Selamat Hari Lahir Ke 47!
Assalamualaikum semua, hari ni 3 Januari 2026 merupakan hari lahir aku yang ke 47 tahun. Rasa ada satu kehilangan yang sangat nyata. Tiada lagi ucapan dari mak yang tersayang. Rasa kosong. Mak tak pernah lupa ucapkan selamat hari lahir setiap tahun.
Aktiviti di Hari Lahirku
Hari ni aku berada kat Kuantan. Kami balik rumah kami di Kuantan. Aura kat rumah ni lain. Rasa tenang. Pagi tadi kami bersarapan di Restoran Tanjung Selera di Tanjung Api. Selepas tu berjalan sekejap ke Pantai Teluk Cempedak.
Lepas tu kereta meragam pulak. Kami balik rumah, Shah ke bengkel dan kami berehat di rumah. Petangnya sambung berjalan ke MrDiy cari barang sekejap. Dapatlah bidai dengan harga murah untuk hadiah diri sendiri.
![]() |
Hati Rasa Kosong
Malamnya berjalan ke Taman Kerang. Hajat hati nak beli mochi tapi dah habis licin pulak. Jadi beli tart je la untuk anak-anak. Terus balik ke rumah. Itu je la aktiviti sepanjang hari lahirku. Sakan berjalan tapi hati masih kosong.
CeritaIta



Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.