Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali
lifestyle 10:33:00 PTGKami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali
![]() |
Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali |
assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa dengan anak-anak bereksperimen.. main ujikaji sains sikit la bagi otak berkarat ni berkilat semula.. sambil-sambil tu kita bagi anak-anak bermain dan otak mereka berfikir sikit.. yang bestnya kali ni kita main dengan benda yang bebudak suka.. nak tau apa tak? main ujikaji dengan sabun.. tapi ni kali bukan dengan sabun biasa-biasa ya... kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali..
![]() |
Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali |
kenapa kami nak buat ujikaji ni? sebabnya dah ada banyak sabun antibakteria di pasaran yang dikeluarkan sekarang ni tapi pernah ke kita tau yang sabun tu semua adalah sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan tidak membahayakan anak-anak? bila si kakak husna baru -baru ni kena gatal-gatal sampai terpaksa kami bawa dia ke klinik untuk dapatkan rawatan dan Doktor nasihatkan kakak supaya tidak menggunakan sabun ketika mandi.. terus buat kami sedar mungkin ada kandungan sabun yang biasa kami gunakan tu tak sesuai untuk kulit kakak yang masih lagi dikategorikan sebagai kulit kanak-kanak..
![]() |
pH kulit normal |
kalau ikutkan pun pH normal kulit kita adalah antara 4.7 hingga 5.75.. jadi kalau kita tergunakan sabun yang mempunyai pH yang lebih dari ini dan terlampau beralkali ianya mungkin akan bawa masalah pada kulit.. jadi sesuai ke kalau benarkan kana-kana gunakan sabun antibakteria biasa untuk dewasa yang berada di pasaran? dan kali ni kami diberi misi luar biasa ni sebagai EJEN RAHSIA haha.. kami diminta buat ujikaji menguji menguji sabun dewasa dan sabun Carrie Bacbuster with Ejen Ali ni menggunakan kertas litmus... menarik kan? ada jugak aku rakam hasil kerja abg chik tadi.. nanti dah siap aku tunjuk la.. tapi sebab tak sabar aku cerita dulu kat sini hasilnya..
Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali
![]() |
satu bekas belah kanan sabun Carrie Bacbuster dan belah kiri sabun dewasa |
![]() |
hasil ujikaji |
![]() |
hasil kajian |
hasil ujikaji ni tadi menunjukkan sabun antibakteria dewasa yang kami gunakan sekeluarga selama ni sabun yang beralkali dan rupanya tidak berapa sesuai untuk kulit.. kalau orang dewasa mungkin oklah tapi kanak-kanak mungkin akan ada masalah macam si kakak.. kakak ni dulu kalau salah sikit je dengan diaper dia memang cepat ada reaksi pada kulit dia.. dan dari hasil ujikaji ni jugak menunjukkan yang sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash with Ejen Ali sabun sesuai buat untuk kank-kanak sebab ianya adalah neutral dah tidak mengubah warna kertas litmus sedikit pun..
![]() |
kertas litmus Carrie Bacbuster yang tidak berubah warna |
jadi kalau sesiapa yang ada anak yang mengalami alahan kulit terhadap sabun yang ada di pasaran tapi dalam masa yang sama nak cari sabun antibakteria bagi melindungi anak-anak, boleh la mencuba sabun Carrie Bacbuster ni.. dengan formulasi boleh menghapuskan 99.99% bakteria dan 5X lebih lembut pada kulit berbanding sabun dewasa.. semoga hasil ujikaji yang kami buat ni membantu ibubapa di luar sana untuk membuat pilihan lebih baik ya..
Ceritaita