Adam Dah Naik Sekolah! - Cerita Ita                                                             Adam Dah Naik Sekolah! Langkau ke kandungan utama

Adam Dah Naik Sekolah!

Adam dah jadi Abang!


Assalamualaikum semua, macam tak percaya je lagi. Anak kami yang bongsu, si Adam dah naik sekolah tahun 2026 ni. Takde lagi dah baby Adam kami. Adam dah jadi Abang!



Orientasi Tahun 1 Sekolah Rendah


Bulan lepas ada sesi orientasi Tahun 1 di sekolah rendah. Murid-murid dibawa ke keliling sekolah untuk kenal kawasan sekolah, tandas dan kelas mereka. Suka betul dia walau jumpa kawan sekejap je. Tapi ada hal lebih menyedihkan. Aku lupa bawakan beg dan alat tulis dia macam yang cikgu pesan.




Ia adalah tragedi untuk mak-mak ok.. lagi la bila ianya berlaku pada anak yang terakhir sekali melangkah ke alam persekolahan. "Jammed" la bila fikir.. anak aku sorang je ke yang tak bawak?

Kekal Tenang


Tapi alhamdulillah, Adam anak yang baik dan bijak. Dia tetap kekal tenang je. Aku berkali-kali la mintak maaf. Dia kata takpe je.. Adam tau ummi terlupa. Adam ok je.. adam pinjam kaler kawan Adam. Syukurlah dia sangat pandai menyesuaikan diri.





MUS di Darjah 1 Sekolah Agama Johor


Baru ni pulak ada MUS di sekolah agama, MUS tu maksudnya ialah Majlis Ukhuwah Sekolah. Kira macam majlis orientasi jugaklah. Sama je dengan orientasi sekolah rendah. Murid-murid dibawa sekeliling sekolah untuk kenal kawasan kelas, surau, tandas, pintu masuk, kantin dan pejabat.





Ibubapa pulak diberikan taklimat. Disebabkan Adam akan bersekolah sesi petang di sekolah rendah jadinya Adam akan bersekolah agama di sesi pagi.

Seronok dia masa sesi MUS ni, beria-ia dia tunjukkan yang mana satu kelas dia. Lagilah pulak kali ni ada jugak maskot macam di sekolah rendah. Kebetulan pulak yang pakai costume maskot tu anak-anak aku kenal. Kawan dia kata dia.

Kalendar Persekolahan 2026 Bermula





Tahun ni anak-anak akan naik sekolah pada 12 Januari 2026. Hanya tinggal beberapa hari je lagi. Ada banyak benda nak kena selesaikan sebelum anak-anak naik sekolah ni. Yang paling penting ialah projek gunting rambut untuk anak-anak. InsyaAllah esok kita akan selesaikan semuanya. Semoga yang baik-baik saja untuk semua anak-anak nanti. Amin.

Cerita Ita





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...