Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak 

assalamualaikum semua,  baru ni kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak.. kalau kat JB ni nak jumpa durian murah agak susah jugak.. rasanya sebab faktor duduk dekat dengan negara jiran, jika tak berapa laku pun dijual di JB masih ada pasaran di negara jiran.. ini pendapat aku la.. apa pun meh la aku cerita pasal kisah aku beli lagi durian murah untuk makan anak beranak ni.. 

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak
Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak 


asalnya masa tu aku tinjau post kawan-kawan yang lalu kat facebook tu semua.. tiba sampai kat post seorang kawan ni dia tunjuk dia beli durian murah kat area Kulai.. teruja la aku yang hantu durian ni tengok gambar kan.. terasa-rasa la kat tekak tu kesedapan durian tu haa.. 

durian murah jb
ada budak makan tak toleh kiri kanan.. 


jadi aku ambik keputusan tinjau la kawasan penjual durian di Johor Bahru ni haa.. dan kawasan sekitar la.. termasuk brader yang jual durian murah kat Bandar Baru Uda aku ceritakan aritu kat penjual durian murah di JB.. kebetulan masa aku tanya tu memang dah nak dekat raya.. Jefry ni pun ada la cakap aritu yang dia nak jual lemang.. jadi masa aku tanya durian tu dia dah tak jual rupanya.. jadi aku gigihlah bertanyakan kawan kat facebook tu macamana dia beli durian tu.. teruslah kawan tu bagi nombor seorang pengusaha durian di Machap.. 

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak 

alhamdulillah dipermudahkan urusan aku akhirnya setelah berurusan selama 2 hari akhirnya stok durian elok mendarat ke Johor Bahru dengan harga yang aku kira tak berapa masuk akal.. aku bayar sikit sangat dibandingkan dengan apa yang aku dapat.. sangat-sangat puashati.. cara pilih durian kami senang sangat aritu.. minta je penjual pilihkan.. hahaha.. pasal ni ladang dia sendiri kan.. dia lebih mahir.. aku doakan semoga pengusa

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak
Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak 

ha ni yang bernama Rashid dimurahkan rezeki berlimpah ruah oleh Allah atas kebaikan yang dikongsi bersama kami ni..  syukur jugak pada kawan facebook dan dan Allah yang menemukan kami.. insyaAllah tahun depan bila jumpa musim durian lagi kita dah boleh berjanji awal la sikit.. 

Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak
Kami beli lagi durian murah untuk makan anak beranak 


ada yang tanya apa aku buat dengan stok yang banyak tu.. kami makan gitu je buat masa ni.. simpan dalam peti beku dan bila teringin nak makan kami akan keluarkan sekejap dan makan bila dah tak berapa beku.. rasa dia macam makan aiskrim durian yang sejuk-sejuk.. sedap betul! ada jugak yang shah dah asingkan biji tu.. tunggu kerajinan aku sampai nak buat lempuk durian.. kalau dah siap aku kongsikan nanti ya.. 

hasil durian
hasil kami dapat


itu jelah kisah kami beli durian murah lagi buat makan anak beranak.. tahun ni peminat durian macam hadi dan husna boleh senyum lebar sebab dapat makan puas berbanding tahun-tahun sebelum ni.. betul rupanya zikir kami dulu.. dah dapat balik johor nanti insyaAllah puas makan durian.. syukurlah..


Ceritaita



Ulasan

  1. Durian kampung ye? memang sedap..hehe..amboi si kecik tu dah tak toleh kiri kanan, takut durian habis la tu..hehe

    BalasPadam
  2. Dekt kulim pun semua pkat juai murah-murah dah duriannya..

    BalasPadam
  3. skrg durian byk dah turun harga mmg berbaloi beli skrg

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus