Kisah Hari Keempat Persekolahan - Cerita Ita                                                             Kisah Hari Keempat Persekolahan Langkau ke kandungan utama

Kisah Hari Keempat Persekolahan

Kawan Ambik Duit Saya!


Assalamualaikum semua, haa.. baca tajuk tu mesti terkejut kan? Kisah si Adam di hari ke 4 persekolahan dia dia Darjah 1. Macam-macam hal kan..?

Berebut nak masuk rumah di hari keempat



Cerita dia macam ni. Si Adam ni kalau sekolah dia dah pandai sangat berbelanja. Siap dia tetapkan berapa kena bawa untuk sekolah pagi dan petang. Apa yang nak dibeli pun dia rancang awal.

Sekali di hari keempat waktu kami jemput dia balik sekolah dia cerita kawan dia ambik duit dia. Panjanglah kami tanya kenapa dia kasi? Tapi aku anggap kes kawan-kawan mintak duit je la. Dia pun tak cakap apa lepas tu.

Terima Mesej Permohonan Maaf


Tiba-tiba hujung petang semalam menghampiri Maghrib, aku terima mesej di WhatsApp.. Bunyinya begini:

"Assalamualaikum puan, puan ni mak Nafis Adam ke?"

Tipulah kalau aku kata tak berderau darah bila baca. Aku fikir 2 perkara je kalau dapat mesej gini. Satu.. Anak aku buat hal. Kedua.. Anak aku kacau anak orang. Risau oooo..

Sekali mesejnya bersambung rupanya nak minta maaf pasal kesalahan anak dia minta pinjam duit dengan Adam. Adam ni satu masalah dia yang aku tau dia jenis tak sampai hati. Aku pun terus tanya Adam apa yang berlaku sebenarnya.

Adam mula cerita macam ni.. "Macam ni ummi cerita sebenarnya.."

Dipendekkan cerita Adam kata kawan dia tu tertinggal duit kat transit, jadi dia pinjam duit Adam untuk makan.. Aku rasa sebab dia nampak Adam macam banyak duit pasal dia sempat beli gasing berlampu kat koperasi wei. Tapi sebenarnya tu duit dari sekolah agama dia tak gunakan.

Kawan Saya Menangis Sedikit


Part paling kesian bila Adam cakap. "Cikgu dan tegur kawan dia, cikgu marah Adam jugak kenapa Adam bagi. Kawan Adam tu menangis sedikit masa kat kerusi dia. Saya pulak cikgu bawak pergi bilik cikgu dan bagi makan biskut dan air laici "

Patut masa dia nak cerita tu dia siap cakap. "Saya cerita ummi jangan marah saya ya." Hari ni masa ambik duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pun cikgu sebut lagi kes semalam. Mungkin cikgu kot yang aturkan suruh mak kawan tu mesej aku.

Tapi pada aku kisah ni semua asam garam kehidupan je. Bagi pengalaman kat Adam dan kawan-kawan jugak. Bila cikgu tegur, masing-masing boleh belajar. Jangan mudah-mudah bagi orang duit, jangan mudah-mudah mintak duit orang lain dan belajar pertahankan hak. Harap hubungan anak-anak ni ok je akan datang dan mereka belajar dari pengalaman. Aku dah mengantuk.. Jumpa esok.

Cerita Ita



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...