Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia

Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia 

assalamualaikum semua,  hari ni aku rasa macam nak tulis macam-macam kat blog ni.. kalau korang perasan sejak akhir-akhir ni aku agak rajin menulis di blog ni.. sebenarnya tengah stress dengan kerja jadi kenalah cari jalan keluar dengan menulis.. menulis boleh hilangkan stress.. kalau tak hilang pun boleh la mengurangkan tekanan tu sikit.. jom kita cerita asal review makanan la pulak.. baru ni kami makan pizza dari US Pizza Malaysia! meh la cerita macamana boleh terjebak beli dan apa je pizza yang kami dah cuba..

US pizza JB sedap
Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia


walaupun US Pizza ada bagi pizza percuma kepada yang dah vaksin tapi sesungguhnya kami tak makan pizza percuma tersebut kerana kami tidak layak dan belum lagi sampai giliran untuk divaksin.. cerita pasal kami makan pizza dari US Pizza Malaysia ni bermulanya begini.. memula hari tu aku saja-saja la survey aplikasi lazada.. nak tengok apa promosi yang ada.. sekali tu ternampak ada jual kupon baucer atau voucher dengan harga yang boleh dikatakan murah juga dari siangan yang lain.. tambahan bila tengok dekat je lokasi cawangan US Pizza yang ada di JB waktu tu.. apa lagi aku pun cepat la ambik 2 baucer.. 

pizza murah jb
Voucher US Pizza



masa tu masa awal PKP 3.0 aritu..  kami pergi di cawangan US Pizza di area Skudai ni je.. dekat.. tak jauh sangat dari rumah.. masa pergi tu lengang je takde orang.. aku order online 2 sup cendawan untuk dapatkan pizza percuma bila order atas rm15 kalau tak salah masa tu.. lepas tu tunggu sekejap untuk dapatkan tempahan yang kami order dengan baucer.. agak lama jugak sebab diorang sibuk uruskan order foodpanda dulu.. tak ramai orang datang beli terus.. ramai yang order melalui syarikat penghantaran makanan.. 

us pizza sedap
Menu US pizza


urusan di kaunter agak cepat walaupun ini kali pertama kami datang.. cuma agak kecewa ada menu yang kami nak takde.. jadi kena tukar topping lain yang ada.. aku dah agak lupa apa menu yang kami pilih tapi kesimpulannya ada beef pepperoni dan chicken pepperoni la.. itu menu biasa yang kami order..

Kami makan pizza dari US Pizza Malaysia

alhamdulillah bila sampai rumah pizza masih panas.. sebab perjalanan ambik masa lebih kurang dalam 10 ke 15 minit je.. cuma sup dan pizza pertama yang free dah sejuk pasal yang ni aku order awal guna online tadi.. tapi keseluruhan review aku boleh katakan puashati beli US Pizza ni bila korang dapat beli dengan voucher macam ni..  topping berbaloi sangat-sangat.. anak-anak pun puashati bila makan..  lagi best kalau dapat dine in kat restoran.. nantilah bila-bila PKP dah habis.. teringin juga.. 

us pizza
topping dia berbaloi


satu yang aku suka pasal servis US Pizza Malaysia ni ialah dia bungkuskan air dalam botol..  bukan dalam cawan kertas macam restoran makanan segera yang lain tu.. nampak unik dan bersih juga..  air pun sedap.. yang pasti kami akan repeat order untuk makan US Pizza Malaysia ni sekali lagi sebab pizza US Malaysia sedap! 


Ceritaita

Ulasan

  1. Dah lama teringin nak dine-in di US Pizza ni, bilalah pkp nak habis dan pandemik berakhir

    BalasPadam
  2. selamat menjamu selera. sygnya di tempat sy ni ada Pizza Hut je. ada gak pizza muslim etc..tp rasa x sesedap mana...

    BalasPadam
  3. sedap tak.. aritu nak beli masa kat penang. tapi terjumpa dominos sebelah dia terus kami makan dominos haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus