Kembalikan Hobi Membaca dan Menulis - Cerita Ita                                                             Kembalikan Hobi Membaca dan Menulis Langkau ke kandungan utama

Kembalikan Hobi Membaca dan Menulis

Hobi Membaca dan Menulis


Assalamualaikum semua, tahun ni antara azam aku ialah nak kembalikan semula hobi membaca dan menulis yang aku suka sangat buat dulu. Disebabkan kesibukan hidup seharian, dah lama dah aku tak daoat buat 2 perkara yang aku suka ni.

Minat Membaca




Dari dulu aku memang pantang kalau jumpa buku atau kertas. Teringat waktu aku kecik-kecik sampailah ke zaman remaja. Sampai ada ketika tu arwah mak suruh sapu rumah, aku boleh berhenti lama gila pasal terjumpa keratan surat khabar dan aku baca dulu.

Marah la arwah mak dulu. Haha.. mak masih ulang-ulang cerita tu sampai aku dah beranak pinak. Al-Fatihah buat arwah mak.

Suka Pinjam Buku Perpustakaan


Disebabkan payah nak beli buku zaman dulu pasal kewangan agak terhad, aku suka pinjam buku dari perpustakaan sekolah. Sampai aku jadi pengawas perpustakaan la zaman sekolah dulu. Punyalah minat pada buku.




Sekarang ni pun aku masih teruskan minat yang satu ni. Aku ada je buat peminjaman buku kat perpustakaan kementerian. Ada yang baru baca separuh pun. Nanti bila ke Putrajaya, aku akan pulang dan pinjam buku baru pulak.

Waktu rehat kalau ada luang masa memang aku hala ke perpustakaan la. Itulah kesempatan yang aku akan cari kalau ada mesyuarat di sana.

Kegemaran Menulis Sejak Sekolah


Aku ada kegemaran menulis sejak dari sekolah lagi. Semua benda nak tulis. Sampaikan lirik lagu pun rajin tulis satu-satu dalam buku sekolah yang tak guna.

Dulu zaman sekolah aku punya bahasa inggeris agak lemah. Maklumlah budak. kampung yang takde peluang pergi ke mana-mana kelas tambahan kan. Aku pernah join sebulan je. Lepas tu tak pegi dah pasal abah tak mampu nak bayar walau abah teringin nak hantar. Kesian abah. Aku masih terbayang muka abah hantar aku tuisyen malam kat balai raya masa tu.

Belajar Bahasa Inggeris Dari Keratan Akhbar


Sebab tu aku jadi luar biasa rajin belajar sendiri sampai aku dapat tersenarai dalam pelajar cemerlang sekolah di sekolah rendah. Antara yang aaku rajin jugak buat ialah kerat mana-mana artikel bahasa inggeris dari suratkhabar dan tampal dalam buku. Mana perkataan yang pelik-pelik tu aku akan gariskan dan kemudian cari maknanya dalam kamus. Gigihlah aku tulis satu-satu dalam buku nota panjang masa tu.

Menulis Blog Sebagai Hobi


Aku mula menulis blog sebagai hobi ni bermula zaman ada friendster dulu la. Banyak jugak cerita aku tulis kat situ. Bila platform tu dah dipadam aku mula sambung tulis kat blogspot sehingga la hari ni. Mula di blogspot ni rasanya tahun 2006. Kira dah 20 tahun dah la.

Sambung Minat Membaca







Baru ni aku ada beli buku baru untuk sambung minat membaca. Ada 3 buku menarik iaitu Keajaiban-Keajaiban Dunia, Para Khalifah Dunia Islam dan Kitab Tamadun Uthmaniayah. Nanti aku akan ceritakan review pasal buku-buku ni pulak ya. Doakan hobi aku ni istiqamah la ya. Jumpa lagi esok.

Cerita Ita




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...