Cerita Ita: sekolah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah

Ayam Perapan Untuk Anak-anak

Masak Sendiri di Rumah Setiap Hari? Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari keempat anak-anak ke sekolah. Tahun ni untuk masih ada seorang di KV, 2 orang di sekolah menengah dan 2 orang di sekolah rendah. Ayam Perap Yang 2 orang di sekolah menengah tu dah tak kemana-mana dah waktu petang. Balik dari sekolah terus ada transit yang hantar ke rumah. Jadinya dah kena sediakan makanan untuk anak berdua ni setiap hari. Rutin Harian Memasak di Rumah Kalau hari persekolahan biasa sebenarnya rutin aku bermula dari awal pagi. Aku dan Shah akan masak sarapan secara bergilir-gilir. Kalau aku sempat atau tak keluar kerja jauh dari Kluang memang aku la yang akan memasak. Kalau ada harinya yang terpaksa ke Putrajaya atau tempat lain, Shah akan bantu pulak. Sarapan Berat Setiap Hari Kat rumah kami ni memang dah dibiasakan sarapan berat setiap hari. Jadinya anak-anak dah biasa makan dan kenyang sebelum ke sekolah. Kalau ada hari tak sempat memasak tu kadang kesian juga tengok anak-anak. Antara co...

Naik Kelas Pertama!

Naik kelas pertama!  Assalamualaikum semua, minggu lepas semua orang sibuk dengan kisah kejayaan anak-anak.. minggu ni pulak dah mula cuti sekolah.. suka aku baca.. dan kadang-kadang senyum sendiri.. alhamdulillah bangga sangat dengan kejayaan anak-anak sahabat facebook semuanya.. juga suka dengar kebahagiaan kawan-kawan..  Bila kita di atas bukan bermakna kita yang terbaik Anak-anak aku sendiri ada 3 yang sedang bersekolah tahun ni.. Abg Long di Tahun 5, Abg Ngah di Tahun 2, dan Kakak Husna di Tahun 1.. Masing-masing ada azam berbeza bila sebut pasal sekolah.. aku suka nak tuliskan dalam blog ni sebab tahun depan agak istimewa aku rasa.. kerana akan ada 4 anak yang semuanya akan bersekolah tahun depan termasuk Adik Hadi..  Abg Long Abg Long.. sentiasa mahu jadi yang pertama  Kalau tanya abg long,  sejak dari kecil dia suka bersaing untuk jadi lebih baik.. pantang sangat kalau dia kalah.. dia memang tak pernah suka kalah.. dengan adi...

Ubat gigi Spiderman ke Princess?

Assalamualaikum semua, azam masuk setiap bulan ialah nak tulis blog setiap hari tapi apakan daya.. walau Allah bagi masa sama je untuk semua orang iaitu 24 jam sehari tapi tanggungjawab setiap orang tu berbeza-beza kan.. jadi jangan pernah pertikaikan kalau ada orang yang perlukan masa yang lebih untuk sesuatu perkara.. kerana beban setiap orang tu tak pernah sama..  Ubat gigi Spiderman ke Princess?  tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal kerja dan masa pun sebenarnya.. saja bagi intro untuk tulis dalam blog.. pasal macam dah lama takde mood membebel dalam blog ni kan.. rasa macam suram la pulak kan.. hari ni sebenarnya aku nak cerita pasal ubat gigi.. bukan pasal review ubat gigi pun.. ubat gigi atas tu pun bukan ditaja.. tapi beli sendiri tau.. hehehe..  kisah ni pasal abg ngah dan ubat gigi.. kisah ni jadi pada minggu lepas.. masa tu aku terima mesej dari cikgu anak-anak di sekolah.. pesannya berbunyi macam ni.. : CERAMAH KESIHATAN GIGI DAN LATIHA...

Tak payah sekolah!

Tak Payah Sekolah!  assalamualaikum semua, semalam pagi waktu dalam kereta, adalah sesi ceramah sebab anak-anak lambat nak ke sekolah.. kira pagi semalam ngam-ngam sampai sekolah pukul 7.30.. ada jugaklah beberapa kali sebelum ni terlambat jugak sampai kena ambik nama dan denda kutip sampah kat padang sekolah.. selalu gak aku ni bebel.. kalau asyik lambat je baiklah tak payah sekolah!  Tak payah sekolah!  tapi eh boleh pulak ada dialog kat tempat duduk belakang masa tu.. dialog apa tau? haaa... dialog macam ni.. Ummi : Esok-esok tak payah sekolahlah kalau asyik lambat je... tau tak sesiapa yang lambat ni nanti cikgu denda?  Abg Ngah : Tau... saya pun pernah kena denda.. aritu kena denda pungut sampah kat padang.. lepas tu ada sekali kitorang kena bacakan Rukun Iman..  Ummi : Denda baca rukun iman? Tau jawab tak?  Abg Ngah : Tau... abg long bacakan semua sekali.. saya dengan adik una ikut je.. tapi saya dah ingatlah.. Rukun Iman ad...

Sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti

assalamualaikum semua, dah habis dah bulan raya aldilfitri tapi aku baru ada masa nak ceritakan pasal sambutan hari raya.. apa nak buat.. tak terkejar masa yang ada.. walau Allah bagi semua manusia sama rata 24 jam.. tapi pembahagiannya selalu tersasar dari landasan yang betul.. kadang-kala timbul rasa cemburu dengan orang yang dapat membahagikan masa antara dunia dan akhirat dengan baik.. bila agaknya aku dapat kecapi macam tu.. eh melalut dah kita.. meh la kita cerita kisah pasal sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti ya.. Sambutan hari raya SK Kempadang bersama komuniti seingat aku ini kali kedua aku sertai sambutan hari raya di sekolah anak ni.. memang meriah setiap kali.. dan pelbagai makanan disediakan dari sumbangan semua orang yang diusahakan oleh guru-gurunya.. kagum dengan semangat guru yang rajin bagi memastikan majlis berjalan lancar.. ada bermacam jenis juada yang dihidangkan hari tu.. sampai rambang mata kami jadinya.. penyudahnya nak-anak banyak ...

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa assalamualaikum semua, aku pernah cerita pasal nak tengok keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu Bapa ni dulu.. tapi dulu dia punya link tu macam lain sikit.. dan tak la terperinci macam sekarang ni.. eh dah hujung tahun ni la yang aku perasan lain sikit.. dah ada penambahbaikan.. alhamdulillah semakin bagus.. ini SAPS ibubapa yang lama SAPS ibubapa yang baru kalau yang baru ada anak sekolah mesti agak tertanya-tanya apa dia SAPS tu sebenarnya.. meh kita tengok dulu maksud SAPS.. SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. sistem ni diwujudkan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengetahui prestasi anak-anak hanya melalui online sahaja.. mudah sangat-sangat.. kalau dulu kita cuma akan tau prestasi anak-anak melalui perjumpaan ibu bapa dan guru pada hari terbuka sekolah.. sekarang ni cuma hanya di hujung jari je semua dah boleh tengok.. ini yang lama dulu.. kalau korang tengok boleh nampak perbezaan dia kan.....

Semangat Merdeka di jiwa anak-anak

assalamualaikum semua, pagi ni abg long dan abg ngah pergi sekolah sesama sebab abg ngah kena hadir sekolah untuk sesi pagi.. sekolah buat satu sesi je hari ni bersempena sambutan bulan merdeka di sekolah.. gembiranya masing-masing sampai kat sekolah  dan tahun ni sekolah anak-anak akan buat aktiviti bendera gergasi di sekolah.. ntah macamana gayanya ntah.. harap semuanya dipermudahkan Allah dan berjalan dengan baik.. insyaAllah..  tak terbayang kalutnya cikgu-cikgu nak kawal anak-anak di sekolah bila persekolahan satu sesi ni.. mesti agak kelam kabut tu nanti.. kesian cikgu.. harus terjerit-jerit sampai hilang suara tu nanti.. hihihi.. mujurlah esok dah mula cuti seminggu..  sebagai persediaan untuk hari ni, anak-anak dikehendaki bawak peralatan semalam untuk buat topi merdeka.. tapi bila balik tengok abg long punya topi sekerat jalan takde bendera.. abg ngah pulak cuma sempat warnakan bendera je.. satu apa tak sempat buat..  jadi cikgu mint...

Kasut sekolah punya pasal

assalamualaikum semua, pagi ni sejuk je rasa sebab hujan di kawasan rumah kami ni.. walaupun tak lebat tapi cukup untuk menyejukkan bumi dan hati-hati kami.. alhamdulillah.. semalam hampir nak hangin jugak satu badan pasal gara-gara kasut sekolah.. ni kasut baru dia yang beli semalam mesti korang pun pelik kan.. apasal la isu kasut sekolah pun nak marah.. hihihi.. anggap je la yang ini adalah entri luahan rasa gitu.. ceritanya macam ni, macam selalu abg long akan gi ke transit bila balik dari sekolah dan terus bersiap untuk makan dan ke sekolah kafa pulak petangnya.. gitulah rutin dia setiap hari.. dan kami pulak macam biasa akan ke transit pada sebelah petang untuk ambik abg long, beg serta barang-barang abg long dan abg ngah di transit.. termasuklah kasut sekolah abg long.. tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak semalam masa nak ambik kasut abg long boleh takde kat atas rak tu.. panik la sekejap shah masa tu.. lepas tu dia masuk kereta cakap kasut abg long dah ta...