Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Belajar makan makanan Korea pulak

Belajar makan makanan Korea pulak

Assalamualaikum semua, baru ni kami belajar makan makanan Korea pulak.. puncanya ada ternampak iklan di facebook jual makanan Korea yang sedap ni.. lama jugak la berkira-kira nak beli ke tidak.. risau jugak nak beli awal-awal tu.. risau yang kami ni tak reti nak makan pulak.. eh korang faham tak perkataan reti tu? reti tu bermaksud pandai atau tau.. kiranya risau kami ni tak pandai makan la.. 

Belajar makan makanan Korea pulak
Belajar makan makanan Korea pulak


jadinya memula kami tanya-tanyalah dulu apa menu yang ada.. ternyata penjual ramah je nak menjawab persoalan kami.. ditunjukkan gambar menu pilihan yang ada macam kat bawah ni.. mula la rambang mata nak pilih.. dan kemudiannya kami cuba 2 menu.. menu ayam goreng sahaja dan ayam goreng bersama ramen.. alhamdulillah.. terbukti sedap dan memenuhi citarasa.. sesiapa yang nakkan menu Korea sekitar JB berbaloi la cuba.. harga masih dalam kategori mampu beli.. 

kak nurul's kitchen
menu pilihan

menu korea jb
menu pilihan




Belajar makan makanan Korea pulak

makanan korea di JB
makanan korea di JB


cuma lainkali mungkin kena beli yang kurang sos korea tu.. yang ringan sikit la pasal kesian si kecik adam dan hadi yang kepedasan sebab nak makan sama jugak.. siap hadi cakap.. "lainkali kalau ummi nak beli jangan suruh dia letak sos pedas tu ya? beli ayam dan megi biasa je la".. kesian la wahai anak.. padahal dia tak tau.. kalau tak letak sos korea tu tak Korea la menu kita nanti.. hahaha.. 

cuba menu korea
kesian budak yang kepedasan ni.. hehe


Bagi sesiapa yang nak cuba boleh contact terus Kak Nurul's Kitchen ya.. belajar makan makanan Korea pulak la kita.. 😆

kak nurul's kitchen
Ni nombornya ya? boleh hubung terus kalau yang berminat

Kak Nurul's Kitchen

facebook : https://www.facebook.com/Kak-Nuruls-Kitchen-103086901992440

whatsapps: 017-9790517

Ceritaita

Ulasan

  1. Bila tengok orang makan nampak sedap pulak. Mcm mya suka dessert dengan tteokbokki. Tengok resepi mcm senang, bila buat tak jadi pulak. Pilihan terakhir beli jelah nampaknya.

    BalasPadam
  2. Sekali-sekala kena tukar selera jugak. 🤭

    BalasPadam
  3. memang klo korean food nie..lg2 kalau spicy..mmg.terangkat la kalau makan...terliur aihhh..dh la pose nie..ahaha

    BalasPadam
  4. sos korea boleh tahan juga pedas dia kan.. setanding tekak melayu

    BalasPadam
  5. sedapnyaa. pernah makan sekali dekat Johor, ayam bersalut cheese tu. lupa dah nama dia.

    BalasPadam
  6. Wow enaknya jika bisa buat sendiri seperti makanan ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus