Ayam Perapan Untuk Anak-anak - Cerita Ita                                                             Ayam Perapan Untuk Anak-anak Langkau ke kandungan utama

Ayam Perapan Untuk Anak-anak

Masak Sendiri di Rumah Setiap Hari?


Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari keempat anak-anak ke sekolah. Tahun ni untuk masih ada seorang di KV, 2 orang di sekolah menengah dan 2 orang di sekolah rendah.

Ayam Perap



Yang 2 orang di sekolah menengah tu dah tak kemana-mana dah waktu petang. Balik dari sekolah terus ada transit yang hantar ke rumah. Jadinya dah kena sediakan makanan untuk anak berdua ni setiap hari.

Rutin Harian Memasak di Rumah


Kalau hari persekolahan biasa sebenarnya rutin aku bermula dari awal pagi. Aku dan Shah akan masak sarapan secara bergilir-gilir. Kalau aku sempat atau tak keluar kerja jauh dari Kluang memang aku la yang akan memasak. Kalau ada harinya yang terpaksa ke Putrajaya atau tempat lain, Shah akan bantu pulak.

Sarapan Berat Setiap Hari


Kat rumah kami ni memang dah dibiasakan sarapan berat setiap hari. Jadinya anak-anak dah biasa makan dan kenyang sebelum ke sekolah. Kalau ada hari tak sempat memasak tu kadang kesian juga tengok anak-anak.

Antara contoh sarapan yang aku masak tiap pagi



Mereka kata selalunya tak sempat makan kat kantin sebab budak ramai. Ada jugak yang cakap macam tak berbaloi nak beli makanan dengan harga mahal. Sebab katanya nanti sampai rumah atau transit dah boleh makan juga.

Ayam Perap Air Fryer Untuk Anak-anak


Semalam aku ada perap ayam untuk anak-anak masak bila dah balik sekolah menengah waktu petang. Hari ni dah minta mereka cuma berdikari masak sendiri ayam tu.

Guna rempah Ikan Bakar Adabi

Guna pes ayam berempah Air Fryer Maggi



Sayur aku dah sempat tumis dan nasi Shah dah siap masak pagi tadi. Jadi tinggal masukkan ayam dalam air fryer je la. Alhamdulillah nampak ok hasilnya. Dah boleh la lepas ni sediakan makanan lain yang siap untuk dimasak pulak lepas ni.

Hasilnya ayam berempah



Semoga Allah permudahkan segalanya buat kami sekeluarga. Teringat masa aku dulu pun macam ni la keadaannya bila mak abah pergi kerja. Kena pandai-pandailah uruskan diri sendiri.

Semalam aku dah tertinggal satu blogpost sebab mengantuk sangat jadi hari ni kita tulis awal sikitlah.

Cerita Ita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...