Mangga Harum Manis Versi Kuantan - Cerita Ita                                                             Mangga Harum Manis Versi Kuantan Langkau ke kandungan utama

Mangga Harum Manis Versi Kuantan

Mangga Hasil Ketiga Kami Rasa

Buah Mangga Harum Manis Berbuah di Kuantan 



Assalamualaikum semua, hari ni kami dapat merasa mangga harum manis versi Kuantan buat kali ketiga. Buah sulung dia dulu cenonet je saiznya. Besar ibu jari. Itu pun dapat merasa sebiji je.

Rasa Manis


Buah yang pertama dulu tu walaupun saiznya kecil sangat tapi tetap rasa manis sangat masa tu. Buah yang kedua kami dapat makan tu selepas beberapa tahun buah pertama baru dia berhasil lagi. Itu pun lepas kami tabur garam kasar yang banyak kat pangkal pokok.

Buah hasil kedua tu jugak sempat jadi makanan burung-burung yang singgah. Rasanya tahun 2022 kot masa tu. Kami jarang balik selepas Covid kan masa tu. Lepas tu lama jugak dia tak berbuah lagi. Yang ni manis jugak sebab kami petik dna biarkan dia sampai masak diperam.

Harum Manis Berbuah Lagi


Sekali tahun lepas ternampak beberapa putik buah yang keluar dari pucuk dahan. Alhamdulillah dia berbuah lagi. Syukur ada rezeki merasa lagi. Kami kira haritu buahnya ada 5 biji. Tapi bila kami balik nak ambik bulan lepas dah tinggal 2 biji je.


Manis dan Masam Buahnya


terpaksa petik awal jugak



Jadilah itu saja rezeki kami agaknya. Sebiji aku bagi adik bongsu aku yang kebetulan ada waktu tu. Sebiji lagi kami bawa balik ke Kluang. Dan hari ni dah genap 2 minggu baru kami kopek buahnya.

Dah masak tapi mungkin sebab petik terlalu awal ada bahagian yang manis dan yang rasa masam jugak. Betul-betul buat kami merasa je nampak gayanya. Oh lupa kami ada jugak tabur baja masa balik bulan sebelum tu. Mungkin itu jugak antara faktor.

Asal Usul Pokok Mangga Harum Manis


Sebenarnya pokok Mangga Harum Manis ni aku dapat beberapa tahun sebelum pindah dari Kuantan. Waktu tu aku sertai kursus tanaman yang sesuai tanam di rumah taman. Kebetulan antara tanaman yang diajar secara demonstrasi tanaman tu ialah mangga harum manis yang telah dicantum dengan pokok mangga biasa. 

Tahun 2018



Tahun 2019

Tahun 2020




Bila dah habis kursus, pegawai Pertanian tawarkan siapa nak pokok mangga harum manis yang ada masa tu. Aku tak lengah lagi terus mintak nak bawak balik.. eh terdapat la pulak.

Buah kedua masa ni

Buah kedua jugak

Ini pokok di awal 2015.Makin besar



Ada aku simpan gambar pokok pada tahun 2019 dan tahun 2020. Lepas tu lupa ambik gambar. Tahun 2025 baru la ada ambik gambar semula. Semua ni buat kenangan. Siapa sangka tanaman kami berhasil walaupun pokok tak dijaga sangat. Dan siapa sangka pokok Mangga Harum manis yang telah dicantum dengan pokok mangga lain boleh berbuah di Kuantan.

Cerita Ita 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...