Lelagi la bila ada gangguan cuaca macam hujan lebat ke. Sekarang ni aku tak pasti la sistem macamana.

Mochi Viral di Kuantan

Mochi Viral



Apa je kami beli di Taman Kerang ni? Ada banyak benda yang best kat sini. Malam kelmarin kami sampai dah lewat jadi cuma sempat beli tart je sebab semua yang lain dah habis.

Hari semalam kami datang awal sikit jadi dapatlah beli mochi viral yang diidamkan. Ada banyak perisa tau. Rambang mata la dibuatnya. Sudahnya nah.. berlambak kami beli sampai tak habis makan. Tapi tak habis takpe boleh simpan di peti sejuk.


Macamana boleh terbeli banyak macam ni? Cerita dia aku dah turun kereta dulu dan pegi beli. Datang adik aku dia pegi beli lagi bila dia dah dapat parking. Haa.. elok la. Kami ada jugak singgah beli sushi. 




Aktiviti lain di Taman Kerang


Lepas tu kami lepak sambil layan maskot yang ada kat situ pasang lagu. Ada juga kereta berlampu kanak-kanak yang boleh naik. Harga agak mahal la sebab tu anak-anak kami tak naik. Dalam lingkungan RM12-15 untuk 10 minit.




Kami sempat la singgah ke Teluk Cempedak sekali lagi ambik suasana malam. Itulah berakhirnya hujung minggu kami di Kuantan. Jumpa esok.

CeritaIta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...