Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Selamat hari raya AidilAdha 1442H

Selamat hari raya AidilAdha 1442H

assalamualaikum semua, dah hari terakhir hari raya AidilAdha hari ni.. alhamdulillah semoga semuanya dapat merayakan hari raya lebih baik ada tahun ni.. walaupun kita masih merayakan dalam masa PKP seperti hari raya Aidilfitri hari tu..  tapi diharap masih dapat diraikan sebaiknya oleh semua orang.. Selamat hari raya AidilAdha 1442H.. 

Selamat hari raya AidilAdha 1442H
Selamat hari raya AidilAdha 1442H


walaupun dah hari terakhir aku tetap nak ucapkan jugak selamat hari raya.. sebab masa raya Aidilfitri hari tu aku terlupa nak buat blogpost pasal raya.. bila cari satu pun takde.. sedih betul.. takmau diulang lagi dah.. 


Hari Raya Korban tahuni ni sekali lagi kita berkorban tak dapat balik beraya dan terpaksa beraya di dalam rumah dalam musim PKP dan ada yang sedang dalam PKPD di sesetengah kawasan.. masa raya puasa hari tu kat kampung mak abah aku dikenakan PKPD betul-betul sehari sebelum raya.. alhamdulillah yang penting mak abah serta adik sekeluarga dihidari dari wabak Covid-19 yang menjangkiti penduduk kampung kami.. 

Selamat hari raya AidilAdha 1442H

untuk hari raya AidilAdha tahun ni aku tak berapa bersedia.. daun ketupat pun tak beli.. apa pun tak sedia sangat.. masih kerja ada sehari sebelum raya.. samalah raya puasa hari tu pun sama jugak sebenarnya.. kena terima kenyataan yang bila berpindah kerja di negeri ni memang kerjanya tak pernah akan habis pun.. tahun ni jugak jadi sejarah pertama kali aku tak buat satu apa pun kuih raya.. sedih betul.. 

juadah raya pertama


jadinya bila balik dah petang sangat dan kami sempat beli durian murah.. nanti aku cerita yang tu.. aku cuma sempat masak ketupat segera dengan rendang ayam tua je la.. ada juga dapat bungkusan ketupat bersama lauk dari jemaah surau.. dikirim bersekali dengan daging korban.. alhamdulillah rezeki kami.. dah lama tak makan daging baru.. asyik beli daging import saja selama ni.. 

juadah hari raya
juadah hari raya


petang tu aku sempat la tambah menu kari daging sebab ada yang komplen kata tak dapat makan kuah banjir.. jadi buat la jugak.. yang penting takde yang kelaparan dah cukup dah.. ini rezeki kami tahun ni.. tahun depan semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki lagi.. mana tau boleh dapat rezeki tunai haji atau buat korban pulak ke kan.. kita pasang je la niat.. semoga Allah permudahkan.. 


Apa pun cara korang sambut hari raya ni.. atau dengan siapa pun korang sambut aku doakan korang diberikan kekuatan untuk mengatasi rasa rindu kita buat keluarga yang tak dapat berjumpa dan beraya bersama-sama lagi buat kali ni.. semoga pengorbanan kita tahun ini akan membawa kebaikan pada umat Islam seluruhnya..  dan semoga Allah merasa kasihan pada kita hambaNya ini.. amin..


Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus