Cara cuci siput sedut dan resepi siput sedut masak lemak cilipadi

5:32:00 PG

Cara cuci siput sedut dan resepi siput sedut masak lemak cilipadi

Assalamualaikum semua, hari semalam aku ada masak siput sedut masak lemak cili padi.. ni lauk kegemaran anak-anak kami ni.. kalau dulu masa di Kuantan, kami akan kerap beli lauk yang dah siap dimasak dari kedai makan area pejabat Telekom di Jalan Seri Kemunting 2.. sedap masakan dia dan berpatutan..

Cara cuci siput sedut dan resepi siput sedut masak lemak cilipadi
Cara cuci siput sedut dan resepi siput sedut masak lemak cilipadi


Tapi sejak kami berpindah ke KL dan keluarga yang sukakan lauk ni makin besar maka kenalah rajin masak sendiri baru boleh puas makan.. jadinya kerap jugaklah beli ssiput sedut dan masak sendiri.. sampaikan tips siang siput pun aku dah tau.. hebat kan? haha.. kalau korang nak jadi hebat gak boleh la baca entri tips siang siput tu..


bila dah tau siang mestilah nak tau cara cuci siput sedut ni kan? siput sedut kebanyakan orang tau yang ianya datang dari kawasan berlumpur atau berpasir.. selalunya berlumpur la.. jadi bila banyak lumpur memang agak susah nak bersihkan dia.. kalau aku yang siang, aku akan tengok dulu keadaan siput sedut tu.. kalau terlalu berlumpur aku akan cuci dulu dan rendam kejap dalam air yang banyak.. salah satu sebab kenapa perlu rendam air banyak ialah sebab nak tengok siput mana yang terapung.. biasa siput yang terapung dalam air tu sebabnya dia kosong atau dah mati.. jadi korang bolehlah tengok dan buang bila jumpa yang mati macam ni.. nak elakkan sakit perut makan siput yang dah mati pun ya..

siput sedut masak lemak cilipadi
Siput sedut masak lemak cilipadi


lepas tu korang tapiskan siput sedut dan sianglah siput sedut tu.. cara siang siput ni perlu kerat 1/3 dari bahagian bawah siput tu dan buang.. kita akan ambik bahagian atas je untuk dimasak menjadi siput sedut masak lemak cilipadi.. masakan sedap siput sedut masak lemak cilipadi ni.. lepas dah siap siang siput.. korang kena pastikan siput dibasuh berkali-kali hingga bersih.. jangan ada kesan lumpur sikit pun.. cara cuci siput sedut ni kena cuci berkali-kali sampai air cucian dia menjadi jernih dan tak ada kesan lumpur lagi.. ini cara aku buat ya.. lain orang mungkin lain cara penyediaannya.. jomlah kita kongsi cara memasak siput sedut ni pulak..


Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cilipadi

Cara cuci siput sedut resepi siput sedut masak lemak cilipadi
Resepi siput sedut masak lemak cilipadi


Bahan - bahan


1 kg siput sedut (disiang dan dicuci)

2 cawan santan pekat

1 cawan air

1 biji bawang besar (dikisar atau ditumbuk)

2 ulas bawang putih (dikisar atau ditumbuk)

1/2 inci kunyit hidup (dikisar atau ditumbuk)

1/2 inci halia (dikisar atau ditumbuk)

1 batang serai diketuk

1 helai daun kunyit

1 sudu teh asam jawa

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Minyak untuk menumis


Cara - cara


1.Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.

2. Masukkan garam dan serbuk perasa.

3. Masukkan siput sedut dan kacau sebati dengan rempah. Biarkan dia masak sekejap dalam 2-3 minit.

4. Masukkan santan pekat dan air. Kacau rata.

5. Masukkan serai yang telah diketuk dan daun kunyit yang telah dihiris.

6. Masukkan pulak asam jawa.

7. Masak dengan api sederhana supaya santan tak pecah.

8. Bila santan dah mendidih boleh matikan api dan dihidang untuk dimakan.


Jangan lupa rasa dulu garam tu cukup atau tidak sebelum matikan api dapur ya.. Mudah je kan resepi siput sedut masak lemak cilipadi ni? Mudah.. yang lecehnya nak siang dan bersihkan siput sedut tu je la.. tapi harapnya dengan apa yang aku kongsikan korang dah boleh la buat dan masak sendiri nanti..


Ceritaita.

You Might Also Like

1 Luahan Ikhlas

  1. pehh sedapnya masak lemak cili padi. kalau tersedak masa sedut siput mau menangis tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini