Catatan terkini

Kisah Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Imej
Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Contents Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Korang suka tempe goreng ke, atau suka tempe dimasak sambal pedas tempe goreng yang garing-garing tu ke? Atau korang suka tempe dimasak dalam bentuk kuah macam asam rebus tempe atau masak singgang tempe atau masak lemak tempe atau masukkan je tempe dalam ramuan lain jadi macam kuah lontong. Hish, aku yang tulis ni yang terus rasa macam nak makan tempe. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya


Assalamualaikum semua, siapa yang rasa PKP ni makin lama dah makin menyesakkan jiwa? Sebab aku tengok makin ramai yang dah buat ujian tekanan yang ada di laman web Hospital Sungai Buloh tu dan makin ramai yang dapat keputusan yang agak menakutkan.. kalau sesiapa nak buat ujian tu nanti aku akan kongsikan linknya.. cuma kali ni aku nak ceritakan pasal terapi yang boleh dibuat kalau rasa diri dah alami tekanan melampau tu.. 


Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya
Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya


Korang kena check jugak anak-anak yang ada terkurung kat rumah sejak PKP 3.0 bermula juga ya.. dan nak masuk 2 bulan dah pun.. kalau kita orang dewasa boleh rasa bosan terperap kat rumah.. macam tu juga anak-anak.. boleh dah mula tanya-tanya anak-anak atau bagi terapi untuk mereka.. antara yang boleh dibuat pada musim PKP ni ialah korang bawak pergi lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya.. 

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya
Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya


ya.. percuma je tak perlu bayar.. korang cuma perlu ada facebook je.. lepas tu boleh terus mengikuti lawatan secara percuma ni selama satu jam.. semalam kami dah cuba dan terbukti menarik.. kiranya dia macam korang tonton National Geographic secara langsung la.. cuma dalam bahasa melayu.. line internet pun agak bagus masa siaran berlangsung.. terbaik la usaha Zoo Melaka ni.. anak-anak dah minta juga.. kalau PKP dah habis nak ke Zoo Melaka tengok Dinosaur yang dipamerkan.. insyaAllah nanti kita susun lain ya anak-anak.. 

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya
Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya


kalau sesiapa yang berminat nak tengok boleh ke facebook pukul 10 pagi nanti melalui maklumat di bawah ni.. yang ni aku salin dari facebook Zoo Melaka.. yang mana menyumbang ke Zoo Melaka pun digalakkan sebab Zoo Melaka memang selama ni bergantung sepenuhnya dengan sumbangan dari harga tiket.. jadi faham-faham je la keadaan mereka bagaimana ya.. 

Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya
Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya



Lawatan ke Zoo Melaka percuma secara maya

Jangan Lupa Temujanji kita ZOOtoYOU

Segmen: MACAW..GIRAFFE & ZEBRA

 🦜🦜🦜🦓🦓🦓🦒🦒🦒


BOSAN DUDUK RUMAH KE TU!!!!!

🦏🐐NAK TENGOK AKSI HAIWAN🐒🐍🐯🦁🐴🐆🦓🐘🦒🦧🦣 


Jom Sertai Zoo Melaka & Taman Burung melalui LIVE di FACEBOOK dan INSTAGRAM Zoo Melaka & Taman Burung 


Tidak kira di mana anda berada, anda berpeluang melawati Zoo Melaka secara MAYA & PERCUMA pada 


Tarikh: 11 Julai 2021 (Ahad)

Masa : 10.00 pagi


Ayuh beramai-ramai, jangan lepaskan peluang ini! 


Cara-caranya seperti berikut : 


1.Like Page FB / IG zoomelakaofficial

2.Share & Tag iklan facebook ini kepada 3 rakan anda

3.Klik link dibawah untuk menonton sesi LIVE:


FB: https://www.facebook.com/zoomelakaofficial/


IG:https://instagram.com/zoomelakaofficial/


#zoomelaka🐯 #melaka 

#malaysia #haiwan #pkp 

#kitajagakita #stayhome #tourism

#tadika


kita doakan semoga Covid -19 ni cepat la berlalu dan kita boleh kembali normal seperti dulu..  eh ni link ujian tekanan dan mental jugak untuk korang cuba.. Ujian Tekanan dan Mental


Ceritaita

Ulasan

  1. Seronok kan...tengok dah semalam..siap buat video call ngan anak2 buah..paling suka si Opick la..dia kan pencinta haiwan...

    BalasPadam
  2. aku terlepas ta haha.. terlupa aritu

    BalasPadam
  3. wahh, pun ade ye. kreatif juga team zoo melaka.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus