Terjumpa penjual kerang, kupang, kijing, kepah dan remis di JB - Cerita Ita                                                             Terjumpa penjual kerang, kupang, kijing, kepah dan remis di JB Langkau ke kandungan utama

Terjumpa penjual kerang, kupang, kijing, kepah dan remis di JB

Terjumpa Penjual Kerang, Kupang, Kijing, Kepah dan Remis di JB

assalamualaikum semua, hari ni hari cuti lagi di Johor ni.. Kat Johor ni kan cuti Jumaat dan Sabtu jadinya biasa aku ambik kesempatan pergi ke pasar pada setiap hari Sabtu.. Kadang-kadang aku pergi hari Jumaat untuk tambah stok barang basah untuk dapur dan apa yang patut.. kesempatan pulak diambil baru ni sebelum PKPD bermula di Selangor dan Kuala Lumpur.. 

Terjumpa penjual kerang, kupang,  kijing dan remis di JB
Terjumpa penjual kerang, kupang,  kijing, kepah dan remis di JB


Mesti ada yang tanya kenapa di Selangor dan KL yang PKPD tapi di selatan atau di Johor ni yang sibuk panik berbelanja kan?  sebabnya dari pengalaman yang lepas masa Pasar Borong Selayang kena PKPD, semua harga bahan basah termasuk ikan melambung tinggi harganya.. semua bagi alasan sukar dapatkan bekalan.. jadi kali ni PKPD seluruh Selangor dan KL apatah lagi kan.. mesti alasan sama digunakan.. 


Jadi sebelum terjadi elok la kami berjaga-jaga.. ramai orang kat rumah ni.. karang susah kalau semuanya tak ada.. memang la anak-anak setakat ni tak banyak kerenah..  mereka boleh je makan apa saja pun.. tapi sebagai ibubapa tentunya nak anak makan makanan yang berzat dan kalau hari-hari yang sama je tentu jemu juga.. 

Terjumpa penjual kerang, kupang,  kijing, kepah dan remis di JB

Kami pergi ke 2 pasar pada hujung minggu baru ni.. Pasar di @mart dan Pasar Dahlia.. masa dalam perjalanan ke Pasar Dahlia tu aku ternampak orang jual Remis di tepi jalan.. kedudukannya betul-betul di hadapan SK Taman Cempaka.. disebabkan kami lama tak makan remis.. aku minta la shah berhenti tanya harga..  kali terakhir kami makan masa datang ke Kuala Selangor dengan adik aku dulu.. lama dah tu.. tahun 2016 @ 2017 kalau tak salah.. 

Terjumpa penjual kerang, kupang,  kijing dan remis di JB
Ada bermacam jenis kerangan


Bila dah turun tanya harga tu.. alang-alang aku tanya je la semua yang sedang dijual.. yang jual ni agak pemalu.. aku minta izin ambik gambar tapi dia lari pulak.. haha.. tapi dia bagi juga kad dia.. namanya Mohammad Fikri..  dia ni juga penjual insuran.. setiap hari akan berniaga kupang,  remis,  kijing,  kepah dan kerang di lokasi yang sama bermula jam 10 atau 11 pagi hingga jualan habis.. kalau tak habis sampai 5 atau 6 petang dia akan ada situ.. 

Terjumpa penjual kerang, kupang,  kijing dan remis di JB
Mujur yang sorang tu supporting 


Harga berpatutan.. harga remis masa aku tanya RM6 sekilo.. kerang pun jauh lebih murah dari pasaran..  kalau di pasar jejak RM16-18 sekilo tapi dengan dia cuma RM13 sahaja sekilo.. tapi kami cuma beli remis.. itu pun masih belum masak lagi..  belum fikir lagi resepi apa yang sedap dan sesuai untuk anak-anak makan.. 

penjual kerang murah jb
nombor telefon penjual


Kalau sesiapa yang berhajat nak beli kerangan ni jugak boleh la berkunjung ke gerai jualan yang terletak berhadapan dengan Sekolah Rendah Taman Cempaka..  korang waze je nama sekolah tu atau cari di Google Map.. aku kongsikan la sebab ada yang tanya kat komen bawah tu.. https://goo.gl/maps/h6Tf9wk32eD3M8vP7 .. klik je link tu untuk tuju sekolah tu ya.. brader ni jual betul-betul depan sekolah.. eh kalau nak call dulu tanya stok pun boleh.. ini nombor telefonnya.. Mohammad Fikri 011 -39695652..


Ceritaita

Ulasan

  1. Kijing tu kita tataw, kijang tau laaa..

    Kat rumah ni kurang sikit kerang-kerangan, tapi kalau dekat nak jugak dtg beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. keke.. kita pun selalu orang tua je sebut tapi tak kenal.. tapi nampak sedap dan banyak isi kak.. next time nak try beli gak

      Padam
  2. Sekirenye boleh disharing lokasinya via Google Maps mungkin akan sangat membantu para pembaca untuk dapat berkunjung Cik. Salam kenal dari Indonesia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas kunjungan dan maklumbalas pak.. telah diupdate..

      Padam
  3. dah lama x makan species kerang, etak, kepah, lokan, dsb. Sesekali teringin nak makan benda ni. TQ sbb sudi exchange blog list ye?

    BalasPadam
  4. wow puas hati boleh beli mcm2 kat gerai ni kan ita.. baru tau pkpd selangor kl rupanya kat johor pun affacted ye

    BalasPadam
  5. Yang lain pernah makan tapi kijing tak pernah...macam nak cuba lah...tak tahu sini ada tak sebab rare ni

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Puan Dr. Rozita terima kasih kerana kongsi cerita dan rezeki bersama. Semoga rezeki Dr. Berpanjangan dan berkat dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan baik.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Puan Dr. Rozita terima kasih kerana kongsi cerita dan rezeki bersama. Semoga rezeki Dr. Berpanjangan dan berkat dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan baik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum