Resepi Vadei yang mudah

2:58:00 PTG

Resepi Vadei yang mudah

Assalamualaikum semua,  hari ni tetiba rasa nak buat sendiri kuih vadei kegemaran ni.. selalunya beli je.. bila dah PKP ni asyik payah je rasa nak pegi kedai semua tu.. jadi kita buat je la sendiri.. resepi vadei ni senang jugak rupanya.. itu pun lepas aku terjumpa kat facebook resepi vadei yang mudah nak buat tu yang laju-laju suruh shah beli kacang dhal.. ala kacang dhal beli kat kedai eco je pun.. rm2.10 boleh dapat 43 biji yang sedang-sedang.. boleh la kan.. 

Resepi Vadei yang mudah
Resepi Vadei yang mudah


eh korang tau tak Eco Shop ni ada jual barang online jugak? kalau yang rasa tak selamat nak pergi dan beratur ramai-ramai kat Eco shop tu elok la beli online je kat https://shp.ee/gumwvzb ..

kaki pun tak penat berdiri.. order je tau-tau barang terus sampai rumah.. kalau ada nak menyumbang kat keluarga atau sesiapa pun boleh sesiap order minta hantarkan ke alamat yang korang nak.. senang benar guna link https://shp.ee/gumwvzb je..  selesai! 

Resepi Vadei yang mudah
ni haa semua yang dapat dari adunan bahan di bawah


Vadei ni ada yang panggil masalodeh jugak.. aku pun tak berapa tau nama sebenarnya.. tau panggil vadei je la.. ni kuih masyarakat India asalnya tapi dah nama satu Malaysia ni semua benda la kita kongsi.. terutamanya makanan.. itu yang paling best jadi rakyat Malaysia.. eh jom tengok Resepi Vadei yang mudah ni.. 


Resepi Vadei Yang Mudah


Senang je wei nak buat.. 


Bahan-bahan 


1 plastik kacang dhal beli kat Eco Shop https://shp.ee/gumwvzb... aku lupa nak tengok berapa gram 😆 (rendam semalaman.. aku rendam pagi malam kisar simpan peti ais.. esok paginya baru buat..)

4 tangkai cili kering (gunting halus dan rendam kejap bagi lembut) 

4 tangkai cili padi (gunting halus jugak) 

4 tangkai daun kari (gunting halus jugak,  kalau suka rasa daun kari banyak bubuh banyak pun ok)

1 biji bawang besar potong dadu

3 ulas bawang putih (kisar @ tumbuk) 

1 inci halia (kisar @ tumbuk) 

1 sudu besar jintan manis @ jintan kasar (kisar @ tumbuk)

1 sudu besar jintan manis @ jintan kasar (sangan @ goreng atas kuali tanpa minyak) 

3 sudu teh garam 

1/2 sudu teh ajinomoto

Minyak untuk menggoreng 

Resepi Vadei yang mudah
bahan yang telah dicampurkan dan disebatikan


Cara-cara


1. Rendam kacang semalaman dan kisar tanpa air sampai hancur.  Asingkan dalam 2 sudu besar yang tak dikisar untuk dapatkan kesan khas rupa kacang dhal dalam vadei yang dah siap nanti 😆

2. Campurkan kesemua bahan yang disenaraikan di atas ke dalam kacang dhal yang dah dikisar kecuali minyak untuk menggoreng tu.. Janganlah minyak tu dicampurkan sekali.. minyak tu nak guna kemudian.. 

3. Gaul rata kesemua bahan dengan rata. Guna tangan pun ok. Kalau was-was pakailah glove. Aku guna tangan gitu je pasal nak jampi serapah suami dan anak-anak lebih senang guna tangan gitu je.. eh 😜

4. Biarkan kejap adunan dalam 10-15 minit.

5. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.  

Resepi Vadei yang mudah
adunan telah dibentuk 



6. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Menggoreng ni memerlukan kesabaran kerana agak lama sikit. Kalau api kuat yang dalam tak masak dan luar garing sangat sampai jadi keras.. Jadinya api sedang dan biar dia masak sempurna.. Bila dah kekuningan sebelah tu barulah dipalingkan sebelahnya lagi.. 

7. Siap untuk dihidangkan..


Vadei ni pertama kali aku buat tapi nampaknya senang je rupanya.. lainkali aku nak cuba tambahkan rempah kari pulak bagi rasa dia ada pedas-pedas kari sikit.. lepas tu nak asingkan yang pedas tu nak tambahkan cili padi pulak ke kan.. bagi lagi terangkat rasa dia.. Satu lagi tips.. kalau korang nak rendam lama kacang tu lebih dari 5 jam dinasihatkan untuk basuh dan ganti airnya ya.. selamat mencuba resepi vadei yang mudah ni! 

Resepi Vadei yang mudah
Dah siap goreng garing 


Ceritaita

You Might Also Like

6 Luahan Ikhlas

  1. sedap makan sambil tgk tv. tak sedar duk menyuap kan. hihi

    BalasPadam
  2. salam singgah
    wahhh suka ni
    mkn panas , garinggg mabelesss

    BalasPadam
  3. suka makan kuih masalodeh ni. sedap :)

    BalasPadam
  4. nampak mcm senang je. kena try buat jugak ni.. terima kasih share resepi

    BalasPadam
  5. Samaaaa! Favorite jugaaa vadei niiii <3

    BalasPadam
  6. tq ita share resepi aku x penah buat sendiri vadei

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini